Part 1

148 10 1
                                    

Tittle : RINTIHAN HATI
By : Vivian Terra
Publish Date : 15.11.2017  14.59
Cover : Imelda Peter
Cover Resources : Goggle
Page : https://www.facebook.com/VvTerra/
Wattpad : https://my.w.tt/UiNb/9J5TkfMcXH?utm_medium=link&utm_campaign=invitefriends&utm_source=android
Part : 1

https://m.facebook.com/groups/721152151385613?view=permalink&id=834344746733019

     “Kalau Wylna berkeras juga nak ikut kata hati, dah pergilah. Tapi ingat!!! Selangkah Wylna keluar dari rumah ini, Wylna bukan anak mama lagi.”

     Wylna tersentak mendengarnya.

     “Mama…” sungguh Wylna tak sangka mamanya akan berkata demikian.

     “Sampai hati mama cakap macam ni,”

     “Sampai hati mama?? Habis yang Wylna buat tu tak sampai hati? Wylna tak ambil kira? Wylna tahukah yang Wylna sekarang dah jadi anak derhaka. Melawan cakap mama.”

     “Mama, Wylna bukan melawan cakap mama. Wylna cuma mengejar kebahagiaan Wylna. Mama plzzz… Restui pilihan Wylna.”

     “No Wylna. Kalau putih kata mama, maka putih lah jawabnya, juga kalau hitam kata mama, hitamlah jadinya. You know that Wylna.”

     Wlyna terduduk. Dia tak mampu lagi memujuk mamanya. Itulah sikap mama. Tiada siapa boleh membantah setiap keputusan mama. Hendak mengadu nasib pada papa, hmmm… jangan haraplah. Papa mengikut saja telunjuk mama. Kalaulah arwah nenek masih hidup… Wylna menangis meratap nasibnya. Antara cinta dan keluarga. Mana menjadi pilihannya?

     John… Satu – satunya lelaki yang berjaya menawan hati Wylna dari IPT lagi. Tamat pengajian selama beberapa tahun IPT mereka sama – sama memohon kerja. Syukur kerana keputusan yang mereka perolehi memang cemerlang, memudahkan lagi urusan memohon kerja. Wylna berjaya menjadi seorang guru tadika. Tak sia – sia dia mengambil jurusan Pendidikan Awal Kanak – Kanak. Manakala John, lebih berminat bekerja di bidang swasta.

     Walaupun sibuk dengan pekerjaan masing – masing, namun hubungan mereka tetap berjalan lancar. Hanya selepas 2 tahun bekerja barulah mereka ingin mematri janji menjadi reality. Namun malang semua tak seindah yang disangka. Sesungguhnya kita hanya merancang tapi Tuhan yang tentukan. Hubungan mereka mendapat tentangan dari kedua –dua pihak. Kerana masing – masing punya calon dijadikan menantu. Juga mereka tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan keluarga. Dalam adat Iban, ada 1 adat yang harus diikuti. Pilih samada ‘NGUAI’ or ‘STAY’. ‘NGUAI’ adalah, samada pengantin lelaki atau pengantin perempuan yang tinggalkan keluarga untuk hidup bersama dengan keluarga mentua. Walaupun begitu, mereka masih boleh menziarahi keluarga sendiri. Tapi patut lebih mengutamakan keluarga mentua.

     Dalam kes Wylna dan John, mereka berdua sama – sama tidak dibenarkan oleh keluarga masing – masing ‘NGUAI’. Kerana itu mama Wylna berkeras melarang perhubungan mereka. Kalau saja John ingin mengalah, rasanya mama Wylna masih boleh menerimanya. Akibatnya John dan Wylna sama – sama buntu. Tak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang timbul. Seboleh – bolehnya mereka cuba untuk tidak menguris hati mana – mana pihak. Ibarat ‘menarik rambut dalam tepung. Tepung tidak berselerak, rambut tidak putus.’ Ditambah lagi keadaan Wylna yang baru disahkan hamil 3 minggu. Hasil ketelanjuran mereka. Makin dibiarkan, bermakna kandungan Wylna akan kelihatan. Yang pasti nama mereka akan terpalit busuk.

     “Plz mama… izinkan Wylna berkahwin dengan John. Hanya John yang mampu bahagiakan Wylna.”

     “Are you sure Wylna yang John mampu bahagiakan Wylna???”

    “Ya mama. I’m very sure. Mama jangan risau. Kami berdua memilih untuk ‘tengah – tengah’. Tidak ‘NGUAI’ kepada sesiapa.”

     “What Wylna??? This is nonsense. Tidak pernah dibuat dalam keturunan mama istilah ‘TENGAH – TENGAH’. Jangan kamu nak bikin malu mama!!!”

     ‘TENGAH – TENGAH’ bermaksud tidak ‘nguai’ pergi mana – mana pihak. Tidak pergi pihak lelaki tidak juga pergi pihak perempuan. Tapi tidak digalakkan untuk memilih cara ini, kerana apa yang paling dijaga adalah apabila berlakunya perkara buruk. Contoh kematian pada pasangan samada lelaki atau perempuan. Kemana mayat itu hendak dibawa? Kalaulah pasangan ini tidak mempunyai kediaman sendiri, pasti menyukarkan proses penghormatan terakhirnya. Kalau juga keluarga masih tinggal di rumah panjang pasti orang lain di rumah itu tidak akan menerima kedatangan mayat itu dan tidak juga bersetuju mayat itu dikebumikan di tanah mereka walaupun itu adalah tanah kelahirannya si mayat sendiri. Akhirnya pasti menyusahkan diri sendiri.

     “Itu saja jalan yang kami ada mama. Agar tidak melukakan mana – mana pihak.”

      “Wylna… kenapa Wylna beria – ria sangat nak kahwin? Kenapa? Adik Wlyna next year baru habis belajar. Habis siapa yang tolong papa biayai pembelajaran adik?”

     “Soal itu mama jangan risau. Wylna akan tetap tolong papa. Yang penting kami kahwin dengan kadar yang segera mama.”

     “Segera??? Kenapa? Wylna are u pregnant???”

     Wylna terdiam seribu bahasa.

     “Wylna…. Oh maigadd…. Kenapa kamu bodoh sangat??? Macam orang tak berpelajaran. Mama kecewa dengan kamu Wylna. Kecewa sangat…”

     Wylna menundukkan kepalanya kerana berasa malu. Sungguh dia merasa dirinya begitu bodoh kerana membiar dirinya terhanyut dengan kehendak sendiri. Membiarkan hawa nafsu menguasai minda. Yang akhirnya memalukan diri. Memalukan keluarga.

     Wylna - John, saya nak gugurkan kandungan ini. Saya tak mahu kandungan ini…

     John - Ahhhrrr…. Wylna cakap apa ni?

     Kedengaran suara esakan Wylna di dalam talian. John terkejut mendengar kata – kata Wylna. Sedangkan sebelum ini mereka telah bincangkan hal ini. Tapi kenapa kini timbul pula hal lain?

     John – Dear, dengar cakap saya, Walau apa pun terjadi kita akan tetap kahwin. Kita akan besarkan anak kita bersama. Ingat janji kita dear. Jangan diikutkan kata hati.

     Wylna – Saya dah tak larat lagi. Saya tak sanggup. Biarlah saya mati bersama anak ini.

     John – Wylna!!! Jangan buat perkara bodoh. Dear tunggu sana. Saya ke sana sekarang.

     John segera mematikan talian. Dia bergegas keluar rumah. Orang tuanya terpinga –pinga melihat kelakuan John.

     “John, hendak kemana malam – malam buta ni? Kenapa tergesa – gesa?” pertanyaan ayahnya tidak mendapat respon dari John.

     “Kenapa anak bujang kamu tu bang? Orang tanya pun dia tak jawab?”

     “Entahlah maknye. Mungkin ada hal lah tu.” Ringkas jawapan ayah John.

     “Orang lain pun ada hal boleh juga jawab kalau kita bertanya. Ni tidak. Dia boleh buat dek saja.” geram hati mak John melihat perangai anak bujangnya itu.

     John satu – satunya anak lelaki mereka. John mempunyai seorang adik dan seorang kakak. Adiknya masih di IPT mengekori jejaknya. Manakala kakaknya telah berkahwin dan ‘NGUAI’. Seperti Wylna, John juga tulang belakang keluarganya. John yang membiayai pengajian adiknya. Juga hal rumah. Ayahnya askar pencen awal. Orang tuanya berniaga kecil – kecilan di rumah panjang.

     Di satu lagi rumah panjang, kelihatan seorang perempuan masih menangis di kamarnya. Sambil di genggaman dipenuhi oleh panadol. Fikirannya benar – benar kusut…

     “MATI… MATI… MATI…”

tamat Part 1
To be continue…
#RINTIHANHATI
#ViviBorneoWriter

RINTIHAN HATI (By Vivian Terra)Where stories live. Discover now