Part 16

24 4 0
                                    

By : Vivian Terra
Publish Date : 13.3.18
Cover : Imelda Peter
Cover Resources : Goggle
Page : https://www.facebook.com/VvTerra/
Wattpad : https://my.w.tt/vKV8VpixVK?utm_medium=link&utm_campaign=invitefriends&utm_source=android
Part : 16

https://m.facebook.com/groups/1877678862478627?view=permalink&id=2084543438458834

    
     Perjalanan balik kampung memakan masa yang agak panjang. Biarpun telah bertahun – tahun tidak balik menjenguk kampung, Johnny masih ingat arah jalan. Meskipun terdapat banyak perubahan pada sesetengah kawasan. Sesekali matanya mengantuk memaksanya berhenti berehat sebentar di bahu jalan. Selepas melelapkan mata sebentar, Johnny kembali menyambung perjalanannya.

     Kalau boleh Johnny ingin segera merungkai segala persoalan yang bermain di benaknya. Adakah dia mampu berdepan dengan wajah lelaki bengis itu? Lelaki yang tak pernah menganggapnya sebagai anak. Lelaki yang tak pernah menunjukkan sedikitpun kasih sayang terhadapnya.

     Kalau tidak kerana adanya sepupu ayahnya, Johnny sudah lama meninggal dunia. Demi membalas budi baik mereka, Johnny bersetuju untuk mengahwini anak sepupu ayahnya itu. Biarpun tiada perasaaan cinta antara mereka.

     Namun sayang, umur isterinya tidak panjang. Dia meninggal di usia Billy menjangkau sebulan. Sejak itu, keluarga mertuanya itu mulai termakan kata yang menyatakan Johnny pembawa malang. Sial. Sejak itu juga mereka menghalau Johnny dan anaknya dari rumah.

     Kini, Johnny akan kembali semula ke sana. Perhitungan harus dibuat. Biar apapun terjadi. Jawapan harus diperolehi.

     Hampir menjelang subuh, Johnny tiba di perkarangan rumah ayahnya. Masih gelap keadaan sekeliling. Tangannya mencengkam kuat steering kereta. Bagai melepaskan satu rasa amarah, geram, cemas yang saling bersilih ganti. Johnny melihat ke belakangnya. Billy masih nyenyak tidur. Kasihan juga hendak dikejutkan. Maka Johnny mengambil keputusan untuk menunggu saja di luar.

     “Tokk.. tokk…!!!” cermin keretanya diketuk dari luar.

     Johnny tak sedar yang dia terlelap dalam kereta. Mujur tidak berlaku apa – apa pada mereka. Keadaan di luar sedikit terang.

     “Tokk… tokk…!!!!” sekali lagi cermin keretanya diketuk.

     Johnny terlupa yang orang di luar tidak dapat melihat ke dalam kereta kerana cermin telah dipasang tinted. Johnny membuka pintu keretanya perlahan – lahan. Sungguh dia terkejut apabila yang mengetuk tadi adalah ibu mertuanya. Orang yang pernah menjaga dan orang yang turut menghalaunya juga.

     Lama wanita tua itu melihatnya. Mungkin dia hampir mengenali Johnny. Dari riak wajahnya, jelas kelihatan wanita itu sedikit terkejut. Apatah lagi, apabila melihat Billy keluar dari kereta.

     “Daddy, kita dah sampai kah? Tempat apa ni daddy?”

     Pandangan wanita itu beralih pada wajah Billy. Wajah Billy yang begitu mirip insan kesayangannya dahulu. Iaitu satu – satunya anak perempuannya. Kemudian kembali melihat Johnny. Air matanya mulai bergenang. Wajah yang tadinya terkejut, bertukar sayu. Johnny hanya menganggukkan kepalanya saja. Bagai mengerti maksud yang tersurat di balik riak wajah wanita tua itu.

     Air mata yang bergenangan dari akhirnya jatuh tumpah. Wanita tua itu merangkul erat Billy sambil meraung menangis. Menyesali akan kebodohan dirinya yang terlalu percaya dengan kata – kata orang. Akibatnya dia terpisah dari cucunya sendiri.

     “Maafkan nenek cu. Maafkan nenek… nenek bersalah dalam hal ini. Maafkan nenek.”
    
     Billy meronta cuba untuk meloloskan diri. Mukanya merah menahan rasa takut kerana dipeluk oleh orang yang tidak dikenali.

     “Daddy… tolong Billy.”

     Selepas wanita tua itu merenggangkan pelukannya, pantas Billy berlari menuju ayahnya. Bersembunyi di belakang Johnny. Johnny tunduk dan memegang bahu Billy.

     “Billy sayang. Jangan takut. Ini nenek Billy.”

     “Nenek? Kenapa daddy tak pernah cakap sebelum ni?”

     Johnny diam. Dia memandang kembali ibu mertuanya. Wanita tua itu menghampiri mereka.

     “Dah cu. Kita balik rumah dulu. Nanti nenek ceritakan semuanya.”

     “Tapi mak, saya nak jenguk ayah. Ada…”

     Wanita tua itu diam. Sesekali dia memandang ke rumah kediaman Johnny dahulu. Rumah itu begitu usang. Bagai tiada siapa yang menghuni rumah itu lagi.

     “Kita balik rumah mak dulu. Nanti mak ceritakan.”

     Sekali lagi wanita tua itu mengajak mereka. Johnny mulai merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena. Namun dia tidak menyuarakan.

     Ibu mertuanya menghidangkan kopi panas bersama roti buat mereka.

     “Minum cu. Hanya ini yang nenek ada. Nanti nenek pergi kedai beli makanan ya.”

     Sambil minum, ibu mertuanya menceritakan hal yang berlaku pada keluarga Johnny. Tidak sampai sebulan, Johnny dan anaknya meninggalkan kampung, satu persatu ahli keluarga Johnny jatuh sakit. Sakit yang tiada ubatnya. Berakhir dengan kematian. Yang tinggal hanya ayah Johnny. Menunggu masa yang pergi juga.

     Selama ayah Johnny sakit, ibu mertuanya yang ulang alih ke rumah menjaganya kerana tiada lagi ahli keluarga yang tinggal. Adapun saudara tapi hampir kesemuanya jauh.

     Flashback…

     “Jang, jangan degil. Kita harus mencari Johnny. Minta dia pulang.” Sam adalah nama ayah Johnny.

     “Jangan Endu. Jangan menyusahkan dia. Biarlah. Mungkin ini balasan buat saya. Ini dairy dan kotak surat saya dan ibu Johnny dulu. Dalam kotak ini ada baju kembar mereka semasa bayi. Andai suatu hari nanti dia balik, kamu bagi barang ini kepadanya. Semua persoalan akan terjawab.”

     Flashback end.

      Ibu mertuanya menghulurkan sebuah kotak yang dibalut dengan kain berwarna merah. Kain merah itu telah usang. Teragak – agak Johnny hendak menyambutnya.

     “Ambil nak. Ibu hanya menyampaikan amanah ayah kamu.”

     Bergetar – getar tangan Johnny menyambut kotak itu. Billy hanya diam menyaksikan lagak mereka.

     Sebelum balik, Johnny singgah sebentar di rumah lamanya. Di perkarangan rumah terdapat sebatang tiang rumah. Melihat tempat itu, Johnny sebak. Bagai di ulang tayang kembali hal yang berlaku waktu itu. Johnny melihat seorang budak lelaki diheret dan dirantai kakinya di tiang itu. Hanya kerana dia tertumpah minuman. Berbirai belakangnya dirotan berkali – kali oleh lelaki bengis itu.

     Budak kecil itu menangis kesakitan. Namun sayang tangisan itu sedikitpun tidak dihiraukan oleh lelaki bengis itu. malahan dia semakin galak melibas belakangnya. Johnny terduduk melihat budak kecil itu didera sedemikian rupa.

     Dia hendak menolong namun sia – sia saja. Semua itu hanyalah kenangan masa lalunya.
  

tamat Part 16
To be continue…
#RINTIHANHATI
#ViviBorneoWriter

RINTIHAN HATI (By Vivian Terra)Kde žijí příběhy. Začni objevovat