Part 31-Milik Aku

143 4 0
                                    

Syue POV
Meja kerja yang bersepah dengan fail pesakit aku abaikan. Panggilan daripada Paan pun aku palaukan.

Kononnya nak melemaskan diri dalam lambakan kerja, boleh jadi alasan untuk jauhkan diri dari Paan. Dan bawak hati yang sedih ni pergi jugak.

Tapi aku silap!

Makin aku kerja, makin banyak pulak aku terfikir pasal Paan. Pegang kertas nampak nama dia. Pegang phone, terbayang dia. Lalu highway nak ke hospital pun nampak papan dia.

Lepas ni aku nekad tukar jalan lain pulak.

Serabutnya otak!

Nak kata tak rindu, rindu.

Nak kata tak sayang, sayang.

Tapi tu lah, aku tak boleh dengan dia. Aku dengan dia berbeza. Aku tak boleh provide apa-apa untuk kebaikan syarikat dia.

Aku memandang sekeliling. Suasana suram menyelubungi bilik kerja aku. Tiba-tiba telefon aku berbunyi tanda mesej masuk.

Aku hanya menjeling ke arah mesej namun aku terus duduk secara serius menghadap telefon pintar aku.

Paan nak datang?

Tangan aku terus mengemas meja kerja aku dan aku bangun sambil mencapai handbag aku.

Aku mengeluh lagi.

Ni pun hadiah Paan bagi.

Pandang bawah nampak kasut hadiah Paan jugak.

Urghhh, stres!

Aku abaikan semua tu dan terus keluar. Aku pesan pada Nurse Wati aku nak balik sebab memang shift aku dah habis. Dah berapa hari aku tak balik ya, dok memerap dalam hospital. Larikan diri.

Sekarang, dia nak carik aku pulak kat sini.

Aku segera melangkah ke parkir kereta belakang bangunan. Aku nampak Dr. Arsyad, melambai ke arah aku.

Aku senyum dan lambai balik. Dr. Arsyad segera berlari anak ke arah aku.

"Baru balik? Wati kata dah 5 hari kau tak balik? Banyak sangat ke kerja. "

Aku hanya gelak. "Banyak, bertimbun macam 7 gunung. Tak de lah. Saje je nak kerja keras sikit. "

"Tapi jagalah kesihatan tu. " pesan dia.

Aku hanya angguk dan pamit untuk balik. Dr. Arsyad sempat pulak tu perli aku tanya bukan ke hospital ni rumah aku. Ada ke patut.

Dr. Arsyad ni, nak jumpa Wati lah tu. Diorang dah dating dah. Dah tunang pun lepas balik dari India dulu. Memang hindustan punya movie lah cerita diorang ni.

Aku berjalan menuju ke tempat kereta kesayangan aku diparkir. Huish, kesian kau dah berhabuk tersepuk bawah pokok ni. Aku baru keluarkan kunci kereta namun mulut aku ditekup dengan kain.

"Urghhhh! "

Aku cuba menjerit sekuat mungkin. Namun sebutir pun tak keluar. Lelaki yang menekup aku tu heret aku ke belakang. Aku dah cuba macam-macam cara untuk memboloskan diri tapi tak berjaya.

Aku memerhatikan lelaki yang menekup aku, bertopeng kain corak askar dan bercermin mata hitam. Lelaki tu terus tolak aku dalam sebuah van dan mata aku semakin kuyu.

Aku macam dah lemah. Mengantuk sangat. Sayup-sayup aku dengar ada orang panggil.

Aku cuba buka mata dan aku nampak samar-samar Dr. Arsyad cuba mengejar aku sebelum pintu van ditutup.

Mata aku dah tak tahan jadi aku pejam. Aku tak tahu apa akan jadi pada aku lepas ni. Terjelopok di lantai van ni dan dibawa pergi entah ke mana. Nampak macam geng je.

JanjiWhere stories live. Discover now