Part 2 (cerpen SerojaUntuknya)

114 6 0
                                    

Tajuk Cerpen : SEROJA UNTUKNYA
Penulis : Vivian Terra
Tarikh dikeluarkan : 1.2.2018
Cover Edit : Viviana Terra
Cover Resources : Goggle

     Cinta itu indah, jika disatukan dengan insan yang kita cintai. Bertambah bahagia apabila mendapat restu dari pelbagai pihak. Cinta sejati, cinta yang disulami dengan kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan hingga ke akhir hayat. Begitulah juga dengan kisah cinta Wylna dan John, cuma bezanya cinta mereka cinta yang mendapat tentangan dari semua pihak. Perkenalan yang hanya singkat telah membuahkan kembali bibit – bibit cinta di hati mereka. Apatah lagi waktu itu, Wylna yang dalam kekecewaan selepas hatinya terluka dengan kecurangan kekasih pertamanya Joe.

     Namun sayangnya, kehadiran Wylna tidak disambut baik oleh keluarga John. Begitu juga dengan John, ditentang habis – habisan oleh keluarga Wylna yang masih mengharapkan Wylna akan berkahwin dengan Joe. Joe merupakan pilihan keluarga sejak azali. Namun kerana rasa cinta yang mendalam, mereka gagahi jua untuk terus melabuhkan bahtera, berlayar menempuh badai. Melawan arus kehidupan bersendirian. Kadang kala mereka diasak juga dengan gangguan dari keluarga yang tidak pernah jemu untuk memisahkan mereka.

     Terkadang Wylna mengalah. Tambahan lagi bila keluarga mertua menabur fitnah menyatakan yang Wylna berlaku curang di belakang John. Wylna difitnah menjalin kembali hubungan dengan Joe. Ya benar Joe tak pernah serik – serik mengunjung tadika tempat Wylna mengajar. Walau berkali – kali Wylna memarahinya, namun kata – kata itu hanyalah sia – sia belaka. Seperti menuang air di atas daun keladi. Joe tidak mengendahkan larangan Wylna sedikitpun. Malahan Joe semakin galak mengganggu Wylna dengan menghubungi dan menghantar pesanan ringkas ke telepon bimbit milik Wylna. Pernah sekali John terbaca pesanan yang dihantar oleh Wylna, hal ini membuatkan terjadinya perang dingin antara mereka suami isteri. Selepas masing – masing reda amarah di hati, barulah Wylna menerangkan hal sebenar. John menasihatkan Wylna agar menukar saja ke nombor yang baru. Tapi tidak sampai seminggu Wylna menukar nombor, Joe sudah dapat mengesan nombornya. Terkadang Wylna bingung dari mana saja Joe mengetahuinya.

     Pernah juga semasa John pergi kursus di ibu kota selama beberapa hari, Joe datang ke rumahnya.

     “Joe, tolonglah. Jangan datang ke sini lagi. Tolong jangan ganggu hidup saya lagi.”

     “Tapi Wylna, saya benar – benar ingin bersama kamu. Saya ingin menebus kembali kesalahan yang lepas. Beri saya peluang lagi. Tolong Wylna…”

     “JOE!!! Kamu sedarkah apa yang kamu cakap ni? Saya isteri orang. Saya masih punya suami!!!”

     “Wylna… kamu boleh minta cerai. Saya janji lepas ini tak akan sia – siakan hidup kamu.”

     “Sudah Joe!!! Baik kamu pergi dari….” Belum sempat Wylna menghabiskan ayatnya, kelihatan sebuah kereta berhenti tepat di depan pagarnya.

     “Tengok ibu. Kan ke betul apa yang Shima cakap. Perempuan ini memang perempuan sial. Belakang abang dia berlaku curang dengan bekas kekasihnya dulu.” Bentak seorang wanita muda yang meluru keluar dari kereta. 

     “Buukkk…!!!” kedengaran bunyi pintu kereta dihempaskan kuat.

     “Eh perempuan tak guna!!! Berani kamu permainkan hati perasaan anak saya. Dari dulu lagi saya memang tak suka benci tengok kamu. tapi kamu tetap juga terhegeh – hegeh hendakkan anak saya. Penat – penat anak saya kerja siang malam mencari rezeki, tapi kamu senang – senang di sini. Bermanja – manja, buat maksiat.”

     “Ibu… ini tak seperti yang ibu lihat. Saya tak pernah curang dengan abang John. Saya...”

     “Paakkkk!!!” berdesir telinga dan pipinya hangat selepas menerima tamparan Puan Catherine.

RINTIHAN HATI (By Vivian Terra)Where stories live. Discover now