Part 5

1.6K 141 45
                                    

Aku laju mengarahkan anak-anak buahku mengeluarkan beg kecemasan dan menjalankan protokol keselamatan kepada mangsa yqng mengalami sesak nafas iaitu patung.

Seperti biasa juga, mereka dapat menjalankan semuanya dengan cepat dan cekap. Aku berpuas hati sangat dengan pencapaian mereka tu.

Dia yang berdiri di sana cukup serius hanya memerhati dalam keadaan selamba. Kaca mata hitam memang tak pernah lepas pun, mungkin tak nak ketahuan mata dia tu galak memerhati.

Aku menarik topi yang aku pakai supaya turun menutup muka yang sememangnya berbelang sebab berdiri kat tempat panas ni.

Akhirnya segala protokol dijalankan, aku melangkah menujunya untuk memberi laporan.

"Semuanya dah siap. Macam mana? Aku rasa semua ahli aku buat dengan baik", kataku tanpa memandang mukanya.

Rasa geram semalam masih bersisa jadi aku tak nak baik sangat dengan dia dengan bercakap sopan macam ni.

"Okey dengar semua!"

Tengok! Aku yang bercakap depan dia pun dia tak layan. Tapi boleh pula bercakap dengan orang lain. Huh! Semua terus beri perhatian.

"Saya nak tengok ketua EMRS pula bagi protokol kecemasan", katanya dalam nada serius.

Oh seriously? Aku membuat muka menyampah sebelum mengambil beg kecemasan lalu berjalan menuju ke patung-patung tadi. Bersiap sedia untuk menjalankan arahannya.

Semua orang mula berdiri berhampiran aku untuk melihat aku menjalankan protokol kecemasan. Mungkin diorang nak tahu macam mana aku buat sebab aku bergelar ketua.

Baru aku nak sentuh leher patung untuk mencari nadi, terdengar lagi arahannya dan derap kasutnya mendekati kami.

"Aku tak cakap lagi kau kena buat dengan patung"

Oh aku rasa nak gila dah. Dahlah aku tengah panas ni. "Habis tu kau nak aku bagi protokol kecemasan dengan siapa?"

Semua mata tertancap pada tubuh tegapnya menanti arahan seterusnya. "Dengan aku"

"What?!" Terkejut habis aku bila mendengar jawapannya.

Semua mata melirik aku kejap kemudian melirik dia semula. Mestilah diorang pelik kan sebab permintaan dia yang sememangnya boleh dianggap sebagai penghuni rumah bahagia.

Dia hanya selamba sebelum berbaring di hadapanku setelah patung dialihkan. Matanya dipejam sambil mengarahkan aku untuk memulakan protokol kecemasan.

Aku kaku. Tak tahu nak buat macam mana. Tak tahu nak buat apa. Keliru. Tapi bila semua orang mula mengeluarkan siulan, aku akhirnya menjalankan tugas.

Sempat jugalah aku menjeling diorang. Eleh, asal dia kenakan aku aje mesti diorang bagai nak rak kerjakan aku. Kang aku terajang satu-satu, terus bersiul terus gamaknya.

Aku meletakkan jari ke lehernya kemudian berpindah ke pergelangan tangannya. Nasib baik aku ni ketua yang diminta untuk memberi tunjuk ajar, kalau tak dah aku buat laporan dengan pihak atasan.

Aku berdehem sebelum meluruskan kedudukan kepalanya. Kemudian aku merapatkan telinga ke bibirnya. Seperti protokol asas, kita kenalah periksa sama ada mangsa masih bernafas atau tak.

"Lagi sekali saya nak ingatkan korang. Mula-mula periksa nadi karotik. Kalau ada nadi, korang akan buat CPR pada kadar 12 hembusan seminit. Kalau tak ada nadi, korang kena beri tekanan pada dada mangsa sebanyak 15 kali pada kedalaman 1.2 hingga 2 inci. Tak boleh tekan terlalu kuat sebab takut akan mencederakan tulang dan jantung", kataku sambil menunjukkan teknik tekanan pada dada Kapten Poyo ni.

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon