Part 6

1.4K 132 6
                                    

Dari jauh lagi aku dah dapat dengar bunyi siren ambulans dan siren polis. Orang ramai aku lihat ada yang menangis dan ada yang cedera. Aku dan ahli pasukan aku bergegas turun sebaik Azmir memberhentikan kenderaan kami.

Dan tepat seperti yang aku bayangkan. Bangunan mewah ni yang baru dibuka kemarin sebagai pusat membeli-belah telah runtuh teruk. Aku tak tahu nak kata apa bila lihat keadaan macam ni. Kenapa boleh jadi macam ni?

"Awak ketua pasukan EMRS kan?"

Aku menoleh apabila bahuku disentuh dari belakang. Aku mengangguk. Perempuan itu lengkap berpakaian doktor dengan wajah yang gelisah.

"Boleh tak tolong pihak kami? Kami kekurangan tenaga untuk pindahkan mangsa ke tempat yang selamat"

Aku mengarahkan Lina dan Mary mengikut aku manakala ahli aku yang lain aku arahkan agar memberi bantuan kepada pihak polis dan bomba yang lain.

Saat aku hendak mengambil beg kecemasan dari dalam kereta, ada satu tangan yang terlebih dahulu mengambilnya. Aku mendongak.

Kapten Bryan.

Dia menarik aku rapat sebelum beg tersebut dipasang ke badanku dan mukaku ditarik menghadapnya. Aku mencebik. Saat kecemasan macam ni pun sempat lagi dia nak lengah-lengahkan aku.

"Kapten, saya ada banyak nak buat. Tolong jangan kacau saya dan sila buang niat 'suci' kapten tu untuk kenakan saya", ujarku bersuara formal.

Dia menggeleng sambil merenungku tajam. "Kau rasa apa yang akan berlaku dengan kau kalau kau sendiri tak pakai topi keledar keselamatan?"

Aku menyentuh kepalaku. Malu. Macam mana aku boleh terlupa hal keselamatan aku yang satu ni? Dia memasang topi kaledar ke kepalaku sebelum bahuku ditepuk.

"Terima kasih", ucapku sebelum berlari ke arah pasukan hospital.

Tiba di sana, aku dapat dengar rintihan dan tangisan para mangsa. Aku sendiri terkejut bila melihat kecederaan mereka. Ada yang patah kaki, ada yang luka dan ada yang mengalami kecederaan dalaman.

"Saya akan beri dia suntikan anaestehtic", kataku seraya melepas bag dan mencari ubat bius dan jarum suntikan. Wanita di depanku ni hanya diam dalam tangisan.

"Kejap"

Tanganku yang ligat hendak memulakan tugas terhenti apabila ditegah. Wajah aku dongak melihat doktor perempuan itu.

"Wanita ni mengandung"

Apa? Aku tercengang. Perutnya aku sentuh. Ya, perut dia kembung tapi tak ketara sangat. Mungkin sebab kandungannya masih awal lagi.

Habis macam mana aku nak selamatkan wanita ni? Kaki dia dah bengkak sebab tulang dah lari dari kedudukan. Kalau aku bagi bius pula janin dia akan bermasalah. Tapi.. kenapa perempuan ni langsung tak halang aku bila aku nak bagi dia bius ni? Sama ada dia tahu atau tak aku pun sukar nak cakap.

"Tak apa", kataku akhirnya. Verband aku keluarkan lalu aku balut kakinya dengan kemas. "Tolong bawa dia dulu. Takut bayi dia ada apa-apa"

Petugas ambulans mengangguk sebelum mengusung wanita itu masuk ke dalam ambulans. Fikirku, mungkin wanita itu memang tak tahu kalau suntikan tadi boleh buat janin dia bermasalah. Yalah, zaman sekarang ada juga ibu yang langsung tak tahu apa-apa pasal hal ni.

Aku bergerak pula ke arah mangsa lelaki yang sedang berbaring lurus di atas pengusung. Aku duduk bertinggung di sebelahnya sambil nadi dan vitalnya aku sentuh. Semuanya okey.

"Encik, sakit kat mana-mana ke?", tanyaku perlahan dan lembut.

"Dok..tor..tolong saya.. lehe..leher saya.."

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now