Part 1-Gemuruh

790 17 0
                                    


Aku keluar dari rumah memakai kasut sneaker daripada Khans Holdings. Satu-satunya kasut jenama terkenal Malaysia ni yang aku ada. Nak beli buat collection tak mampu. Nanti lah kalau dah ada suami. Hahaha.

Aku membuka kunci kereta Honda City warna putih aku dan masuk ke dalam. Dulu aku adalah satu-satunya yang ada kereta import. Tapi lepas Zana dah masuk kerja dan dah ada duit nak beli kereta,dia pulak beli kereta Honda Jazz yang latest. Dah habis bayar pulak tuh,aku yang ambik dulu pun tak habis bayar lagi.

Dalam rumah berkembar 2 tingkat ni kitorang berempat sewa dan duduk kat sini sejak lepas graduate lagi. BFF katakan,mana boleh terpisah. Oh,kitorang berempat tu maksudnya aku,Nor Syuhadah Ajman dan kawan aku lagi 3 orang,Nur Syazana Muhammad Nuri,Nurul Nazaratul Akmal Suhaimi dan Afiah Munirah Riduan.

Zana dah jadi doktor psiakitri macam yang dia impikan dari sekolah menengah lagi. Sedangkan dia pun gila-gila time sekolah dulu,inikan nak mengubat orang. Tapi at least dia dah pernah praktikal kat overseas.

Kema pulak dah jadi aircraft engineer selepas menempuh macam-macam dugaan. Yelah,Malaysia ni nak pakai berapa orang je aircraft engineer kan. Tapi tak pe,dah tu yang dia minat. Sekarang ni,dia sibuk terbang ke sana-ke sini. Nak tengok muka dia kat Malaysia memang jaranglah.

Afiah pulak dah bukak kafe sendiri tapi buat partnership dengan tunang dia,Mohd Saufi. Dia ni bisnses kencang. Ladang sayur pun dia ada dan kafe dia ni kebanyakan sayur dia tanam sendiri. Organik gitu.

Dan aku pulak,masih setia jadi doktor gynecology dekat HKL atau bahasa kita-kita ni doktor sakit puan. Pergh,memang busy lah cerita. Kalau ada patient nak terberanak pukul 2-3 pagi,kena tunggulah.

Sambil-sambil menelusuri jalan raya KL ni,aku pandang ke papan-papan iklan kat highway ni yang bersepah-sepah. Besar-besar pulak tu.

Salah satunya iklan daripada syarikat Khans Holdings,syarikat yang mengeluarkan kasut sneaker untuk pelbagai peringkat umur dan acara. Macam kasut yang aku pakai ni. Cantik-cantik semua kasut dia cuma tulah,tak mampu aku nak beli selalu.

Akhirnya aku sampai ke HKL dan aku parking ke tempat biasa. Aku keluar dan buat rutin harian. Sedar-sedar dah pukul 2 petang. Patutlah perut berkeroncong je dari tadi.

"Dr. Syue,dah makan?"

Aku menoleh dan nampak Dr.Aqil kat belakang yang tengah tersenyum.

Aku hanya geleng. "Perut dah berkeroncong dah ni,solat pun belum."

"Mana boleh macam tu,kita sebagai doktor kena jaga kesihatan." Dr. Aqil datang mendekat.

Aku tersenyum kelat dan mula undur ke belakang.

"Doktor,doktor, ada patient baru masuk tapi air ketuban dia dah pecah,doktor." Seorang nurse datang dengan termengah-mengah.

Aku hanya mengangguk dan bersedia untuk masuk ke bilik bedah bila suara Dr.Aqil menghentikan aku.

"It's okay,biar saya handle. Dr. Syue,you pergi makan dulu." Dr. Aqil terus berlalu pergi dengan nurse tu.

Nak buat apa ni? Pergi makanlah,apa lagi.

Aku pusing dan menuju ke lif hospital tapi aku rasa lain macam. Tiba-tiba tangan aku direntap dari belakang.

Haduih,sape pulak yang main pegang-pegang tangan anak orang nih?!

Aku nak pusing dan pandang muka orang yang berani-berani sentuh aku ni tapi aku terhenti bila dengar suara dia.

"Syuhada,it's been a long time no see."

Keadaan keliling sekarang macam sunyi walaupun ramai yang lalu-lalang kat tepi. Suara tu...

"Syue,kau tak rindu kat aku ke?"

Aku sentuh dada aku,apahal pulak dia berdegup laju time dengar suara orang ni? Kenapa lah kau nak cari pasal time-time macam ni.

Aku akhirnya pusing dan pandang muka dia.

Muhd Farhan Hairi.

**********************************

Dan akhirnya aku kat kafeteria hospital dengan seorang lelaki yang segak pakai sut berwarna biru tua dengan baju kemeja biru lembut,dipadankan dengan tali leher biru tua. Dia nampak hensem walaupun dah 8 tahun tak jumpa dia.

Aku tersengih,masin betul mulut kau Zana,baru malam tadi dia bukak balik cerita pasal crush sekolah menengah aku ni. Dan sekarang ni dia ada ni hah,duduk depan aku sambil menghirup nescafe O.

"Apa cerita sekarang. Lama tak tanya khabar kitorang." aku mula terasa dengan perbuatan dia dulu.

Baru aku teringat,lepas dia janji nak datang balik kat aku dan jadikan aku ni hak dia. Aku dengan berbunga-bunganya terima janji dia. Lepastu dia blah macam tu je.

Phush!

Hilang dibawa angin mana entah sebab esoknya aku tahu dia dah menghilangkan diri. Time ambik keputusan SPM pun dia tak datang. Punyalah aku tunggu dia macam orang bodoh dalam dewan tu sampai orang semua dah balik,dia tak datang-datang.

Peristiwa tu buatkan hati aku terus berombak. Dia tiba-tiba muncul dan tanya samada aku rindu dia ke tak?

Farhan letak mug berisi air nescafe ke atas meja dan mula fokus pada aku.

"Syue..."

Aku diam tak bergerak. Suara dia entah macam mana buatkan aku kaku.

"Say something." Farhan melepaskan nafas dan tunduk.

Yes,it's your fault,now eat that! Stupid moroon!!

Tapi kata-kata tu tak terluah. "Kenapa?"

Farhan angkat muka dan keningnya berkerut.

Aku sambung. "Kenapa baru sekarang kau nak memunculkan diri? Kenapa kau hilangkan diri macam tu je dari aku lepas kau dah janji macam-macam dengan aku? Kenapa...kenapa kau buat aku macam ni?" nada suara aku mula perlahan.

Mula lah ni,rasa nak nangis ni.

Farhan tersengih.

Ciss,dia boleh senyum?!

"Aku mintak maaf. Tapi sekarang aku dah ada depan mata kau,so aku nak tunaikan janji aku kat kau. Aku.."

"Tak payah!" Aku terus potong cakap dia. Orang keliling mula pandang. "Kau tak payah nak susah-susah sebab dah ada orang lain yang sanggup buat semua tu."

Aku terus bangun dan nak blah dari situ. Huh,baru sekarang kau nak tunanikan janji kau kat aku? 8 tahun ingat sikit ke? Lama aku tunggu dia.

Tangan aku direntap sekali lagi oleh Farhan. Aku pusing dan pandang dia dengan jelingan paling tajam aku boleh bagi.

"Maksud Syue,Syue dah ada boyfriend? Atau Syue dah ada tunang?" Farhan macam tak puas hati. Tangan aku pun dia masih tak lepaskan lagi.

"Yes and I will be married." Aku terus sentap lengan aku dari dia.

Farhan terkejut tapi tak lama eksperasi dia berubah jadi lain. Dia sengih.

"You...will? Dengar sini Syue,aku akan pastikan janji aku tetap tertunai walau macam mana pun. Aku tak heranlah kau dah ada boyfriend ke tunang ke,you..are...MINE!"

Perkataan yang terkeluar dari mulut dia membuatkan semua darah dalam badan aku gemuruh dan muncul satu perasaan pelik.

Oh my god!

Oh my God!

Oh my God!

Lutut aku dah ketar ni.

JanjiWhere stories live. Discover now