Part 9

33 5 1
                                    

Tittle : RINTIHAN HATI
By : Vivian Terra
Publish Date : 24.2.18
Cover : Imelda Peter
Cover Resources : Goggle
Page :
Wattpad : https://my.w.tt/0fSS18HcBK?utm_medium=link&utm_campaign=invitefriends&utm_source=android
Part : 9

https://m.facebook.com/groups/1877678862478627?view=permalink&id=2084543438458834

      Sebaik saja selesai mencuci luka, Wylna dan Johnny pergi mengisi perut. Johnny menagih janji Wylna yang ingin menceritakan hal yang berlaku.

     “Sabarlah. Bagi saya habiskan makanan ni dulu. Tak ada yang menarik pun.” Jawab Wylna selamba sambil menuang makanan dalam mulutnya.

     “Bukan soal menarik atau tidak. Soalnya kamu dah janji. Maka tepati janji. Tadi tu, kamu nak pergi klinik seorang – sorangkan. Tak nak tunggu saya.”

     ‘Adui mamat ni, leceh betul! Benda tu pun dia nak sebut juga.’ ujar Wylna dalam hati.

     Seperti yang dijanjikan, mereka berjalan di sebuah taman. Johnny mengajak Wylna duduk berhadapan dengan tasik. Terdapat kerusi kayu yang disediakan. Wylna menurut saja.

     Setelah mengumpul kekuatan Wylna menceritakan semua hal yang berlaku dalam hidupnya. Termasuklah memberitahu wajah mendiang suaminya yang mirip Johnny. Tak tahu kenapa mulutnya ringan sahaja bercerita berkongsi kesedihan dengan Johnny. Walaupun pertemuan mereka begitu singkat, tapi bersama Johnny, Wylna merasa selamat, selesa.

     Melopong Johnny mendengar kisah kehidupan Wylna. Hampir sama dengan kisah hidupnya. Tidak dia menyangka wanita itu, telah melalui saat sukar dalam kehidupan. Sayu hatinya melihat Wylna sekali sekala mengesat air mata.

     “Patutlah semasa saya masuk ke dalam rumah kamu, saya ada melihat gambar yang mirip saya. Ingatkan kamu secret admirer saya. Seram juga waktu tu, bila ingatkan saya sedang bersama dengan peminat fanatic saya.” sempat lagi Johnny berseloka bergurau senda.

     “Ishh… tak ada masanya saya nak buat kerja gila macam tu. Nah kalau kamu tak percaya.” Wylna menunjukkan gambar perkahwinan dalam telefon bimbitnya.

     “Yalah hampir – hampir sama. Cuma gaya rambut dia agak berbeza sikit.”

     “Kamu pasti kamu tak ada saudara kembarkah?” giliran Wylna pula bertanya.

     Sebenarnya lama dah Wylna ingin mengajukan pertanyaan itu. Samada hendak bertanya terus kepada ibu mertuanya tau pada Johnny. Tapi alang – alang dah semua terrungkai, biarlah pertanyaan itu diajukan pada Johnny saja.

     “Ishh.. saya anak tunggal ok.” Cepat – cepat Johnny menjawab.

     Tersenyum Wylna mendengarnya.

     “Oh ya, Billy! Johnny, kamu tak pergi jemput Bily ke? Dah lambat ni.”

     “Hmm.. tak. Saya dah minta kawan tolong jemput tadi.”

     “Begitu pula. Saya rasa segan sekarang ni. Gara – gara saya, kamu tak jempt Billy.”

     “Ala.. kenapa pula nak segan. Lagipun saya memang cuti hari ni. Sengaja nak temankan kamu.”

     “Temankan saya?”

     “Yup. Sebenarnya dari hari pertama persekolahan lagi saya dah tertarik dengan kamu. Tambah – tambah lagi bila Billy memberitahu yang anak kamu cakap dia cemburu dengan Billy sebab ada ayah hantar dia pergi sekolah. Saya bersimpati mendengarnya. Dari situ saya mula sangsi. Perasaan ingin tahu terus timbul. Nak tahu hal berkaitan dengan kamu.”

     Wylna menutup mulut dengan tangannya. Sungguh dia terkejut mendengarnya. Lebih lagi mengejutkan bila Seroja turut memberitahu yang dia iri hati dengan Billy.

RINTIHAN HATI (By Vivian Terra)Where stories live. Discover now