Part 40

759 82 24
                                    

Aku mengemam bibir sambil melirik jam di dinding. Tinggal lima minit je lagi sebelum aku akan dimasukkan ke bilik bersalin. Kata doktor yang akan membantu aku nanti, aku tak mempunyai sebarang komplikasi, jadi aku akan bersalin secara biasa saja. Tentulah aku gembira, tapi masalahnya Bryan sampai sekarang belum datang lagi. Aku faham kalau dia tengah bertugas sekarang, tapi takkanlah dia tak boleh mohon keluar untuk tengok aku kejap. Dahlah Lina dan Ain pun tak dapat datang sekarang, sendirilah aku jawabnya. Ish!

Pintu dibuka dari luar. Kelihatan seorang doktor melangkah masuk ditemani seorang jururawat. Bukaan aku diperiksa lalu dia mencatat sesuatu pada rekod kesihatan aku. Kemudian dia menghampiri aku sambil tersenyum.

"Memandangkan bukaan puan sudah sempurna, puan akan dimasukkan ke bilik bersalin sekejap lagi."

Membulat mata aku. "S-sekarang ke doktor? Kenapa cepat sangat? Kata ada lima belas minit lagi?"

Dia tergelak kecil. "Sepatutnya macam tu berdasarkan perkiraan kami, tapi nampaknya bayi puan dah tak sabar nak tengok mama dia."

Kemudian dia mengangguk sesuatu kepada jururawat di sebelah aku sebelum melangkah keluar. Tahap berdebar aku semakin meningkat. Badan aku menjadi berpeluh dengan cepat dan tangan aku bergetar.

"Saya nak jumpa suami saya dulu boleh?"

Jururawat itu menggeleng. "Saya minta maaf tapi sekarang tak dibenarkan lagi puan."

Argh! Aku mengemam bibir menahan rasa takut. Aku nak jumpa Bryan dulu. Kejap pun jadilah. Sekejap saja. Ya Tuhan. Kenapa aku takut benar ni? Dua orang lagi jururawat melangkah masuk lalu membantu menolak katil aku keluar.

Mana Bryan? Sekurang-kurangnya sekejap pun jadilah. Aku cuma mahu melihat wajahnya saja. Aku takut aku tak cukup kuat untuk hadapi saat nanti. Macam mana kalau aku tak sempat minta maaf dengan dia? Okey jangan fikir macam tu, Eve. Ada banyak lagi yang aku kena buat. Aku kena kuat, sama ada aku sempat tengok Bryan atau tak, aku kena selamat.

"Nurse kejap!"

Katil aku berhenti ditolak apabila mendengar suara itu. Aku pantas mengangkat kepala melihat ke belakang. Senyuman aku tak dapat tahan apabila melihat Bryan yang laju berlari menghampiri kami. Sebaik tiba tangan aku digenggamnya. Meskipun dia sudah termengah-mengah, namun dia masih mampu menguntumkan senyuman. Entah berapa jauh dia berlari agaknya. Aku tergelak kecil melihat dia.

"Sayang, I love you. Be strong, okay? I'll be here, I promise you. Jangan patah semangat, aku tahu kau kuat." Dahi aku diciumnya lama sebelum mengangguk membenarkan jururawat membawa aku masuk ke bilik bersalin.

Aku tak tahu kenapa aku perlu menangis, tapi itu yang berlaku dengan aku. Kalau ikutkan hati, aku tak nak lepas pun tangan dia, tapi apabila katil mula ditolak kembali, akhirnya aku terpaksa juga. Bibir aku kemam cuba mengumpul kekuatan sebanyak mungkin berbekalkan kata-kata Bryan tadi. Aku tak punya sesiapa selain Bryan, jadi dia saja yang mampu aku sandarkan untuk memberi aku semangat.

Aku kena kuat. Bayi ni memerlukan seorang ibu, dan Bryan memerlukan aku. Lagipun kami sudah bersedia untuk memulakan hidup yang baru dengan kepercayaan yang baru. Islam adalah agama baharu aku dan Bryan, juga untuk bagi kami nanti.

***

Aku menyambut bayi yang berada dalam dakapan Bryan dengan senyuman dan tangisan dalam masa yang sama. Bayi itu aku dakap dengan penuh berhati-hati agar lenanya tak terganggu. Dia sungguh sempuna, malah sangat sempurna. Pipi gebu merahnya, bibir mungilnya dan jemarinya yang begitu kecil. Terima kasih Tuhan kerana memberi aku peluang untuk mengecapi kesempurnaan kebahagiaan ni.

Dahi aku dicium Bryan untuk waktu yang lama sebelum mencium bayi kami pula. "Si pipi merah yang comel macam mama dia."

Aku tergelak kecil. "Papa dia pun comel."

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now