Part 19

1.5K 139 13
                                    

[ Two months later ]

Aku menghela nafas seraya menyeka peluh yang mengalir ke pipi. Minuman aku teguk sebelum mengalihkan pandangan ke arah Bryan dan Sam yang masih belum berhenti melakukan push up. Wah, macam manalah diorang masih bertahan sampai sekarang? Dah hampir 30 minit kut.

"Tengok siapa tu?"

Aku tersentak apabila Lina menepuk bahuku. Aku pantas menggeleng. Bingkas aku duduk di kerusi yang disediakan sambil membetulkan bajuku. Lina membetulkan tudungnya sebelum turut melabuhkan punggung di sebelahku.

"Saya bersyukur sebab ketua dah okey dengan kapten."

Aku tersenyum sambil mengangguk bersetuju dengan kata-kata Lina. Ya, aku sangat bersyukur kerana Bryan sudah dapat melihat dengan normal semula, dia sudah kembali bertugas beberapa minggu lepas dan dia semakin berlembut dengan aku.

"Ketua tahu, rakan-rakan yang lain selalu tanya masa awak bercuti dulu. Mereka rindukan ketua mereka ni."

Aku mengangkat kening sebelah. "Betul ke?"

Lina mengangguk. "Kami kesulitan sedikit ketika awak bercuti dulu. Lagi-lagi bila ada kemalangan dulu. Lepas tu bila kami buat ujian kesihatan pasukan HAZMAT dulu pun, payah sikit."

Aku berdecit perlahan. "Saya dah ajar korang kut. Saya yakin awak semua mampu buat walaupun tanpa saya."

Lina menghela nafas perlahan. "Tapi kami masih perlukan awak, Evelyn."

Aku tergelak kecil. Kepala aku anggukan sambil bergumam. "Ya ya ya."

"Kapten datang."

Aku berpaling ke belakang mendengar ayat Lina. Senyuman aku ukir buat mereka. Bryan mengambil tempat di sebelahku sambil menghela nafas perlahan. Sam pula terus berlalu keluar bersama Lina.

"Awak okey ke?", tanyaku sambil membantu menyeka peluhnya menggunakan tuala kecil.

Bryan mengangguk. "Cuma penat sikit sebab lama tak datang sini untuk bersenam."

Aku mengiyakan. Sememangnya itu yang aku rasakan ketika ini. Rindu juga dengan tempat ni. Hemm bagi aku tempat ini merupakan tempat kedua paling nyaman buat aku selepas rumah aku. Lamunan aku terhenti apabila bahuku dipeluk. Aku melirik Bryan di sebelah.

"Lepas ni.. kau nak keluar makan dengan aku tak?"

Aku berfikir sejenak. Tapi lepas ni aku ada mesyuarat dengan ahli pasukan aku. Aku menggeleng bagi menolak ajakannya.

"Kenapa pula?"

Aku tersenyum nipis. "Saya ada mesyuarat khas. Tak apa, awak pergi dulu. Kalau mesyuarat tu habis awal, saya akan sertai awak."

Bryan mengangguk. "Okey."

***

Mesyuarat khas kami berjalan lancar seperti biasa. Kebanyakkan perkara yang dibincang tak lain tak bukan ialah meningkatkan prestasi agar setiap bantuan yang dihulurkan cekap dan betul.

"Saya baru teringat." Kee memetik jarinya. Pandangan terus tertumpu ke arahnya. "Pengetua Sekolah Menengah Perdana ada membuat permintaan tempoh hari. Diorang nak minta bantuan kita untuk melatih pelajar sekolah mereka berkawad."

Aku mengerutkan dahi. "Jadi? Kenapa kita yang diminta untuk pergi? Bukan ketua pegawai bomba ke?"

Kee mengangkat bahu. Aku menyandarkan badan ke kerusi.

"Mungkin sebab ketua pernah menjadi peserta kawad kaki terbaik kut." Lina bersuara sebelum tersenyum lebar.

Aku tersengih. Dia buat lawak ke apa ni? Aku dah nak bersara dah pun daripada buat bebenda tu semua. Emm walaupun setiap pagi di awal bulan kami akan mengadakan latihan kawad.

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now