Part 17

1.4K 124 8
                                    

Aku menghela nafas sambil menyeka peluh yang mengalir ke pipi. Inilah akibatnya kalau dah lebih empat bulan aku tak bersenam. Bila dah bersenam, nak tercabut nafas saja tak. Bryan di tepi aku lirik. Aku tahu dia penat tapi serius. Dia tak buat reaksi macam aku sekarang ni pun. Acahkah apa?

"Awak haus tak?", tanyaku sambil mencapai botol minuman di sampingku.

"Hmm."

Itu je jawapan dia? Tak bolehkah cakap elok-elok? Jawablah iya sayang. Mesti hilang terus rasa letih aku ni. Tapi tak. Hmm. Botol air kau letak ke tangannya dan dia minum. Tch.

"Terima kasih", ucapnya setelah selesai minum. Aku mengambil botol air di tangannya lalu aku buka.

Agak-agak pada bahagian dia minum tadi, aku terus meneguk. Lina pernah cakap dengan aku macam mana romantiknya nabi diorang yang bila minum akan meneguk di tempat yang sama isteri baginda teguk. Jadi aku pun nak buat macam tu.

Romantik tak?

Setelah menghilangkan rasa letih, aku mengajak Bryan pulang. Tapi sekarang dia sudah boleh berjalan sendiri tanpa perlu aku pimpin. Katanya pandangannya agak okey walaupun agak kabur.

Bila mendengarnya untuk pertama kali dua bulan lalu terus aku peluk dia. Isteri mana tak bahagia bila melihat perkembangan kesihatan suami, kan? Syukur sangat-sangat. Bila buat pemeriksaan pun doktor telah sahkan yang penyakit buta sementara dia mula membaik.

Tiba di kereta, aku terus memandu laju menuju ke rumah. Sempat juga aku membunyikan hon ketika melepasi rumah Kai. Bryan pula entahlah. Reaksinya agak pelik setiap kali aku menjemput Kai ke rumah. Seperti kurang senang tapi aku abaikan kerana Kai adalah sahabat aku.

Sesampainya di rumah, lauk aku keluarkan dari peti sejuk sebelum masuk ke bilik. Aku ingatkan Bryan dah mandi tapi tak. Dia tengah santai berbaring atas katil siap bergolek-golek lagi. Apahal dia jadi macam budak-budak ni? Aku menggelengkan kepalaku beberapa kali melihat telatahnya.

"Ada apa?"

Aku tersentak apabila mendengar pertanyaannya. Oh dia sedarkah aku berada dalam bilik ni walaupun aku tak buat sebarang bunyi? Hmm mesti telinga dia makin peka ni.

"Tak mandi lagi?", soalku perlahan.

Dia menggelengkan kepalanya. "Kepala aku sakit. Kejaplah."

Sakit? Macam mana tak sakit kalau dok bergolek-golek atas katil tu? Hmm. Aku berdehem lalu memanjat katil. "Sini saya urutkan."

Dia meletak kepalanya di pahaku sambil memejamkan matanya. Perlahan aku mengurut kepalanya setelah menggosok minyak sapu pada tanganku. Perubahannya semakin baik.

"Bryan? Mata awak dah okey ke? Kabur lagi tak?"

Dia tersengih nipis. Aku dah kata perubahan dia memang semakin baik.

"Syukur, dah kurang kabur. Rasanya tak lama lagi aku dah boleh bertugas balik kan?"

Aku mengangguk. "Baguslah, saya bahagia tengok awak macam ni."

Dia hanya senyap selepas itu. Setelah hampir setengah jam mengurut kepalanya, aku mengambil bantal lalu kepalanya aku letakkan di atas bantal menggantikan pahaku. Dia tidurkah? Tak ada respon pun.

Aku mengangkat bahu sendiri sebelum turun dari katil. Tuala aku capai menuju ke dalam bilik air. Penat sangat kut. Tak apalah kalau kau biarkan dia berehat dulu.

Selesai membersihkan diri dan berpakaian, aku hampiri katil dengan tujuan hendak mengejutkannya dari tidur. Belum sempat aku menyentuh lengannya, dia terlebih dahulu sudah menarik tanganku. Hilang keseimbangan aku terjatuh ke tepinya. Ugh, apasal dia ni?

Dia tersengih melihat wajah cemberutku mungkin. "Marah?"

Aku mencebik. "Mana ada. Saya tengah ketawa ni tak nampak?"

Dia tergelak kecil. "Kau comel, Qis."

"Qis? Saya tak faham." Aku sengaja mengenakannya. Serius aku tak suka dikata comel melainkan jelita.

"Qis tu maksud dia.." Dia menggantung ayatnya sambil cuba merapatkan wajah kami namun aku menolak. "Maksud dia kiss."

Dia tergelak lagi melihat aku sekuat hati menjarakkan wajah kami. "Tahu takut. Eleh, baru acah dah nak pengsan. Kalau aku buat betul-betul kang."

Aku mendengus geram. Macamlah aku ingin sangat. Gila! Aku menolak dadanya sebelum bangun dan keluar dari bilik. Mesti mood gila dia datang.

Selesai memasak, dia aku panggil sambil menyediakan pinggan dan sudu. Kerusi ditariknya sebelum melabuhkan punggung dengan wajah tenang.

"Hari ni saya masak istimewa untuk awak", ujarku dengan nada ceria.

Dia hanya mengangguk.

Itu sahaja? Lagi? Aku berdecit perlahan sebelum duduk di sebelahnya. "Itu sahaja yang awak mampu cakap?"

Dia meletak sudu yang baru dipegangnya ke atas pinggan. Wajahku ditatapnya. "I wanna kiss you, Qis."

Spontan aku berdiri mendengar kata-katanya. "A-apa yang awak merepek ni?!"

Bryan mengangkat bahu. "Malaslah kau nak cakap apa-apa dengan kau ni. Acah sikit dah keluar wrestling kau. Acah sikit dah naik oktaf suara kau tu."

Aku menghela nafas sebelum kembali duduk. Apa yang dia katakan itu betul tapi yang aku pelik kenapa dia asyik nak kata benda macam tu saja? Otak sengetkah apa?

"Mood kau tak tentu hari ni, kau okey ke?", soalnya sambil mengunyah.

Aku mengangkat bahu. "Macamlah saya seorang saja yang punya mood tak tentu. Awak lagi dahsyat."

Bryan tergelak kecil. "Aku macam ni sebab aku sayangkan kaulah bongok."

"Apa?" Aku menegakkan badan memandangnya. Apa yang dia katakan sekejap tadi? Aku salah dengarkah apa ni?

"Tak ada apa-apa." Air diteguknya sebelum berlalu ke bilik.

Aku tercengang melihat kelakuannya. Baru tadi dia kata dia sayangkan aku tapi kenapa sekarang dia tinggalkan aku seorang depan meja makan ni? Hmm

Tak fahamlah dengan dia ni.

Makanan segera kau habiskan sebelum mengemasnya. Aku rasa letih pula hari ni. Selesai membasuh pinggan dan bekas yang telah digunakan tadi, aku masuk ke bilik. Kelihatan Bryan sedang berdiri di balkoni. Hmm acah berperasaan lagilah apa?

Aku abaikan lalu merebahkan tubuh ke katil. Letihnya hari ni. Haih. Bantal aku tarik ke dalam pelukanku sambil memejamkan mata.

"Kau marah ke?"

Ugh, masa aku nak tidur macam inilah sibuk pula dia nak tanya semua benda. Aku berdehem cuba memberi isyarat agar dia tidak menganggu aku lagi.

"Aku minta maaf."

Tak faham lagi rupanya.

"Kau dengar ke tak ni?"

Tolonglah berhenti tanya aku pelbagai soalan macam tu.

"Qis aku.."

"Apa lagi?!" Tanpa sedar aku bertanya dengan nada tinggi. Keluhan aku lepaskan geram. Tak sukanya kalau aku nak tidur tapi kena tanya macam ni terus.

Bryan terdiam memerhati aku. Baguslah kalau dia diam.

"Awak nak cakap apa? Cakaplah? Saya dah bangun ni kan? Kenapa?" Bertubi-tubi dia aku soal namun dia hanya senyap.

"Aku nak tidur dengan kau."

Aku rasa nak pitam.

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now