Part 11-Pengakhiran penantian

192 8 0
                                    

Syuhada POV
Aku duduk diam dan merenung telefon bimbit aku. Mengenangkan yang aku ni tak kaya sangat so aku tak campak je telefon ni. Lagipun telefon ni tak bersalah.

Aku merenung telefon tu sampai nak tembus rasanya. Kalaulah... Kalaulah boleh aku tembus orang dalam gambar ni.

Skrin telefon aku bertukar ke panggilan. Aku baca nama si pemanggil. Hati aku terus menyirap, darah aku terus menggelegak. Berani dia call aku setelah semua ni.

Huh!

Aku letak telefon secara terbalik supaya aku tak nampak skrin telefon. Aku bersandar pada kerusi tempat aku kerja.

Aku pandang telefon aku dan hati aku masih tak puas. Telefon aku terus berbunyi membingitkan suasana bilik kerja aku yang sunyi. Aku terus matikan telefon dan letak kembali ke tempat asal. Baru puas hati aku.

Aku menyandar di kerusi dan tangan aku lipat ke dada. Aku rasa macam ada api membara kat tepi-tepi aku. Macam Naruto tu, tak pown macam watak dalam cerita Dragon Ball.

Aku pejamkan mata.

Tak sangka selepas seminggu tak contact dengan alasan dia ke luar negara untuk menguruskan hal bisnes dia, boleh pulak dia buat hal kat sana.

Janji konon, huh.

Aku baru dapat tahu berita ni bila nurse kat luar tu dok gosip pasal ceo muda dan kaya tengah hangat bercinta. Mula-mula aku endahkan lepas dengar je nama 'Farhan Hairi', aku terus pasang telinga.

Aku dengar Paan digosipkan dengan seorang model lawa bernama Natasha atau lebih dikenali dengan nama Nat. Dia model berusia 26 tahun, tua setahun dari kitorang dan masih single. Model ni pown banyak digosipkan dengan orang-orang terkenal dulu.

Aku terus pecut ke bilik dan buka laman sesawang gosip kat Malaysia ni. Gosip terhangat sekarang ni. Dengan gambar Paan sedang dipegang oleh Nat di hadapan lobi sebuah hotel di luar negara.

Hati aku jadi sakit,pedih dianiayai oleh dia. Lelaki yang aku tunggu setelah 8 tahun.

Betul ke apa yang dia cakap hari tu?

Aku diam memerhatikan syiling tempat aku kerje. Nafas aku hembus, bagaikan sebagai simbol melepaskan beban yang tersarang di kepala.

Kalau nak dibandingkan antara aku dengan Nat, dia lagi lebih dari aku. Aku apa ada.

Mata aku pejam, bagi melepaskan dunia ini buat sementara. Namun setelah aku pejam, kenangan aku bersama Paan terulang kembali. Dari masa dia datang ke hospital ni dan masa kat Burgerstop. Semua nya terulang bagai tayangan filem di depan mata.

Tanpa sedar, air jernih menitis di pipi.

Adakah ini kerje dia pergi ke luar negara? Semua panggilan dan mesej aku diabaikan sebab perempuan tu.

Aku peluk diri sendiri, terasa sejuk aircond meresap ke tulang. Tiba-tiba aku rasa sejuk mencengkam badan aku ni.

"Dr. Syue? Doktor okay tak ni? Macam tak sihat je." Seorang nurse bernama Lisa masuk dan menunggu di pintu.

Aku terus bangun dan ke pintu. Aku pandang ke arah Lisa dan cuba senyum. Keyword. CUBA.

"Saya nak ambik angin kejap. Nanti saya masuk balik, kalau ada pape, saya nak ke coffee machine. Cari saya kat situ."

Lisa mengangguk dan membenarkan aku keluar. Aku terus berjalan ke arah mesin air dan masukkan duit. Air milo panas aku tekan. Sambil menunggu air milo aku siap, aku duduk di kerusi menunggu yang disediakan.

Kerusi disebelah aku diduduki orang. Aku tak ambil peduli pun untuk mengalihkan muka,untuk tahu siapa stranger yang duduk kat sebelah aku.

"Why Syue? You seem tired."

Baru aku kalih muka ke tepi.Dr Aqil tersenyum manis kat aku. Aku hanya mengeluh.

"Why frowning? Syue tak elok macam ni. Its not good you know." Dr Aqil tersenyum lagi.

Aku cuma diam dan bersandar pada kerusi. Syiling atap hospital aku pandang. Tiba-tiba tangan aku dipegang. Aku rasa geli. Terus aku sentap tangan aku dan pipi Dr Aqil menjadi mangsa.

"Kau jangan nak ambik kesempatan ya Dr Aqil. This is my last warning." aku bangun dengan nafas yang memburu dan capai cup milo aku. Aku sekali lagi pandang dia. "Remember this Dr Aqil."

Aku pusing untuk melangkah pergi namun perjalanan aku ditahan oleh Dr Aqil. Siku aku dipegang kuat sampai aku menyeringai kesakitan.

"Woi pompuan, kalau kau tak tunduk kat aku, aku akan pastikan satu hari nanti ko akan melutut kat aku minta perhatian. " muka Dr Aqil sangat menyeramkan.

Aku cuba untuk berlagak berani. "Never Dr Aqil. Never." aku pun pelik dengan sikap bipolar dia ni. Ada masalah mental ke apa?

Dr Aqil tersengih jahat. "Kau jangan nak berlagak lah pompuan. Semua perempuan dalam dunia ni akan jatuh ke dalam tangan aku. Kau dengar ni." Dr Aqil mencengkam belakang kepala aku. "Kau takkan terkecuali."

Tiba-tiba pegangan tangan Dr Aqil terlepas. Aku pandang belakang Dr Aqil.

Paan.

Jantung aku berdegup laju entah sejak bila. Aku hanya mampu memandang Paan yang 'selesaikan' Dr Aqil. Aku terjelupuk ke atas lantai. Aku dah tak tahu nak buat apa. Numb.

"Syue? Are you okay?"

Aku tak bersuara. Macam dah hilang suara, actually hilang semangat.

"Syue tak patut merayau macam ni. Malam pulak tu." suara risau Paan menyapa gegendang telinga.

Aku pejamkan mata dan menepis tangan Paan yang sedia membantu aku untuk bangun. Aku bangun dengan tergesa-gesa dan drastik. Perasaan marah aku muncul kembali.
"Kau tak payah nak hirau pasal aku. Kau herankan awek kau tu lagi bagus." aku terus berjalan laju menuju ke wad bersalin.

Telinga aku dengar ada orang follow.

"Syue! Let me explain everything. Syue!"Paan terjerit-jerit nama aku.

"Bang jangan kasi dia masuk. Terima kasih. " aku cakap kat pak guard yang dari jauh memerhatikan kitorang lari-lari dari koridor sana. Pak guard tu hanya mengangguk.

Aku terus masuk dan menekan pintu lif. Paan cuba membolosi pak guard tu tapi pak guard tu tahan dengan sedaya upaya.

"Encik tak boleh masuk." kata pak guard tu.

Pintu terbuka dan aku terus masuk tanpa banyak soal. Paan akhirnya terlepas dari pak guard dan menghampiri aku.

"Syue! " jerit Paan.

Aku buka cincin belah rotan hadiah dari Paan dan campak ke arah dia dengan sekuat hati. Biar puas.

Paan nampak terkejut dan dia berhenti betul-betul depan pintu.

Aku pandang ke dalan anak mata coklat di depan aku. "Selamat tinggal....pemilik hatiku."

Pintu lif terus tertutup dan aku bergerak naik ke atas. Aku terpusing-pusing dalan lif, mata aku berair dan aku menekup mulut aku. Air mata mencurah-curah keluar. Aku akhirnya mengalah dan terus menangis.

Adakah ini pengakhiran penantian aku?

JanjiWhere stories live. Discover now