Part 12

32 8 1
                                    

Tittle : RINTIHAN HATI
By : Vivian Terra
Publish Date : 1.3.2018
Cover : Imelda Peter
Cover Resources : Goggle
Page : https://www.facebook.com/VvTerra/
Wattpad : https://my.w.tt/vKV8VpixVK?utm_medium=link&utm_campaign=invitefriends&utm_source=android
Part : 12

https://m.facebook.com/groups/1877678862478627?view=permalink&id=2084543438458834
  
     Wylna menutup semula telefon bimbitnya. Satu pesanan yang baru saja dikirim Joe masih bermain di mindanya. Sungguh dia keliru saat ini.

     ‘Betulkah keputusan yang aku buat ni? Kenapa hatiku tidak tersentuh rasa terharu ataupun tidak merasa getarnya kata – kata cinta Joe itu? Kenapa aku tak merasa apa yang Jeo rasakan saat ini? Adakah aku berburu – buru membuat keputusan?’ Wylna mengeluh memikirkan semua keputusan yang telah dia ambil.

    
     “Cik Wylna, hari ini kamu dah boleh discharge. Kalau sakit di kepala itu datang lagi, cepat – cepat bawa pergi hospital.”

     Wylna hanya mengganggukan kepalanya tanda faham penerangan dari doktor pakar yang merawatnya.
       
     Selepas sekumpulan doktor berpindah ke katil pesakit lain, Wylna cepat – cepat menghubungi Joe memberitahu yang dia dibenarkan keluar. Namun panggilan gagal disambungkan. Wylna mengagak yang Joe mungkin sedang meeting dengan clientnya.

     ‘Hmm.. tak mengapa. Nanti pandailah dia telefon balik tu. Baik kemas dulu barang.’ Ujar Wylna dalam hati.

     Wylna menarik kerusi berdepan dengan almari berwarna merah yang memang disedia khas pihak hospital untuk kegunaan para pesakit. Dia mengeluarkan bag pakaian dan mulai melipat pakaiannya. Disusun elok dalam bag agar muat menyimpan pakaiannya. Bag yang dia guna agak kecil. Syukur cukup juga menyimpan kesemua pakaian.

     Wylna menarik keluar pula sebuah bakul dan mengisi bekal air panas, gelas, piring ke dalamnya. Air mineral yang masih banyak Wylna tuang sedikit ke dalam sinki. Hanya ditinggalkan sedikit, cukup untuknya makan ubat kelak.

     Sedang Wylna asyik mengemas barangnya, kedengaran ada seseorang menyapanya.

     “Wylna…”

     Tangan Wylna berhenti dari bergerak. Hatinya berdebar. Suara itu…

     ‘Dia kah itu?’ bisiknya.

    “Wylna…” orang itu memanggil lagi, kedengaran bunyi tapak kakinya datang semakin menghampiri.

     Wangian badan itu, memang sangat Wylna kenal. Wangian yang pernah membuat dia angau.

     Wylna memejam matanya. Menarik nafas sedalam – dalamnya kemudian perlahan – lahan menghembusnya. Bagi meredakan debaran yang bergolak di dadanya. Wylna bangkit. Kerusi ditolak ke belakang. Hanya selepas dia agak tenang, barulah Wylna memusing kepalanya.

     Ya. Benar memang dia. Tidak terasa air matanya mengalir. membasahi pipinya.

     ‘Kenapa saat ini baru kau datang?’ tapi malangnya pertanyaan itu hanya tersekat di peti suara Wylna saja.

     Wylna dan Johnny hanya saling berbalas pandangan. Sayu Johnny melihat keadaan Wylna. Johnny mulai menambah langkah mendekati Wylna. Jarak yang begitu dekat sekarang. Sehingga hangat hembusan nafas masing – masing boleh terasa.

    Tangan Johnny perlahan – lahan mengesat air mata yang terusan mengalir di pipi Wylna.
 
     “Shh… dah cukup. Saya tak nak melihat air mata ini mengalir lagi.”

     Wylna tidak menolak diperlakukan sedemikian. Malahan dia merasa semakin tenang.

     Sebaik sahaja keluar dari hospital, Johnny mengajak Wylna mengisi perut dahulu. Sebelum itu, Wylna menerima message dari Joe yang menyatakan dia tidak sempat datang tengah hari. Kerana meeting akan berlanjutan sampai ke petang. Sepanjang menjamu selera, mereka sedikit pun tidak berkata apa – apa.

     Hanya setelah tiba di tasik tempat mereka selalu bersama, barulah Johnny mempersoalkan kenapa Wylna tidak memberitahu yang dia ditahan di hospital. Johnny memberitahu selepas dari kejadian yang dia meluahkan isi hati kepada Wylna, dia ada sedikit menyesal. Dia takut Wylna akan membencinya.

     Seboleh – bolehnya dia tidak mahu terputus perhubungan dengan wanita itu. Walaupun gagal menjadi pasangan hidup Wylna, biarlah dia menjadi sahabat wanita itu. itu sudah memadai buatnya. Kerana itulah dia memutuskan untuk tidak lagi mengganggu Wylna dan cuma berserah pada Ilahi soal jodoh.

     Wylna hanya diam mendengarnya. Tidak dapat dinafikan lagi hatinya merindui Johnny. Tapi dia cuba untuk memadam rasa di hati. Kerana dia tidak mahu menerima Johnny hanya kerana persamaan wajah dengan mendiang suaminya. Tapi kini, rasanya rasa cinta itu tidak lagi kerana persamaan wajah, tapi memang kerana dia adalah Johnny. Ya Wylna baru sedar bahawa dia mencintai Johnny. Bukan lah Joe.

     “Wylna, tolong jangan diam saja. Jangan membenci diri ini. Saya berjanji tidak akan lagi mengganggu kehidupan kamu selepas ini. Saya hanya akan melihat kamu dari jauh. Tapi tolong jangan ada rasa benci buat saya.”

     “Biar perasaan ini saya pendam sendiri. Maaf kerana membiarkan kau melihat kebodohan diri ini. Saya tak sedar yang cinta ini tak layak buat kau. Saya ingat kita setaraf. Maaf Wylna. Maaf…” berkali – kali Johnny meminta maaf kemudian dia bangun.

     “Jom, saya hantar kau pulang.” Johnny mengibas – ngibas punggungnya bagi membuang kekotoran yang melekat.

     Baru 3 langkah Johnny di hadapan, kedengaran sayup – sayup suara Wylna.

    “Jangan pernah berhenti mencintai aku.”

     Johnny berpaling semula. Suara Wylna tidak begitu jelas kedengaran. Wylna maju menghampiri Johnny yang masih tegak berdiri.

     “Teruskan kebodohan kau itu. Teruskan mengejar aku. Teruskan mengganggu tidur malamku. Teruskan bersama aku. Jangan pernah berhenti mencintai aku.”

tamat Part 11
To be continue…
#RINTIHANHAT
#ViviBorneoWriter

RINTIHAN HATI (By Vivian Terra)Where stories live. Discover now