Aku tersentak mendengarnya. Bibir aku terbuka tertutup cuba mengatakan sesuatu tetapi suara langsung tidak keluar. Dia benar-benar maksudkannya?

"Aku akan memohon pertukaran tempat bertugas. Aku harap dengan keputusan ini, aku dapat selamatkan persahabatan kita. Aku tidak mahu putuskan persahabatan kita, jadi lebih baik jika aku menjauhkan diri. Aku minta maaf."

Lina menyangkut tali begnya ke bahu sambil berdiri. Hujung matanya diseka laju. "Aku balik dulu."

"Lina."

"Tak apa, aku faham. Aku tak salahkan kau." Dia memaksa dirinya tersenyum sebelum melangkah keluar.

Aku sepatutnya menghalang dia, tapi kata-katanya tadi terlalu menyentuh perasaan aku. Jadi aku tidak dapat berdiri dan hanya terduduk begini untuk waktu yang lama. Berdosakah aku sudah membuatnya menangis? Sedangkan selama ini dia selalu ada ketika aku bersedih dan memujuk aku? Ya Tuhan.

***

Aku duduk di birai katil menunggu Bryan keluar dari bilik air. Aku mahu mendengar kejujurannya. Aku cukup letih jadi aku mahu mendengar jawapannya pula. Aku tidak mahu sampai aku menyesal nanti jika tidak mentafsirkan keadaan dengan betul. Apabila pintu bilik air dibuka, aku segera memandangnya.

"We need to talk."

Dia mengangguk lalu duduk di sebelahku. Rambutnya yang masih basah dikeringkan menggunakan tuala kecil. "Apa?"

"Kenapa awak berjumpa dengan Lina?"

Bryan menghela nafas. Telefon aku di atas meja mekap dicapainya lalu menayangkan gambar yang dihantar Mary kemarin. "Sebelum tu, kau percayakan gambar atau percayakan apa yang orang lain akan jelaskan?"

Aku agak terasa dengan bicaranya tetapi kepala aku angguk. "Apa yang orang lain akan jelaskan."

"Baik." Telefon aku diletaknya ke tepi. "Aku berjumpa dengan Lina kerana aku mahu dia mengambil Mia menjadi anak angkat dia. Sebab apa? Sebab aku rasa kau akan lebih mudah berjumpa dengan Mia bila dia tinggal bersama Lina berbanding dengan pihak penjagaan."

Betul ke?

"Gambar kedua, ketika aku dengan Lina pergi shopping mall. Memandangkan aku ialah seorang lelaki yang tak romantik langsung, aku cuba belikan sesuatu untuk kau secara rahsia dengan bantuan Lina. Amy sibuk jadi aku tak dapat minta tolong daripada dia. Nak tahu baju tu ada di mana? Baju tu ada dalam kereta. Aku ingat nak bagi kejutan, tapi bila balik kelmarin kau dah melenting."

Aku hiba mendengar penjelasannya. Tangannya pantas aku raih lalu aku cium bertalu-talu memohon kemaafan. Aku salah sebab terlalu mudah percaya apa yang aku pandang. Aku salah sebab tak percaya apa yang orang-orang aku sayang cakap.

"Sejujurnya aku kecewa dengan kau, Qis. Tapi kerana sayang aku abaikan perasaan aku sendiri. Aku tak nak ada orang lain yang akan membuatkan kau tersenyum selain aku. Aku tak nak ada orang lain yang akan menjaga kau sebagaimana aku menjaga kau. Kau milik aku, sampai bila-bila."

Aku menganguk. Lehernya aku tarik rapat sebelum aku peluk. Dia turut membalas pelukan aku sambil mengusap belakangku.

"Tak apa, aku dah maafkan kau. Jangan risau, hmm? Jangan nangis lagi."

Aku tergelak kecil, terharu dengan sikap matangnya. "Saya nak minta maaf dengan Lina."

"Dia ada, selalu tunggu kau untuk telefon dia."

Ya Tuhan, ampunkan aku kerana mudah percaya dengan semua penipuan itu. Ampunkan aku kerana telah melukai hati suami dan sahabat baik aku, Lina. Aku sepatutnya mendengar dahulu penjelasan mereka sebelum melemparkan tuduhan sembarangan.

"Telefon dia", ujar Bryan setelah meleraikan pelukan. Telefonku dihulur kepada aku.

Aku mengangguk laju. Nombor Lina segera aku dail. Aku benar-benar rasa bersalah dengan sikap aku yang mudah melupakan semua kebaikannya terhadap aku. Bibir aku kemam apabila panggilan aku tidak berjawab. Dia terasa dengan aku, mungkin sebab itu dia tidak menjawab panggilan aku.

"Kita pergi rumah Lina, boleh tak?"

Bryan mengangkat kening. "Kenapa? Dia tak jawab?"

Aku menggeleng. "Saya nak jumpa dia."

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ