Part 33-Identiti Sebenar

176 3 0
                                    

Syue POV
Kepala aku terasa berat, tekak juga terasa kering namun semua tu aku tak pedulikan sebab situasi aku sekarang ni lebih tragik.

Sedar-sedar sahaja aku di tempatkan di dalam sebuah bilik yang bertampal surat khabar di dinding. Mata aku jatuh pada bekas air yang ditempatkan tidak jauh dari aku.

Aku melepaskan dengusan yang kuat. Macam bekas minuman haiwan je aku tengok.

Ingat aku ni anjing ke, ha anjing!

Apa punya oranglah yang culik aku ni. Service entah pape,tapi ya lah. Orang penculik ni selalunya tak de akal.

Pintu ditendang dari luar, aku terkejut dan kepala aku segera mengalih ke arah pintu. Seorang lelaki dalam hujung 20-an mungkin sedang tersenyum sinis memandang aku.

"Dah sedar rupanya, ingatkan tak nak sedar. Kalau kau tak sedar lagi, baru aku nak kenduri kan kau ni. "lelaki yang berlagak gangster ni berjalan mengelilingi aku.

Aku hanya mengekori pergerakan dia melalui ekor mata kerana tangan dan kaki aku diikat.

Lelaki tadi melutut depan aku dan angkat dagu aku supaya aku hadap muka dia yang hodoh ni.

"Kau ni sebenarnya lawa, tapi entah apalah yang kau buat sampai lau jadi macam ni. Aku harap kau tak marahlah ya, aku cuma ikut arahan. "kemudian dia sengih.

"Siapa yang arahkan kau? Cakap! "aku bersuara walaupun suara serak.

"Siapa dia tu, nanti kau tahulah. Ok, aku chaw dulu. Bye- bye sayang. " dia buat-buat macam nak cium aku tapi aku segera mengesot ke belakang.

Jijik!

Lelaki tu hanya gelak kemudian blah. Aku melepaskan keluhan lega. Mujur lah dia yak cium aku, kalau tak habislah mulut aku dah tak dara.

Kali ni aku dengar bunyi orang menapak masuk ke dalam bilik aku. Mata aku membulat memandang lelaki dihadapan aku yang bediri dengan megahnya.

Dia membongkok memandang aku.

"Tch, tch, tch. Kalau dari dulu kau terima je aku, tak de lah kau seteruk ni. Tapi rupanya kau sama je dengan perempuan lain, kau mata duitan. Kau kejarkan CEO KHANS Holdings. Wow! " Aqil menepuk tangan.

"Kau nak apa sebenarnya dari aku? " aku memandang Aqil dengan mata yang tajam. Kalau dari dulu pandangan mata boleh membunuh orang, dah lama aku bunuh mamat tak guna depan aku ni.

"Aku nak, orang macam kau, yang tahu nak kikis harta orang je, tahu betapa seksanya orang lain disebabkan perbuatan perempuan terkutuk macam tu. " dia menarik kerusi yang terdapat di penjuru bilik dan duduk dihadapan aku. Rambut aku ditarik oleh dia, aku hanya jeling muka dia.

"You know, my mother suffered an illness after my father found another woman. Tapi akhirnya baru saya sedar, perempuan tu cuma nakkan harta ayah saya sampai sanggup buat apa saja. Walaupun mengorbankan kebahagiaan sebuah keluarga. "

"Tapi apa kene mengena dengan aku? Aku tak pernah kacau hidup kau. Dan aku tak pernah tahu pun pasal sejarah hidup, Hell, aku tak berminat nak belajar sejarah lagi-lagi sejarah hidup kau yang pathetic ni. "aku hamburkan kemarahan aku kat dia.

"Kau tak ingat ke aku cakap apa tadi? " Aqil menjengilkan matanya pada aku.

"Itu masalah kau, aku rasa kau tak pandai nak kawal emosi kau sendiri sebab tu kau nampak semua perempuan sama. Kau masih di takuk yang lama. "

Dia lepaskan rambut aku. "Di takuk yang lama? Kau tahu tak betapa terseksanya aku bila mak aku sakit dan tak boleh nak buat apa?! Ada bapak pun dia asyik pentingkan betina sial tu. "

JanjiWhere stories live. Discover now