Part 4

43 4 0
                                    

Tittle : RINTIHAN HATI
By : Vivian Terra
Publish Date : 19.2.2018
Cover : Imelda Peter
Cover Resources : Goggle
Page : https://www.facebook.com/VvTerra/
Wattpad : https://my.w.tt/0fSS18HcBK?utm_medium=link&utm_campaign=invitefriends&utm_source=android
Part : 4

     Awal persekolahan, Joe sudah siap sedia di luar rumah Wylna. Seroja antara yang teruja melihatnya datang. Dengan pantas Seroja membuka pintu pagar rumah.

    “Thank you uncle for coming. Jom kita masuk. Mummy dah buat sarapan tu.” Ajak Seroja sambil menarik tangan Joe masuk.

     “Ok, Ija masuk dulu. Uncle nak kasi Puppy makan dulu.”

     Seroja meninggalkan Joe bersendirian. Sementara Joe melangkah menuju Puppy yang girang melihatnya. Berpusing – pusing Puppy di rumahnya. Joe mengusap bulu Puppy, kemudian dia menuang makanan Puppy di dalam bekas yang disediakan.

     “Good job Puppy. Puppy tolong jaga elok – elok Ija sama mummy dia ok. Nanti saya belikan Puppy makanan sedap – sedap..” ujar Joe sambil mnggosok Puppy.

     Puppy hanya menggoyangkan ekornya. Seolah – olah dia faham apa yang Joe tengah sampaikan.

     “Hmm.. belum habis lagi sakit gila tu? Dah kenapa pula boleh bercakap dengan si Puppy? Ah.. Puppy, lain kali kalau si malaun ni datang sini, jangan dibiarkan. Pergi gigit kaki dia.” sergah Wylna dari belakang.

     Joe terkejut disergahnya.” Oh mak engkau meletup… “

     “Banyak lah ko punya meletup. Pum pang…” Wylna menyakat lagi.

     “Pum, pang ping pong.. eh pumping… satu dua tiga…” sahut si Joe terus automatic melakukan aksi pumping depan Puppy.

     Wylna tidak mahu mengalah terus lagi menyakat si Joe.

     “Satu , dua, tiga  terus lari pusing padang… lari laju laju…”

     Apalagi si Joe terus bersedia untuk berlari. Baru setapak dia melangkah, Seroja terus menghalang di depannya. Tangan didepa selebar –lebarnya.

     “Dah uncle dah. Mummy kenapa buat uncle begini? Kasihan uncle.” Ujar Seroja kemudian menarik tangan Joe masuk ke dalam rumah.

     “Ala.. mummy usik je uncle kamu tu. Siapa juga suruh dia mengikut?”

     “Mummy.. tak baik tahu usik uncle. Tengok berpeluh – peluh dah dahi uncle ni. Kejap ye uncle, Ija ambilkan towel dulu.”

     “Nak lagi…” perli Wylna lagi.

     “Jahat betul… Ija oh Ija… cepat Ija. Mummy nak usik uncle lagi ni. cepat hantarkan pertolongan…” Joe melaung meminta pertolongan.

     Wylna tertawa sendiri melihat aksi sepupunya Joe itu. Siapa cakap lelaki tidak pandai melatah. Ni Joe dah menjadi bukti…

     “Dah.. jangan dipanggil si Ija tu. Cepat pergi breakfast lagi. karang terlambat pula gi sekolah.” sampuk Wylna kemudian berlalu ke dapur.

     Pada mulanya Wylna berkeras melarang Seroja dari meminta Joe menemaninya pergi ke sekolah. Tapi akhirnya dia terpaksa akur kerana merasa kasihan pada Seroja.

     “Please mummy… Semua kawan – kawan datang sekolah nanti, pasti ayah ibu temankan mereka. tapi Ija… boleh mummy… lagipun uncle dah janji nak temankan. Ija tak ada ayah, ada uncle pun dah cukup…”

     Hati ibu mana yang tidak sayu mendengar rintihan dari anak sekecil Seroja. Lagipun bukan orang lain juga yang temankan, Joe itu sepupu mereka juga. Walaupun ada sejarah hitam antara mereka dahulu.

RINTIHAN HATI (By Vivian Terra)Where stories live. Discover now