Part 7

51 6 1
                                    

By : Vivian Terra
Publish Date : 22.2.18
Cover : Imelda Peter
Cover Resources : Goggle
Page : https://www.facebook.com/VvTerra/
Wattpad : https://my.w.tt/0fSS18HcBK?utm_medium=link&utm_campaign=invitefriends&utm_source=android
Part : 7

https://m.facebook.com/groups/1877678862478627?view=permalink&id=2084543438458834

     Selesai urusan di hospital, Johnny mengajak Wylna pergi menjamu selera.

     “Hmm… tak mengapa. Saya tak lapar.”

     “Helloo… kamu tak lapar, tapi saya lapar ok. Anak – anak juga lapar. Tengok jam berapa sudah ni.”

     ‘Oh no. kenapa saya boleh terlupa dengan budak – budak. Ya Johnny pun belum makan lagi dari menjemput Billy balik sekolah.’ Wylna bermonolog sendiri sambil menepuk keningnya.

     “Dah, jangan dipukul kening tu, nanti berdarah lagi luka tu.” Ujar Johnny sambil menjeling kening Wylna yang dibalut kemas.

     Lukanya agak dalam. Mungkin terhantuk di steering. Mujur juga tiada pendarahan dalaman. Johnny meminta pihak hospital melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap mereka dua beranak. Johnny sendiri ikut masuk menemani dalam bilik rawatan.

     Sampai doktor menyangka yang Johnny adalah suami Wylna. Sementara Wylna sendiri pening melihat aksi Johnny yang terlebih cemas. Tapi syukur dia dan Seroja tiada sebarang kecederaan yang serius. Wylna diberikan cuti sakit selama 2 hari. Dia perlu kembali ke hospital atau mana – mana klinik berdekatan untuk merawat lukanya.

     Semasa sedang makan, berkali – kali Johnny membuat panggilan dan menerima panggilan. Sampai naik rimas Wylna melihat. Terkadang ada beberapa pertanyaan diajukan kepada Wylna berkenaan keretanya.

     “Hmm… nanti di rumah ada siapa – siapa boleh tolong jaga anak kamu?” tanya Johnny lagi.

     “Kenapa?” Wylna bertanya pula.

     “Kenapa. Tak de. Saja nak ajak kamu jalan – jalan cari makan. “

     Wylna mengerutkan keningnya mendengar jawapan selamba dari Johnny. Seroja dan Billy tertawa kecil mendengarnya.

     “Tak ada. Kita masih perlu buat laporan polis. Beritahu tentang kemalangan ni. kalau tidak nanti tak dapat claim insurance.” Terang Johnny.

     “O… tak mengapalah Encik Johnny. Nanti saya boleh ajak kawan hantar.”

     “Jangan ditangguh. Lebih cepat diuruskan lebih bagus.” Pintas Johnny lagi.

     Sekali lagi Wylna terkejut. Memang ada saja ayat – ayat yang boleh menyakitkan hatinya terkeluar dari mulut Johnny itu.

     “Begini, kita hantar budak – budak balik dulu. Lepas itu, kita pergi balai polis. Kawan saya cakap engine kereta ada sedikit kerosakan. Bumper depan pecah. Cermin depan menunggu waktu retak je. Nasib tidak pecah sewaktu kejadian tadi. Jadi kawan saya cadangkan supaya ganti baru saja cermin itu. belum lagi dengan side mirror yang pecah. Tayar lagi... ke kamu ada banyak duit tuk cover semua kerosakan itu? ok lah tak payah buat report polis.” panjang lebar ceramah yang Johnny berikan.

     Wylna tak menyangka sampai begitu sekali kerosakan pada keretanya. Banyak duit nak kena guna tuk repair tu. Mana aku ada duit sebanyak tu?

     “Dah cepat makan, kita hantar budak – budak lagi pasni.”

  
     Johnny memandu ke rumah mertua Wylna sebaik saja Wylna memberitahu alamatnya. Mujur mereka tidak ke mana – mana. Keluarga mertua Wylna telah membeli rumah teres berhampiran dengan kediaman Wylna. Agar senang mereka jengok – jengokkan dua beranak itu.

RINTIHAN HATI (By Vivian Terra)Where stories live. Discover now