Part 11

43 6 1
                                    

Title : RINTIHAN HATI
By : Vivian Terra
Publish Date : 27.2.2018
Cover : Imelda Peter
Cover Resources : Goggle
Page : https://www.facebook.com/VvTerra/
Wattpad : https://my.w.tt/0fSS18HcBK?utm_medium=link&utm_campaign=invitefriends&utm_source=android
Part : 11

https://m.facebook.com/groups/1877678862478627?view=permalink&id=2084543438458834

     3 hari 2 malam ditahan di hospital merupakan satu pengalaman yang agak meletihkan. Pelbagai ujian yang dilakukan terhadap Wylna. Antaranya beberapa kali darahnya diambil untuk pelbagai ujian. Scan di kepala juga dilakukan lagi. Namun tetap gagal mencari punca permasalahan kenapa kepalanya tiba – tiba sakit yang sedemikian rupa.

     Walaupun begitu, masuk hari ke-4 sakit di kepalanya semakin berkurangan. Tidak pasti kerana apa. Adakah disebabkan ubat yang dibekalkan kepadanya?

     Sepanjang Wylna berada di hospital, Seroja dijaga oleh Puan Catherine. Hampir setiap petang mereka akan datang mengunjungi Wylna sambil membawa makanan. Bermacam – macam cerita yang akan Seroja kongsikan dengan ibunya. Seperti aktiviti mereka di sekolah.

     Oh ya bercakap tentang sekolah, Wylna telah menghubungi Guru Besar tentang keadaannya. Guru besar sekolah juga ada datang melawatnya.

     “Cikgu berehat saja dulu. Hal di sekolah jangan risau. Saya akan aturkan.” Demikian pesan Guru Besar kepadanya sambil turut meninggalkan hamper berupa barang makanan.

     Wylna sangat berbesar hati dengan keprihatinan pihak sekolah terhadapnya. Seronok bekerjasama dengan sekolah yang prihatin dengan kebajikan warganya.

     Tidak ketinggalan Joe, pasti akan datang melawat Wylna setiap tengah hari untuk menghantar makanan tengah hari dan petang juga. Joe sempat bertanya dengan doktor jenis makanan yang sesuai dimakan oleh Wylna. Sikap Joe yang sangat mengambil berat tentang dirinya membuatkan Wylna berasa terharu. Sedikit sebanyak hatinya tersentuh dengan kebaikan yang Joe pamerkan.

     Joe memang berubah 100%. Bukan lagi Joe si mata keranjang. Bukan lagi Joe si raja penipu, raja kelentong. Bukan lagi Joe si miang yang sentiasa ada wanita cantik mengapit setiap langkahnya. Joe benar – benar berubah 360 darjah. Seolah – olah Joe ini adalah kelahiran baru.

     “Wylna, tengok si Joe tu. Bukan main lagi dia ambil berat tentang kamu. Tak pernah dia miss datang melawat. Ibu suka tengok cara dia melayan Ija. Dah macam ayah dan anak saja gelagat mereka.”

     “Betul cakap ibu kamu tu Wylna. Semalam selepas balik dari melawat, dia bawa kita orang pergi makan. Sana sekali lagi Joe meluahkan isi hatinya. Ingin meminta restu ayah dan ibu untuk menyunting kamu jadi isterinya.”

      “Seperti yang ayah dan ibu cakap dengan kamu sebelum ni, kami memang tiada halangan. Sekarang terpulang pada kamu saja buat keputusan. Walau apa pun keputusan kamu, ibu ayah tetap akan sokong. Kami terima seadanya.” Tambah Puan Catherine lagi sambil menepuk lembut tangan menantu kesayangannya itu.

     Wylna tidak menjawab, sebaliknya mempamerkan satu senyuman yang amat manis. Hanya itu yang mampu dia lakukan setakat ini. Apa yang ibu dan ayah mertuanya katakan tiada satu pun salah. Dia sendiri melihat merasakan kebaikan yang Joe lakukan.

     ‘Hmmm…. Okay. Andai dia jodoh yang telah Engkau tetapkan, aku akan cuba untuk membuka pintu hati ini semula dan memberinya peluang untuk mencintai dan merasa dicintai.’

     “Wylna, abang balik dulu ya. Esok abang datang lagi. Nanti Wylna message saja apa yang Wylna nak makan. Abang akan usaha tuk dapatkan.” Pesan Joe sebelum dia pergi meninggalkan Wylna.

     Belum sempat Joe berlalu pergi, Wylna memanggilnya.

     “Joe… sekejap.”

     Joe menoleh ke belakang, kemudian datang mendekati Wylna.

RINTIHAN HATI (By Vivian Terra)Where stories live. Discover now