Part 34

793 98 14
                                    

Aku duduk di birai katil sambil tersenyum. Wajah manisnya aku tatap namun dia seperti takut saja dengan kehadiran aku. Jadi aku berdehem perlahan cuba memulakan perbualan. Aku tidak mahu dia takut dengan aku memandangkan dia tidak mengenali aku lagi. Ada banyak yang perlu aku tanya kepada dia.

"Nama kakak, Evelyn. Nama adik siapa?"

Dia melirik aku sekejap tanpa jawapan. Aku tersenyum kecil. Mesti dia takut lagi dengan aku. Tak apa. Cuba perlahan-lahan.

"Jangan risau kakak tak berniat jahat. Kita boleh berkawan, kan?" Aku agak lega apabila dia mula mengangkat muka memandang aku.

"Kakak tak jahat, kan?" Perlahan saja dia bersuara.

Aku menggelengkan kepala. "Kakak orang baik. Kita kan kawan? Mana boleh jahat-jahat."

Dia mengukir senyuman. Tangan kanan aku diambil lalu disatukan dengan telapak tangannya, tanda salam perkenalan.

"Nama saya Mia."

Pipinya aku cubit gerak. Comelnya. Mia tergelak kecil mungkin geli hati apabila aku mencuit pinggangnya.

"Rindu ibu ayah tak?" Tanya aku perlahan-lahan.

Senyumannya memudar lalu kepalanya digeleng pantas. "Tak, Mia tak suka ibu dan ayah."

Nafas aku hela. Bahunya aku paut perlahan. "Kenapa pula? Ibu dan ayah selalu bersama-sama Mia, kan? Mana boleh macam ni, sayang."

"Tak, Mia tak suka. Ibu jahat. Ayah pun sama."

"Sayang, tak baik cakap ibu dan ayah macam tu. Tak berkat nanti."

"Mereka selalu marah Mia. Pukul Mia. Tendang Mia. Tampar Mia. Mia tak nak."

Dahi aku berkerut. "Apa?"

Bibirnya mencemik tanda mahu menangis jadi aku menariknya ke dalam pelukan. Rambutnya aku usap cuba menenangkannya. Tapi dia bertambah teresak seraya menggelengkan kepala.

Dalam keadaan macam ni aku tak boleh bertanya lagi. Aku tak nak dia tertekan sampai emosinya menjadi tak stabil. Jadi aku hanya mendiamkan diri seterusnya setelah esakkannya reda. Aku sengaja tidak menyentuh soal ibu dan ayahnya lagi bagi memberinya peluang untuk tenang. Kasihan, dia masih kecil. Tentu dia banyak menanggung kesakitan.

Setelah memberinya makan dan dia kembali berehat, aku keluar kenuju ke bilik Doktor Fadilah. Setelah duduk di hadapannya, aku terus menyoal tanpa berlengah.

"Masa awak periksa keadaan budak tu, ada tak luka?"

Doktor Fadilah mengangguk. "Itu yang saya nak bagitahu awak. Banyak sangat bekas-bekas luka pada tubuh dia. Seperti didera dan disebat. Saya syak dia didera oleh ibu dan ayahnya mungkin, sebab tu saya perlukan awak untuk bertanya kepada dia."

"Saya sempat tanya dia tadi tapi lepas tu dia menangis, jadi saya tak nak tanya pasal hal tu lagi. Dia cuma cakap ibu dan ayah dia selalu marah, pukul dan tendang dia." Bibir aku gigit menahan geram memikirkan perlakuan ibu dan ayahnya.

Doktor Fadilah mengangguk. Nafasnya dihela berulang kali. "Mungkin sebab itu sampai sekarang ibu dan ayah dia langsung tak datang melawat."

"Kita kena laporkan kepada pihak polis segera. Saya tak nak sampai budak menderita lagi."

Sebaik mendengar persetujuan Doktor Fadilah, aku menghela nafas lega.

***

Aku tersengih melirik Bryan yang sejak tadi memasang muka masam. Tangannya aku silangkan dengan tanganku namun dia masih tidak bereaksi. Gigih benar dia marahkan aku. Aku bukannya nak ingkar arahan dia tapi aku rasa awal lagi kut.

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now