Part 8-Janji

207 4 0
                                    

Sempena hari jadi mak jemah 03 a. k. a Kema yang ke-17,saya publish part ni khas untuk bedday dia. 😆😆😆🍰 enjoy!!!

"Apa, Paan?" aku menjawab dengan lemah.

"Aii, baru sebut nama dah lemah. Ni belum lagi kalau abang panggil Syue sayang." Paan menyengih menampakkan barisan giginya.

Pipi aku dah kemerahan bila dia sebut perkataan 'sayang'tu. Hui, meremang bulu roma aku.

"Abang, pleaselah. Sejak bila mak aku kahwin ngan abah kau ni?" aku mula geli-geleman dengan bahasa Paan yang bagi gelaran 'abang'.

Euwwww.

"Alah, nanti kita dah kahwin, panggil abang jugak kan. Betul tak sayang? " Kepala Paan terlentuk memerhatikan aku yang makin menunduk.

Maigaddd!!!

Aku diam, hati aku berdebar lebih kuat.

"Sayang?" Paan panggil lagi.

Aku pandang keliling,mujurlah diorang tak perasan sebab bunyi speaker kenduri kuat. Kalau tak, habis kene bahan je dengan geng mak jemah.

"Alololo, sayang tak payah lah nak sorok muka tu dari abang. Abang tak puas lagi tengok muka sayang." Paan gelak.

Dia gelak? How dare him!

"Ha, tengoklah muka sayang yang lawo sangat ni. Abang nak tengok sangat kan, ha tengok muka sayang ni,"aku tetibe menjerit sebab terikut hawa nafsu yang geram ngan Paan.

Aku tetibe tersedar, asal senyap sangat ni?

Aku pandang sekeliling dan perasan, bunyi speaker dah tutup. Lepas tu Kema pandang aku dengan mata terbeliak dia, Zana pulak buat muka aku-tahu-dah. Afiah pulak senyum-senyum peluk lengan laki dia, kening dia terangkat-angkat kat aku.

What have I done?

Aku pandang Paan tapi dia buat derk je. Ciss, tak boleh pakai. Aku terus tunduk. Malu kowt.

"Saya minta maaf, isteri saya ni buat hal pulak. Sorry ya." Paan tiba-tiba bersuara dan aku dengar ada orang gelak-gelak.

Terkejut aku. Isteri? What?! Sejak bila aku kahwin ngan mamat nihhh???

"Hei, sejak bila kita kahwin ni huh?" aku terus serang Paan lagi bila bunyi speaker dah on balik seperti biasa.

"Bukan...kita memang nak kahwin ke? " Paan angkat-angkat kening dia. Dengan killer smile dia.. Fuh. Tergoda iman. Eh, apa aku mencarut ni.

"Tak nak aku kahwin ngan kau ni. Kan aku dah cakap aku dah bertunang, dah nak kahwin dah pun." Aku berjalan ke meja depan bawah khemah.

Aku duduk kat tempat kosong dan kerusi sebelah aku pun ditarik.

Oleh Paan. Siapa lagi? Kan..

"Syue jangan nak bohong.  Selama 8 tahun ni Syue mana pernah couple. Abang tahulah semuanya." Paan sengih bagaikan dia tahu segala-galanya.

"Eh, apa yang ko tahu selama 8 tahun kau tinggalkan aku? Ko cakap macam kau tahu segala-galanya. Jangan nak berlagak lah Paan." aku mendengus. Huish, tak elok kowt perempuan mendengus macam naga tapi mamat kat sebelah aku ni..

Aku jeling Paan.

"Abang tahu yang... "Paan makin mendekat, tangan sebelah letak kat meja dan badan dia kedepan ke arah aku. "..Syue masuk Uitm kat Shah Alam, ambik course medical selama 5 tahun, praktikal kat Hospital Selayang selama 8 bulan sebelum Syue dipindahkan ke HKL dan kerja sebagai doktor gynaecology sampai sekarang. Syue duduk kat Taman Desa Angkasa dah dekat 3 tahun sama-sama dengan Piah, Zana dengan Kema. Kereta Syue tu ada lagi 7 bulan sebelum langsai. Dan hujung minggu atau bila-bila Syue free, Syue lepak kat kafe kan."

Aku terkejut dengan info yang dia tahu. Macam mana dia boleh dapat semua info ni?

Aku kecilkan mata pandang dia. Dia ni, pasang spy ke?

Paan hanya tersenyum dan mula menjarakkan diri. Dia pandang sekeliling.

Lepas tu dia bangun secara tiba-tiba dan blah.

Ape kehenya mamat ni. Tiba-tiba je macam tu. Aku pun ikut Paan menuju ke jalan dan follow Paan senyap-senyap tapi....mana dia nya? Aku rasa tadi ada je kat depan aku. Tiba-tiba menghilang pulak.

"Sayang cari abang ke?" aku terkejut bila dengar suara bisik kat telinga aku.

"Woi, ingat lawak ke? Sakit jantung aku."aku marah Paan.

Paan hanya gelak. Lepas tu muka dia berubah watak jadi serius. Huh, bipolar norr mamat ni.

"Jom, let me show you something." Paan tarik tangan aku sampai ke kereta dia.

Dia bukak pintu kereta dia lepas tu ambik barang. Paan keluarkan sejambak bunga ros warna merah dan putih. Besar pulak tu jambangannya. Dia letak bunga tu kat tangan aku.

"Kata orang bunga ros merah maksudnya Love. Bunga ros putih maksudnya... "

Belum sempat Paan habiskan ayat dia, aku potong.

"Cinta suci."

Paan terdiam.

Aku pun.

Sekarang ni yang ada cuma bau harum dari bunga ros Paan bagi. Aku hidu. Wangi.

Aku pandang ke anak mata Paan. Setelah sekian lama aku cuba elak dari terkena panahan mata Paan,kali ni aku sendiri yang pandang dia.

"Paan, aku tak suka orang tipu aku."

Paan bukak songkok dia dan meleretkan rambut dia ke belakang. Aku terbau bau minyak rambut dia.

"Paan tahu. Sebab tu lah Paan datang balik. Paan sebenarnya dah lama tahu aktiviti Syue, Paan usya Syue dari jauh sampai kawan-kawan Paan cakap Paan ni stalker. Tapi Paan tak nak keluar di waktu-waktu yang tak dijangka. Paan harap sangat Syue boleh maafkan Paan. Paan sedar Paan bukan lelaki terbaik tapi untuk Syue, Paan cuba." Paan pandang aku sampai aku rasa dia boleh baca isi hati aku.

"Paan sayangkan Syue."

Entah kenapa kali ni aku rasa bahagia. Hati aku berbunga-bunga. Ya Allah, ni terpengaruh aura pengantin ke apa ni.

"Janji Paan tak kan hilang macam tu je lagi. Janji Paan akan jaga Syue macam yang Paan janji dulu?" Aku pandang Paan.

Aku dah tak larat dengan omong-omong kosong. Penat. Aku akhirnya nak kan lelaki yang ada komitnen dalam hubungan.

Aku pandang ke dalam anak mata Paan, cuba membaca isi hati dia. Kata Zana yang Doktor Psiakitri tu, kalau nak tahu orang tu jujur ke tak, pandang mata dia. Sebab mata lah membawa makna sebenar bagi seseorang.

Anak mata coklat milik Paan menyimpan satu perasaan yang mendalam. Untuk aku ke perasaan tu? Aku rasa makin lama makin lemas dalam gelora ombak mata Paan. Memang luaran Paan nampak tenang, tapi bila aku perhatikan betul-betul Paan sebenarnya gembira.

Pasal apa?

Paan datang dekat dan dia pun beria pandang anak mata aku. Dush, menusuk kalbu. Bibir Paan mengukir senyuman penuh makna yang hanya dia tahu.

"JANJI. "

JanjiWhere stories live. Discover now