Part 10

30 6 1
                                    

Tittle : RINTIHAN HATI
By : Vivian Terra
Publish Date : 26.2.2018
Cover : Imelda Peter
Cover Resources : Goggle
Page : https://www.facebook.com/VvTerra/
Wattpad : https://my.w.tt/0fSS18HcBK?utm_medium=link&utm_campaign=invitefriends&utm_source=android
Part : 10

https://m.facebook.com/groups/1877678862478627?view=permalink&id=2084543438458834

     “Mummy, mummy kenapa tak kejutkan Ija? Kita dah lambat nak ke sekolah ni.” Seroja sedikit mengamuk bila sedar – sedar tengok dah terlajak tidur.

     Mujur juga Seroja jenis orang tak perlu dikejutkan bangun pagi. Cuma kadang – kadang saja perlu dikejutkan. Itupun hanya bila dia terlampau penat.

     Seroja terus memanjat katil ibunya apabila tidak mendapat sebarang respond. Dia menyelak selimut yang membaluti badan ibunya. Sungguh Seroja terkejut apabila melihat ibunya mengigil kesejukan. Tangannya mendarat di dahi ibunya.

     “Hahh!!! Panas. Mummy demam ni.” Seroja mulai bimbang.

     Wylna menarik balik selimutnya. Matanya payah sekali untuk dibuka. Kepala pula terasa berat. Sukar untuknya bangun. Seroja membenamkan kepalanya di tepi kepala ibunya.

     “Mummy jangan sakit. Ija takut ni. Ija tak nak mummy mati. Nanti siapa nak hantar Ija sekolah? Siapa nak masak tuk Ija?” Seroja menangis teresak – esak di tepi ibunya.

     Wylna terharu mendengar rintihan hati anaknya. Dia gagahkan diri untuk mengosok rambut Seroja.

     “Ija… Ija jangan menangis.” Hampir tidak kedengaran suara Wylna.

     Seroja segera mengangkat kepala apabila mendengar suara ibunya.

     “Ija tolong carikan telefon mummy.”

     Pantas Seroja mencari telefon bimbit ibunya. Namun belum sempat telefon dijumpai, kedengaran bunyi hon kereta di luar rumah. Seroja menjenguk dari tingkap bilik ibunya.

     “Siapa Ija?”

     “Mummy, uncle datang. Ija pergi buka pintu ya.”

     Tak sempat Wylna menjawab, Seroja terlebih dahulu berlari keluar bilik. Wylna hanya menggelengkan kepala melihat gelagat anak daranya. Sementara itu, Wylna cuba untuk bangun namun badannya lemah. Makin diangkat kepala, makin penglihatannya berpusing. Seolah – olah bilik itu sedang berputar. Sakit di kepala makin menjadi – jadi. Berdenyut – denyut. Tak terasa air mata mengalir di pipinya.

     Tak lama kemudian, pintu biliknya dikuak. Seroja dan Joe masuk terus menuju ke arahnya. Seperti Seroja, Joe turut meletakkan tangannya di dahi Wylna.

    “Aduh Wylna. panas sangat ni. Kenapa juga kamu tak cepat – cepat telefon saya? Isshhhh….!!!” Geram Joe dengan perangai Wylna yang tidak ambil berat tentang kesihatan sendiri.

     Wylna ingin menjawab, tetapi dia tak larat. Wylna memejam erat matanya. Kesakitan yang dirasainya sudah cukup untuk dia tanggung. Biarlah Joe dengan perspektif nya.

     “Dah, Ija tolong carikan baju panjang mummy, handbag juga. Kita bawa mummy pergi klinik sekarang. Kad klinik mana?”

     “Hp mana?” bertalu – talu soalan yang Joe utarakan.

     Seroja cepat – cepat mencari baju dalam almari ibunya.

     “Baju ni kah mummy?” tanya Seroja sambil menunjukkan baju panjang yang telah dikeluarnya.

     Wylna hanya mampu menganggukkan kepalanya. Mujur juga Wylna tidur malam itu tidak menggunakan gaun malamnya seperti selalu. Memang dari petang dia balik dari rumah ibu mertuanya, badannya sudah terasa sejuk. Lain semacam. Namun Wylna tidak mengendahkannya. Kerana itu dia menyarungkan baju seluar tidur panjang. Tapi tidak juga dia menyangka akan begini melarat sakitnya.

    Mujur juga badan Wylna tidak sebesar mana, memudahkan Joe mendukungnya masuk ke dalam kereta. Seroja mengekori mereka sambil membawa handbag dan kad klinik ibunya. Selesai menguruskan Wylna, Joe mengunci pintu rumah juga pagar.

     “Ok, kita gerak sekarang. Ija tolong pasang safety belt dulu.” Arah Joe sebaik saja melihat Seroja tidak memakai safety beltnya.
  
     Hampir sejam lebih baru mereka tiba di ruangan kecemasan selepas mengharungi kesesakan jalan. Sengaja Joe membawa Wylna terus pergi hospital. Tiba di sana Wylna diusung dengan kerusi roda sebelum diangkat pergi katil. Tidak seperti pesakit lain, Wylna terus mendapat rawatan setelah petugas melihat keadaannya yang agak teruk. Sementara Joe dan Seroja pergi mencari tempat parking kereta.

     Apabila Joe dan Seroja masuk ke dalam zon merah tempat Wylna ditempatkan, kelihatan tangan Wylna telah siap dipasang dengan jarum bagi membekalkan air ke dalam badannya. Doctor masih menyoal siasatnya. Sementara beberapa nurse sibuk mengelap badan Wylna dengan tuala basah. Mungkin bertujuan untuk menurunkan suhu panas di badannya.

     Seroja menangis melihat ibunya dalam kesakitan. Joe membawanya keluar dari zon merah. Mereka duduk di ruangan menunggu.

     “Ija kenapa menangis?”

     “Kasihan mummy. Ija tak nak mummy mati. Ija masih perlu mummy.” sekali lagi Seroja meluahkan rasa di hatinya.

     Anak sekecil Seroja apalah yang dia tahu. Bila seseorang itu sakit, yang dia tahu tak lama kematian akan menyusul. Itu semua dia lihat dari menonton cerita di television.

     “Isshh… Ija jangan risau. Mummy takkan mati. Mummy sakit je. Kejap lagi mummy akan sihat semula. Selepas doktor bagi ubat.” Pujuk Joe sambil memeluk erat badan Seroja.

     Anak itu sudah dianggapnya seperti anak kandung. Kasih sayangnya pada Seroja takkan pernah berubah, andai suatu hari nanti bukan dia yang menjadi pilihan. Kasih itu takkan pudar.

     Hampir sejam Wylna dirawat, sekali sekala Joe datang melawatnya. Wylna sudah mampu membuka matanya. Cuma pening di kepalanya masih terasa dan tidak berkurangan. Kerana itu Wylna tidak dibenarkan pulang. Dia masih dipantau dari semasa ke semasa. Kerana itu Wylna menyuruh Joe membawa Seroja pergi mengisi perut. Kerana tidak tahu berapa lama dia harus berada dalam ruangan kecemasan itu.

     Joe dan Seroja pergi ke kedai berhampiran mencari makanan. Bagi mengisi perut yang masih kosong di pagi hari. Mereka turut membeli makanan buat Wylna. Hampir sejam masa berlalu, mereka kembali semula ke hospital.

     Sekali lagi, Joe masuk melawat Wylna tetapi Wylna tidak kelihatan tempatnya. Joe mulai resah. Dia bertanya pada petugas. Dia diberitahu yang Wylna telah dibawa ke ruangan X-ray. Untuk X-ray bahagian kepalanya.
 
     Menurut Wylna, sakit di kepalanya seamkin kuat sampai dia hampir menjerit tak tertanggung rasa sakitnya. Berdenyut – denyut. Oleh itu, doktor sendiri menolak Wylna ke ruangan X-ray untuk mengimbas keadaaan dalam kepalanya. Mereka khuatir ada darah membeku di kepalanya. Berikutan menurut Wylna dia baru saja terlibat dalam kemalangan beberapa hari yang lepas.

     Mendengarnya Joe segera membawa Seroja mengekori Wylna ke ruangan X-ray. Tiba di ruangan X-ray, Wylna baru saja masuk ke bilik X-ray.

     “Orang nak bawa mummy pergi mana tu uncle? Ija nak ikut.” Seroja mulai menunjukkan tanda – tanda hendak menangis lagi.

       
tamat Part 10
To be continue…
#RINTIHANHATI
#ViviBorneoWriter

RINTIHAN HATI (By Vivian Terra)Where stories live. Discover now