Part 37

757 106 28
                                    

Aku tersenyum sambil menyusap perut aku yang sudah membesar sempurna. Wajah doktor aku pandang menantikan hasil pemeriksaan. Melihat raut wajahnya yang ceria membuatkan aku lega.

"Syukur, kandungan awak dalam keadaan baik. Bayi pun sihat, bermakna awak rajin minum susu, kan?"

Aku mengangguk laju. Aku memang rajin minum susu disebabkan Bryan yang suka memaksa aku.

"Sekarang kandungan awak dah nak masuk sembilan bulan, jadi awak kena lebih berhati-hati. Tinggal tunggu due date je sebelum melahirkan bayi ni. Awak kena banyak berehat tapi jangan duduk saja. Jalan-jalan dengan suami awak kat taman boleh bantu awak supaya lebih senang bersalin nanti, tapi jangan sampai awak penat sangat. Jaga diri, tak naklah ada apa-apa yang jadi nanti."

Aku mengangguk lagi. Ya Tuhan, perasaan aku begitu teruja walaupun berdebar. Aku dah tak sabar nak cium dia puas-puas. Aww

Setelah keluar dari hospital, aku mendail Bryan. Sebenarnya aku malas, tapi dia paksa aku untuk bagitahu dia setiap kali selesai melakukan pemeriksaan. Penat jugalah. Setelah selesai 'melaporkan' semuanya, aku masuk ke dalam kereta semula. Tetapi baru saja aku mahu memulakan pemanduan, bunyi whattsap chat kedengaran. Segera aku capai telefon dari dashboard. Mary---

Jarang benar kawan aku seorang ni nak telefon aku, jauh lagi sampai nak chat macam ni. Selalunya Lina saja yang bertanya keadaan aku setelah mengambil cuti bersalin bulan lalu. Chatnya aku buka. Ada beberapa gambar yang dihantarnya, jadi disebabkan naluri aku yang kuat mengatakan itu adalah gambar dia bersama Lina, aku segera memuat turun. Wah, cepat pula line aku ni!

"A-Apa..." Aku terpaku melihat gambar-gambar itu. "Mary..."

Tangan aku menjadi bergetar menekan gambar itu. Tubir mata terasa panas dengan air mata yang bila-bila saja akan tumpah. Aku cuba menolak kenyataan itu, tetapi sukar. Sangat sukar. Akhirnya telefon itu aku lempar ke seat belakang sebelum tunduk merapatkan dahi ke stereng bersama air mata.

Kenapa mereka buat aku macam ni?

***

Pulang saja ke rumah, aku terus menyediakan makan malam sebelum berlalu ke belakang. Setelah menutup pintu gelangsar, langkah aku bawa ke tepi kolam. Kaki aku juntaikan ke dalam air sambil memegang perut. Bibir bawah aku gigit, cuba menghalang tangisan yang kian menyesakkan dada. Ya Tuhan, aku buntu!

Gambar tadi, suami aku dan kawan baik aku sendiri, bagaimana aku mahu menelan kenyataan itu? Aku sedang sarat tetapi mereka mempermainkan aku di belakang? Mereka tidak mempunyai perasaan atau apa?

Aku mengaitkan jemariku yang bergetar menahan perasaan. Tak, aku kena kuat. Aku tak boleh biarkan bayi aku tahu aku tengah bersedih. Perut aku usap sambil menyeka air mataku. "Baby ada untuk ibu, kan?"

"Papa pun ada untuk mama."

Aku tidak menoleh mendengar suara Bryan. Sedangkan selama ini akulah orang paling bahagia menanti kepulangannya. Kekuatan yang cuba aku kumpul tadi tidak semena-mena hilang kembali. Lelaki ini yang aku sayang, kini sudah mengkhianati aku. Tak guna. Badan aku dirangkulnya dari belakang dan aku membiarkan. Kalaulah pelukannya ini mampu menepis semua kemarahan aku.

"Sayang?" Suaranya berubah risau. "Kenapa menangis ni?"

Aku tidak menjawab membiarkan dia beralih duduk di sebelahku. Bahu aku dirangkul erat. "Kenapa ni? Siapa buat kau menangis?"

"Saya sakit."

"Sakit dekat mana?"

Aku tersenyum dalam tangisan melihat riak risaunya. Tapi aku baru sedar semuanya sekarang. Ketika aku sudah mahu melahirkan, barulah kebenaran terbongkar. "Hati saya, perasaan saya."

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now