Part 30-Last Love

153 4 0
                                    

Aku keluar ke pintu pagar dan mengumpulkan surat-surat yang dihantar posmen. Kebanyakannya surat entah pape tapi satu surat ni mengundang kebingungan dalam diri aku.

Surat tu tak bersampul, hanya berlipat empat. Aku semakin pelik dan akhirnya aku buka lipatan surat tersebut. Surat-surat yang lain aku ketepikan.

Syuhada, kau tunggu aku datang menjemput kau. Selepas ni, kita akan bersama buat selamanya.

Tulisan yang ditulis dengan darah tu menyeramkan aku. Selalunya dalam tv orang buat macam ni untuk dajal orang dan akhirnya santau je.

Aku menghidu surat tersebut. Darah haiwan barangkali, sebab darah manusia tak bau macam ni. Ye lah, dah hari-hari aku bau kowt darah manusia.

Manusia bersalin.

Aku bangun dan melangkah ke arah pintu masuk rumah. Aku abaikan surat berunsur pelik tadi. Sampai je ke muka pintu, ada sebuah kereta Mercedes-Benz parkir betul-betul hadapan dengan pintu pagar.

Aku tak jadi nak masuk rumah. Aku hanya memerhatikan kereta tersebut, bercermin gelap maka orang di dalam tidak boleh kelihatan.

Takkan Paan kowt, tadi dia kata ada meeting kat Bangi.

Pemandu kereta keluar dan memberi salam. Aku pun jawablah salam pemandu tu. Seorang lelaki mungkin berumur dalam hujung 30-an. Bermisai nipis dan tersenyum.

"Cik Syuhada ada di rumah tak? "

"Ya, saya lah tu. Ada apa ya? "

"Cik Puan nak bertemu dengan Cik Syuhada sebentar. Jadi dia hantar saya ke mari untuk menjemput Cik Syuhada. "

Aku mengerutkan dahi. Cik Puan mana yang nak jumpa aku ni, nak bersalin ke? Sebab aku just doktor sakit puan.

"Cik Puan? Cik Puan mana ya? "aku bertanya kepada pemandu tu.

"Cik Puan, ibu kepada Muhd Farhan."

Aku terdiam. Mak Paan? Nak apa dengan aku sampai hantar driver ke rumah aku ni.

"Er, sebentar. Biar saya bersiap dulu. Erm, maaf saya tak boleh jemput masuk sebab ini rumah orang bujang. "

"Tak pe lah, saya faham. Kalau macam tu, saya tunggu kat kereta je. "

Aku hanya mengangguk dan masuk ke dalan rumah. Hari ni si Kema yang selalu duduk kat rumah ada hal di pejabat, Zana pulak kat hospital lagi belum balik.

Aku naik ke bilik dan segera bersiap. Mak Paan nak jumpa aku, tapi apasal aku berdebar gila ni.

Macam..... Macam nak jumpa mak mertua.

Argh, hati kau rileks. Jangan nak buat aku jafi lebih gabra boleh tak?

Setelah selesai bersiap aku turun dan masuk ke dalam kereta. Kereta tu terus meluncur laju ke Putrajaya dan akhirnya memasuki kawasan perumahan yang rumah dia besar-besar gedabak.

Kereta yang membawa aku ni memasuki pintu pagar sebuah rumah besar. Dah macam rumah Dato'Alif Syukri dah ni.

Aku melompong memandang kaeasan rumah yang besar tu. Ni bukan rumah lagi, ni mansion.

"Cik Syuhada, silakan masuk. Cik Puan tunggu di dalam. " tegur pemandu tadi.

Aku hanya mengangguk dan melangkah ke pintu masuk rumah tu. Aku tak tahu nak cakap pintu ke gerbang.

Pintu rumah dibuka oleh maid dan aku ditunjukkan jalan ke ruang tamu tempat di mana Cik Puan berada, menunggu kedatangan aku.

Aku ternganga tengok rumah sebesar ni. Ya Allah, besarnya. Rumah ke syurga? Dengan hiasan ala-ala english vintage. Memang rumah orang-orang kaya lah.

JanjiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang