Part 13

36 4 1
                                    

Tittle : RINTIHAN HATI
By : Vivian Terra
Publish Date : 3.3.18
Cover : Imelda Peter
Cover Resources : Goggle
Page : https://www.facebook.com/VvTerra/
Wattpad : https://my.w.tt/vKV8VpixVK?utm_medium=link&utm_campaign=invitefriends&utm_source=android
Part : 13

https://m.facebook.com/groups/1877678862478627?view=permalink&id=2084543438458834
  
     “Teruskan kebodohan kau itu. Teruskan mengejar aku. Teruskan mengganggu tidur malamku. Teruskan bersama aku. Jangan pernah berhenti mencintai aku.”

     Setelah sekian lama menafikan perasaan itu, akhirnya kini Wylna akur. Mengalah dengan keinginan kehemdak hatinya. Hanya Johnny yang dia perlukan saat ini. Bukanlah juga kerana persamaan wajah mereka.

     Hal itu tidak dapat dinafikan, yang Johnny dan mendiabg John memang memiliki wajah yang seiras. Yang membezakan mereka adalah perangai, sikap sifat mereka jauh berbeza. Seperti langit dan bumi perbezaan mereka.

     Kerana perbezaan inilah yang membuat hati Wylna terpaut, tertawan. Biarpun pertemuan mereka sekejap cuma. Namun sudah mampu mengetarkan hati perasaannya. Mampu menyalakan kembali api cintanya. Menghangatkan kembali dingin beku yang sekian lama terkurung di hatinya.

     “Wylna, jangan tergesa – gesa. Saya tak nak kau buat keputusan yang salah.”

     “Entah Johnny. Tapi selepas beberapa hari kita tidak berhubung, saya mulai rindu. Ingin sekali saya hubungi kau, tapi…”

     “Tapi kenapa Wylna?”

     Wylna tidak menjawab. Dia bangun dan berjalan menuju tasik. Tiba di pinggir, Wylna berhenti. Mengambil seketul batu dan membaling ke tengah tasik. Seolah – olah sedang melepaskan segala bebanan di hatinya.

    Johnny mengekori jejak Wylna. diaturut membuat balingan ke tengah tasik. Jauh sekali dari balingan yang Wylna lakukan. Tersenyum Wylna melihat.

     “Maaf Wylna. seperti yang saya katakan awal tadi, saya sengaja untuk tidak hubungi kau. Saya takut kau semakin menjauhi. Saya takut kau akan semakin membenci dan takkan mahu berjumpa melihat saya lagi.”

     “Johnny, hal itu tak akan mungkin terjadi. Memang saya akui, pada mulanya saya ingat mudah untuk membuang bayangan kau, tapi semakin saya menghindar semakin jelas bayangan kau mengekori setiap jejak.”

     “Johnny apakah ini yang dinamakan cinta? Atau … maaf Johnny, setelah sekian lama saya hidup tanpa cinta di hati. Saya keliru samada cinta itu masih boleh wujudkah di hati ini?”

     Johnny berpaling menghadap Wylna. Pandangan matanya tepat menatapi bebola mata Wylna. cuba untuk mencari keikhlasan di sana. Wylna melarikan pandangannya.

     “Jangan Wylna. Teruskan melawan pandangan saya.” uajr Johnny sambil memegang lengan Wylna.

     Wylna kembali mengangkat kepalanya. Menatap anak mata Johnny. Jelas ada sinar yang sukar digambarkan terpancar di mata Johnny.

     ‘Itukah sinaran cintanya?’ bisik hati kecil Wylna.

     “Ya Wylna. Saya memang sudah lama jatuh cinta dengan kau. Sejak dari pertama kali kita berjumpa.” Jawab Johnny seolah – olah dia bisa mendengar bisikan hati Wylna.

     “Jangan risau Wylna, kita buat perlahan – lahan. Kita mula dari awal semula.”

     Johnny menghulurkan tangan ingin berjabat tangan. Wylna tergagak – agak untuk menyambut tangannya. Timbul perasaan lucu melihat gelagat Johnny tak ubah seperti anak kecil saja.

     “Hi.. saya Johnny. Selamat berkenalan. Siapa nama ci adik manis?”

     Wylna tertawa kecil mendengarnya. Kedengaran lucu.

     “Saya Wylna. Gembira berkenalan dengan kau.” Jawab Wylna kemudian menyambut tangan Johnny.

     “Boleh kita berborak kosong? Kalau tidak keberatan.”

     “Hmm… boleh.” Jawab Wylna lagi.

     Mereka kembali duduk di kerusi kayu. Banyaklah hal yang mereka bualkan. Sehingga tidak terasa petang hampir melabuhkan tirainya. Itupun kerana si Seroja yang telefon.

     Wylna meminta untuk pulang.

     “Kita pergi makan dulu boleh?”

     “Tak mengapa Johnny. Ija cakap terus balik rumah. Ada hal. Hal apa entah, dia tidak pula cakap.”

     Dalam kereta Johnny meminta izin untuk mengenggam tangan Wylna. Wylna hanya tersenyum.

     “Thanks Wylna. Sudi terima cinta saya. saya janji tak akan kecewakan kau.” Ucap Johnny kemudian mengucup mesra belakang tapak tangan Wylna.

     Hati Wylna berbunga – bunga mendengarnya.

     ‘Semoga cahaya kebahagian ini terus menyinari hidupku.’ 

    Dalam hidup ada perkara yang kita langsung tidak tahu terutama hal jodoh. Adakah dia ditakdirkan tercipta untukku? Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang tentukan.

     Tiba di rumah, Wylna dikejutkan dengan majlis kesyukuran yang dibuat untuknya. Keluarga mertua turut sekali memeriahkan majlis itu. Belum sempat dia meminta Johnny pergi, Seroja terlebih dahulu menerpanya dan menariknya masuk ke rumah.

     Wylna terselisih dengan Joe di muka pintu.

     “Welcome home dear.” Ucap Joe sambil mengucup keningnya.

     Bulat mata Johnny melihatnya. Dia sedang memunggah barang Wylna dari kereta.

     “Thanks bro. Jom masuk sekali. Saya ada hal nak kasi announce.” Ajak Joe kemudian menjinjing barangan Wylna.

     Sebelah tangannya memegang tangan Johnny.

     ‘Semua harus selesai hari ini juga. Tiada siapa boleh bersama dia selain aku. Hanya aku untuknya.’ Ujarnya dalam hati kemudian tersenyum sinis.


tamat Part 13
To be continue…
#RINTIHANHATI#ViviBorneoWriter

RINTIHAN HATI (By Vivian Terra)Where stories live. Discover now