Part 22

1.1K 122 15
                                    

Aku mencelikkan mata apabila terasa leherku hangat. Dan bila aku hendak mengalihkan badanku ke belakang, baru aku perasan. Bryan sedang memeluk aku dengan wajahnya disembamkan ke leherku. Psh, patutlah leher aku rasa semacam. Tangannya aku alihkan namun gagal.


"Bryan awak dah sedar ke?"

Tiada sahutan namun aku pasti kerana dia seolah-olah berkeras bila aku hendak mengalihkan tangannya dari pinggangku.

"Bryan.."

"Just stay like this for a moment."

Perlahan saja bicaranya jadi aku membiarkan. Dia nak bermanja dengan aku ke apa? Tapi kenapa aku rasa seronok je bila dia buat macam ni? Ish, gatalnya kau Evelyn.

"Qis."

"Hmm."

"I miss you."

Aku tersenyum mendengar ucapan halusnya. Malu sebenarnya nak cakap, tapi aku juga rindukan dia. Hmm

"Tak nak balas?", soalnya perlahan.

Aku terus mematikan senyuman sambil berdehem. "Awak ada dekat sini, buat apa saya nak rindukan awak?"

Dia bergumam perlahan sambil mengeratkan pelukannya. "Entah, perasaan ni aku selalu alami kebelakangan ni. Aku akan teringatkan kau bila kau tak ada depan mata aku. Aku sentiasa risaukan kau kalau kau jauh daripada aku."

Aku lantas mengalihkan badan menghadapnya. Hidungnya aku cuit sambil tersengih. "I miss you too."

Kemudian aku mengucup pipinya perlahan. "I like you."

Dan kemudian aku mengucup bibirnya sekilas. "I love you."

Dia kelihatan tergamam dengan perlakuan aku. Ah, aku juga malu. Jadi aku cuba menyembunyikan perasaan malu aku dengan tergelak kecil walaupun wajah aku berasa panas.

Seketika kemudian dia turut tergelak. Pipiku digomolnya perlahan sambil merapatkan dahi kami sehingga hidungnya menyentuh hidungku.

"Don't leave me and always put your trust on me, whatever it's happen, hmm?"

Aku mengangguk. "Saya janji."

Kemudian dia kembali menarik aku ke dalam pelukannya lalu dahiku dikucupnya beberapa kali. Aku tersenyum bahagia berada dalam pelukan hangatnya seperti ini. Ya Tuhan, aku sangat bersyukur memiliki dia sebagai suami aku.

***

Aku tergelak kecil apabila melihat perlakuan Zikry yang sedang rancak melakukan lompat bintang bersama peserta kawad itu. Aku meneguk minumanku sambil melirik guru di sebelahku.

"Awak dah lama join EMRS?", tanyanya perlahan sambil membetulkan lipatan tudungnya. Hari ini gilirannya memantau pasukan kawad ini menggantikan Cikgu Razali.

Aku mengangguk. "Bolehlah. Awak? Dah lama jadi guru? Awak nampak dah biasa dengan perangai budak-budak sekolah ni."

Dia mengangguk. "Dah lama, tapi biasalah. Diorang ni cuma nakal bila di alam persekolahan je, bila dah habis nanti mereka akan automatik jadi dewasa. Mereka cuma mahu bergembira dengan kehidupan diorang yang santai macam ni sebelum menempuh cabaran yang lebih berliku."

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora