Part 24-Jejaka Pilot

158 4 0
                                    

Nazaratul POV
KLIA sesak dengan warga dalam dan luar negara yang berpusu-pusu ke destinasi masing-masing. Ada yang nangis menghantar anak atau suami,ada yang gembira menyambut kepulangan yang tersayang. Tapi aku,selalunya mak jemah tu je lah yang setia menanti aku. Tapi tak pe lah, janji ada.

Aku memerhatikan sekeliling, hari ni kerja aku hanyalah memeriksa beberapa buah kapal terbang sebelum mereka berlepas. Kerja last minute kerana engineer yang sepatutnya bertugas dalam kemalangan malam tadi.

Tak pasal-pasal aku terkocoh-kocoh ke KLIA semata-mata kerana ni. Aku duduk di sebuah kafe di KLIA sambil tunggu mak jemah yang mana satu entah ambik aku. Tadi pown mujurlah Zana ada untuk tumpangkan aku. Dia pun katanya ada hal emergency di rumah pesakit dia.

Antara Zana atau Afiah lah yang akan ambil aku nanti. Kalau kerja Zana lama, Afiah lah ambil.

Haih susah betul tak de kereta ni. Tapi kalau aku beli pun, bersepok je 6 bulan nanti buat apa. Kerja macam aku ni mana tentu masanya sebab aku pun jarang duduk Malaysia. Nak kasi Zana ke Syue pinjam, masing-masing dah ada kereta.

Aku pun membuka laman sosial dan mengikuti perkembangan kawan-kawan aku.

"Erm, assalamualaikum. "

Aku mengangkat muka melihat jejaka yang tetiba menyapa aku.

Seorang lelaki tampan berkulit hitam manis tu tersenyum melihat aku. Aku memerhati baju yang dipakainya, kemas beruniform khusus untuk seorang jurukapal terbang. Mata aku jatuh ke tanda nama yang dipakainya.

Amir Syafiq.

Minda aku sibuk memutarkan kembali memori mengingat kembali di mana aku pernah dengar nama tu. Dan akhirnya aku teringat!

"Amir! "

Lelaki dihadapan aku tersenyum makin lebar. "Ingat lagi kau rupanya kat aku. Ingatkan tak ingat dah. " dia membetulkan topinya di celah tangan.

Aku membalas senyuman dia, senyuman aku melebar. "Eh, mestilah ingat."

Aku memerhatikan dia dari atas ke bawah. Huish, segak dan tampan sekarang. Dia ni dulu satu kelas dengan Fadh..

Riak muka aku berubah mengenangkan empunya nama Fadhil Nasuha. Entah apa dia buat sekarang kat Korea. Aku harap dia terus duduk dan mereput kat Korea tu.

"Er, kau okay tak ni? Serius semacam je. "

Aku berpaling pada Amir, baru tersedar aku masih di alam realiti dan di Malaysia. Bukannya di Korea Selatan bersama Fadhil lagi.

"Aku okay, aku okay. " entah macam mana suara aku macam bukannya meyakinkan Amir, tapi cuba yakinkan diri sendiri.

"Kau ada masalah ke? Kalau tak keberatan kau boleh share ngan aku. "Amir menunjukkan riak muka risau.

Aduhai Amir, hanya kau yang dari dulu faham aku.

"Aku okay lah. Kau sekarang apa citer, dah jadi pilot nampak. Mesti dah kahwin kan. " aku berseloroh dengan Amir.

Amir hanya tergelak mendengarkan kata-kata aku tadi. "Mana ada, aku bujang lagi. "

"Eh, duduklah. Berdiri pulak kau. "aku pelawa dia duduk dengan aku.

Amir tanpa sagan silu menarik kerusi di hadapan aku dan duduk. Topi dia yang dikepit tadi diletakkan ke atas meja. Dia pun memesan air kopi kepada pelayan yang lalu.

"Kau pulak macam mana sekarang? Dah kahwin? "

Soalan Amir tadi membuatkan aku tersembur sedikit air yang baru aku nak sedut. "Mana ada, aku tak kahwin lagi. Belum sampai jodoh lagi. "

"Kalau macam tu, kahwin ngan aku aje lah. Nak? "Amir menjongketkan keningnya ke arah aku.

Aku gelak lagi. Kali ni aku gelak terbahak-bahak dah serupa orang gila kat kafe tu.

"Kau gila eh. Ke demam. Main ajak-ajak pulak. "aku sambung minum air aku tadi. Alamak, kelakar betul soalan Amir tadi.

Mata aku tertancap pada mata Amir. Kali ni muka dia dah berubah serius.

"Kalau aku cakap aku serius? Kau nak kahwin ngan aku? "

Aku terdiam melihatkan wajah serius Amir. Ketawa aku pun berhenti dan aku mula memandang ke sekeliling.

Lepas tu aku dengar ada orang ketawa. Aku mencari sumber ketawa tersebut.

Amir ketawa terbahak-bahak sambil memegang perutnya. "Aku gurau je lah. Muka kau... "Amir sambung gelak lagi.

Ciss, aku terpedaya. Kurang asam boi betul mamat ni.

"Lawak kan, ha gelak sampai puas. Gelak lah lagi. " aku perli Amir.

"Tapi serius aku tak sangka boleh jumpa kau kat sini. Tapi selalu jugak aku macam nampak kau kat KLIA tapi aku tak berani nak tegur, baru srkarang berani. "Amir menunjukkan barisan giginya kat aku.

Hii, aku sekeh kang mamat pilot depan aku ni.

"Aku memang selalu ke KLIA sebab aku kan engineer aircraft,hari ni singgah kejap je." Aku menghirup air aku sehingga habis.

"Okaylah, kawan aku nak sampai dah ni. Aku chaw dulu, papehal roger lah. "aku bangun dan nak blah tapi Amir tahan aku.

"Sabarlah, ko punya nombor telefon aku tak tahu lagi. Macam mana nak keep in touch nanti. "Amir pun bangun dan keluarkan smartphone dia.

Aku terus bagi dia nombor telefon aku dan kitorang pun ucapkan selamat tinggal. Aku pergi ke pintu keluar KLIA dan aku jumpa Afiah kat sana.

Dia lambai kat aku dan aku terus ke kereta dia. Aku senyum dan terus masuk ke dalam kereta dia.

"So, macam mana kerja kau hari ni. " Piah memulakan perbualan.

"Okay je. "

Patut ke tak aku bagitahu pasal Amir kat dia?

Argh nanti je lah.

Lama kelamaan terbongkar jugak kan.

"Aik, senyap pulak kau ni. Selalu ada je bende nak bebel." Piah mengeluarkan kereta dari tempat parkir dan kitorang menuju ke destinasi seterusnya.

"Tak de apa lah. Zana lambat balik ke? "Aku cuba mengubah topik.

Piah menjeling aku dari ekor matanya dan dahi dia berkerut. Tapi lama lama dia buat tak tahu yang aku cuba tukar topik.

"Haah, tadi dia call aku suruh ambik kau. Aku pun datang lah, kalau tak mahu kau balik dengan entah sape-sape. "

Aku tergelak. "Balik dengan entah sape? Siapa ni? Siapa yang kau cuba maksudkan."aku menepuk bahu Piah.
"Siapalah tahu,kan."itu je jawapan Piah pada aku sebelum dia kembali fokus pada pemanduan.

Tet!

Bunyi mesej masuk mengejutkan aku. Aku menggeledah beg yang aku bawa bersama sejak pagi tadi dan telefon bimbit aku keluarkan.

Peti mesej aku buka. Pengirim dari nombor yang tidak dikenali. Pelik ni. Nak buka ke tak? Argh, bukak je lah.

Hi, ni aku amir. Save no ni.

Aku tersenyum membaca mesej dari Amir. Dan aku pun terus balas mesej dia.

"Haih, senyum nampak. Sape mesej tu? Pakwe eh. "Piah bersuara di sebelah.

"Argh, kau sibuk pulak. Ko drive je boleh tak? " Aku mengendeng ke tepi sikit supaya Piah tak nampak aku bermesej dengan Amir.

Bibir Piah muncung panjang mendengarkan jawapan aku lepas tu mulut dia start membebel.

Aku buat tak tahu dan terus balas mesej dengan Amir.

Lantak kau lah Piah. Hahaha.

JanjiWhere stories live. Discover now