Part 5-The other half

247 11 0
                                    

Aku terkocoh-kocoh ke ER sebab ada kes kemalangan jalan raya yang melibatkan ibu mengandung. Dan aku pulak adalah doktor yang sedang bertugas pada waktu tu.

Nak tahu pukul berapa?

2.38 pagi.

Sampai je ambulans kat depan pintu,aku terus berjumpa dengan orang yang bertugas untuk dapatkan maklumat.

"Doc,pesakit berumur 31 tahun,kandungan dalam 8 minggu. Kemalangan jalan raya dengan suami serta seorang anak perempuan."

Aku hanya mengangguk. Vital signs perempuan tu tak de. Aku dah cuak. Aku cepat-cepat naik ke atas stretcher pesakit dan start buat bantuan pernafasan yang dinamakan CPR. Aku segera menyuruh staff nurse yang ada untuk tolak terus ke dalam.

1..2..3..4..5

Aku berhenti untuk memberikan oksigen pada mulut mangsa.

6..7..8..9..10

Aku berhenti lagi dan beri oksigen.

"Cepat,kita tak boleh kehilangan patient ni!" jerit aku. Kematian dalam bidang O&G ni adalah mustahil. Kalau nyawa mangsa tak sempat diselamatkan,mesyuarat tergempar akan dijalankan. 

Stretcher ditolak dengan lebih laju berbanding biasa bagaikan ada tangan tambahan yang membantu menolak.

Tiba-tiba aku rasa jantung aku berdegup dengan laju. Kenapa?

Argh,lantaklah. Aku pandang ke arah patient aku di bawah aku ni. Patient ni lagi penting sekarang ni. Patient terus disorong masuk ke dalam bilik dan langsir cubicle ditarik oleh nurse dan aku meneruskan kerja.

*******************************************

Farhan Hairi POV

Aku menunggu Syuhada di wad kecemasan. Nak masuk ke dalam wad bersalin tak boleh kecuali kalau aku ni ada isteri yang sedang dalam rawatan kat dalam tu. Yang aku ada sekarang ni,bakal isteri bukan isteri. Dan dia pun tengah merajuk dengan aku.

Aku perasan banyak nurse yang lalu-lalang menjeling ke arah aku,bukan jeling tanda tak suka keberadaan aku kat situ tapi menjeling manja. Sorry miss,my heart is not available. Aku tersengih mengenangkan Syue zaman sekolah menengah dulu. Manis,ayu,lemah lembut dan bersopan-santun.

Typical Malay girl.

Aku terkejut dengan suara kecoh-kecoh yang datangnya dari pintu masuk wad kecemasan. Aku nampak kelibat Syue yang sedang berlari keluar dan menuju ke arah ambulans dan masuk semula dengan keadaan dia berada di atas stretcher sedang melakukan CPR.

  "Cepat,kita tak boleh kehilangan patient ni!" jerit Syue.

Aku yang sudah terbangun dari tempat aku duduk segera bertindak memberikan pertolongan. Aku tolong tolak stretcher tu sebab tengok nurse-nurse tu tolak,alah, lemah-lembutnya. 

Nurse-nurse tu terkejut dan aku buat muka selamba. Eh-eh,sengih-sengih pulak nurse-nurse ni. Tak reti nak tolak pulak ke? Tapi aku abaikan nurse-nurse ni. Mata aku fokus pada Syue yang masih melakukan CPR pada pesakit wanita ni.

Entah kenapa,hati aku berasa gembira.

Akhirnya kami sampai ke bilik rawatan dan nurse yang dok tersengih pada aku tadi senyum-senyum kambing kat aku sebelum tutup langsir.

Eh-eh, nurse ni. Merenyam semacam dah aku tengok.

Aku terus duduk di luar bilik rawatan dan tunggu Syuhada keluar.

Lepas sejam lebih macam tu,Syue keluar dengan mengesat peluh di dahi.

"Syue." aku menegur.

"Oh mak kau!!" Syue terus melompat dan memgang mulutnya. Matanya membesar bila nampak aku. Aku hanya tersengih,menantikan apa tindakan Syuhada yang sterusnya.

"Kau nak apa?" eksperasi muka Syuhada mula reda dan tidak menunjukkan sebarang perasaan.

"Syue, I know what I say is wrong. So,aku datang sini ni nak mintak maaf kat kau."

Syuhada berhenti daripada berjalan dan pegang perutnya. Mukanya nampak sangat keletihan.

"Aku lapar. Kalau kau belikan aku makanan,baru aku maafkan. Aku nak...burger jadilah dengan fries. Aku lapar sangat aku rasa aku boleh makan apa je sekarang ni. Even kau." Syuhada pusing dan tunjuk aku guna jari telunjuknya.

Cute,hehe.

Aku tersenyum. "Kalau itulah titah perintah tuan puteri,hamba turutkan." Aku dah tersenyum lebar. Ada chance ni nak dimaafkan. "Kalau macam tu,hamba pergi dulu."

"Ha,pergilah,balik sini cepat sikit. Datang balik tau,kau dah janji nak bawakan aku burger. Tak datang siap kau." Syuhada mengugut.

"Ya,nanti abang datang balik,ya sayang." Aku mengenyit mata dan terus berlalu pergi. Aku dengar suara terkejut Syuhada dan sengihan aku makin melebar berjela-jela. Kaki aku pun melangkah ke parking dengan lebih laju.

My princess is hungry.

30 minit kemudian......

Aku duduk di dalam bilik kerja Syuhada dan memerhatikan dia yang tengah makan dengan berselera. Aku angkat tisu yang disediakan oleh McD dalam beg kertas tu.

"Nah,lap mulut tu. Comot."

"Alah,biarlah. Nanti dah habis makan aku lap lah." Syuhada masih khusyuk makan.

Aku bangun dan lap sendiri mulut dia. Mata dia pandang aku.

"Comot betul my princess ni." Aku sengih lagi bila nampak ada merah-merah kat pipi dia. Dia blushing,auch.

"Hmm." Tu je jawapan daripada dia. "Erm,aku ngantuk lah." Syu pun mula menguap.

"Tidurlah." Aku sarankan dia.

Pantas Syuhada menggeleng. "Aku tengah on call mana boleh sesenang je tidur. Nanti kalau ada emergency macam mana." Dia mula menepuk-nepuk pipi dia yang agak tembam tu. Mungkin biar bagi segar sikit.

"Tak pelah,kau tidur jelah. Aku tengok kau ni macam dah tak tidur beberapa hari je." Syuhada angguk dan angkat jari tiga. Aku terkejut. "3 hari?" Dia angguk lagi.

Aku terus menggeleng. "Tidur jugak. Nanti kalau ada orang cari kau,aku kejutkan. Aku jaga kau,ok. Kau tidurlah." Aku terus tunjuk tempat katil dalam bilik dia ni.

"Tak nak."

Aku dah pening dah. "Jangan degil boleh tak. Dengar cakap aku ni atau...kau nak aku sendiri gendong kau dan paksa kau tidur?"

Syuhada terpana. "Yelarh, aku nak tidur ni. Janji tau kalau ada orang datang..."

"...cari kau,aku akan kejutkan. Jangan risau lah." Aku terus memotong cakap Syue.

Syue tersenyum. "Terima kasih." Dia terus ke katil dan baring.

Aku jumpa selimut  kat dalam almari dia dan selimutkan dia. Aik,dah lelap dah. Aku tarik kerusi dan duduk sebelah dia. Aku tersenyum lagi.

If only you know Syue,how wild you can make me and how incredibly you tame this beast.

But what i know right now is, I need to make you mine.

Only MINE!

Because I'm sure you are the other half of Muhd Farhan Hairi.

Janjiحيث تعيش القصص. اكتشف الآن