Part 35-Mimpi

158 3 0
                                    


Syuhada POV

Aku cuba membuka kelopak mata aku yang terasa berat. Aku terjaga dari mimpi lagi,kali ini entah kali yang keberapa aku bermimpi bende yang sama namun mimpi yang tadi berlainan dari biasa.

Aku mimpi aku baru bangun tidur dan aku meraba tempat tidur sebelah aku. Sejuk,mata aku terus terbuka dan mencari seseorang namun aku sendiri tak pasti aku mencari siapa. Tiba-tiba pintu bilik air terbuka dan muncul seorang lelaki sedang mengelap rambutnya dengan sehelai tuala putih. Mukanya masih aku tak cam.

Kemudian dari sebalik tuala tersebut,lelaki itu perasan aku mencuri pandang pada dia. Aku nampak hujung bibirnya terjongket. Dia mendekati aku dan memerangkap aku dengan tangannya yang sasa tu.

Aku memandang ke tempat lain,malu untuk memandang lelaki dihadapan aku. Bau haruman selepas mandi dia menyesakkan hidung aku. Wangi. Aku berasa selesa apabila berdekatan dengan lelaki ni,terasa selamat.

"Curi pandang abang eh?" tanya lelaki di hadapan aku. Aku hanya diam tak terkutik kerana perbuatan aku terbongkar.

"Tak pe lah,abang kan milik sayang."

Aku segera memandang lelaki dihadapan aku dan tuala yang tersangkut dikepalanya jatuh.

Kemudian aku tersedar.

Aku rasa mimpi ini ajelah bende indah yang pernah aku alami sejak aku diculik. Tapi kasihannya lah sebab separuh jalan je. Kalau boleh aku berada dalam situasi dalam mimpi tadi lagi,aku tak nak bangun.

Kalau boleh. Lah.

Tapi kalau tak silap aku,dari lenggok suaranya,dari bentuk tubuh badannya. Macam aku kenal siapa lelaki tu. Dan anak mata yang menjeling ke arah aku disebalik tuala kecil dia tu,macam familiar sangat-sangat dengan aku.

Tapi siapa?

Aku mendengar bunyi tapak kasut menderap di luar,aku hanya mendiamkan diri. Di dalam bilik gelap ni,aku tak tahulah sekarang ni siang ke malam. Aku pun dah tak kira berapa hari aku dikurung kat sini.

Pintu terbuka dan sinaran yang secara tiba-tiba menceroboh masuk dalam bilik yang gelap ni mengaburi pandangan mata aku. Lengan aku segera letakkan ke bahagian mata untuk tujuan perlindungan. Kornea mata perlu masa sikit untuk adjust pencahayaan yang baru diterima.

Dan bila mata aku dah boleh adjust sikit aku menurunkan lengan aku perlahan-perlahan. Sayup-sayup kedengaran nama aku dipanggil oleh seseorang. Aku memandang figura seorang lelaki yang barui masuk ke dalam bilik ni.

Dari sinar cahaya yang membelakangi badan tu,aku nampak matanya persis mata lelaki dalam mimpi aku. Susuk tubuhnya pun saling tak tumpah.

"Syuhada"

Dari panggilan suaranya pun....

"Paan." Terkeluar akhirnya suara aku yang sudah beberapa hari tak keluar. Tekak terasa perit kerana sudah lama juga aku tidak membasahkan tekak.

Paan menghampiri aku dengan muka yang penuh kelegaan. Aku menangis di dalam pelukannya. Dia mengusap badan aku dan menanggalkan jaket dia. Aku pelik dengan tindakan dia kemudian dia sarungkan jaket dia kat kepala aku.

"Syue okay tak?" tanya Paan dalam nada kerisauan. Aku hanya mengangguk dan kemudian dia papah aku keluar dari bilik tu. Aku pun dah tak berdaya untuk berdiri apatah lagi berjalan.

Baru aku nak terlena dalam pelukan Paan,aku perasan dia berhenti. Aku memandang muka dia yang berubah ketat memandang ke arah hadapan.

Aku pun turut mengekori arah pandangan mata dia dan jatuh pada Aqil,jantan yang menculik aku sebab kisah silam dia. Sampai sekarang aku msaih tak faham apa motif dia culik aku.

JanjiWhere stories live. Discover now