Part 14

30 5 1
                                    

By : Vivian Terra
Publish Date : 7.3.2018
Cover : Imelda Peter
Cover Resources : Goggle
Page : https://www.facebook.com/VvTerra/
Wattpad : https://my.w.tt/vKV8VpixVK?utm_medium=link&utm_campaign=invitefriends&utm_source=android
Part : 14

https://m.facebook.com/groups/1877678862478627?view=permalink&id=2084543438458834

     Wylna terharu dengan kejutan yang dibuat untuknya. Adik iparnya, Shima datang memeluknya.

     “Welcome home kakak. Best kakak dapat boyfriend macam Joe. Romantic sangat. Tengok semua ni, dia yang buat. Dia rancang. Kami hanya tolong sikit – sikit saja.”

     “Betul Wylna. ibu happy sangat Wylna terima Joe sebagai teman hidup. Memang tak salah pilihan yang Wylna buat. Sebaik saja dapat tahu yang Wylna boleh keluar ward, terus dia hubungi ibu hendak adakan jamuan makan – makan.”

     Sungguh Wylna terkejut mendengarnya. Macam mana dia bolehj terlupa akan hal itu. Dia tidak menyangka Joe terus memberitahu semua tentang kata – katanya malam itu.

     Wylna tambah terkejut apabila dia melihat Johnny masuk ke dalam rumahnya. Seboleh – bolehnya dia mengelak kelaurga mertuanya dari melihat Johnny, bimbang dengan sebarang reaksi yang akan mereka tunjukkan.

     Ibu mertuanya dan adik iparnya sedang berada di dapur bila Johnny masuk dan duduk di ruang tamu. Sementara ayah mertuanya belum smapai lagi. menurut ibu mertuanya, Encik Michael pergi mengambil cake yang mereka tempah.

     “Okay minuman siap.” Ujar Shima sambil membawa dulang berisi air oren.

     Tapi…

     “Prakkkkk…!!!” habis jatuh pecah berkecai gelas yang dibawanya.

     Shima masih berdiri tanpa bergerak seinchi pun. Dia terkejut melihat wajah seras abangnya. Puan Catherine yang berada di dapur, pergi mendapatkan Shima.

     “Kenapa ni Shima? Kenapa cuai sangat?”

     Pertanyaannya tidak mendapat sebarang jawapan dari Shima. Sebaliknya Shima cuba untuk menunjuk tepat ke arah Johnny.

     “Aa..baangg…” kemudian Shima jatuh pengsan.

     Terkejut Puan Catherine mendengarnya. Kecoh seketika suasana. Johnny dan Joe yang sedang duduk pergi mendapatkan mereka. Wylna masih tercegat. Hal ini yang dia cuba elakkan. Hal yang tidak dijangka.

     “Shima kenapa kau boleh pengsan ni? Cepat Joe angkat dia pergi sofa.” Arah Puan Catherine.

     Puan Catherine bangun, dia kembali ke sofa membetulkan sofa untuk membaringkan Shima. Dia masih belum melihat wajah Johnny lagi kerana keadaan tengah kelang kabut.

     “Apahal ni kecoh – kecoh? Sampai kat luar dengar bunyi bising.” Tanya Encik Michael kemudian melangkah masuh ke dalam.

     Seperti Shima, Encik Michael juga terkejut. Sehingga cake terlepas dari pegangannya. Kaki Encik Michael lemah semacam apabila dia melihat wajah Johnny. Dia berpaut pada almari kasut yang Wylna letak tepi pintu.

     “Abang!!!”

     “Kenapa juga dengan semua orang hari ni? Puan Catherine terpinga – pinga dengan keadaan yang agak mencemaskan.

      “Wylna kenapa dengan ayah kau tu?” Puan Catherine tidak dapat bangun kerana sedang membersihkan luka di kaki Shima.

     Johnny pergi mendapatkan Encik Michael. Encik Michael terngaga. Bagai tidak percaya apa yang sedang dilihatnya. Cuma dia tidak jatuh pengsan seperti Shima.

    “Mari saya tolong.”

     “John…”

     Johnny berhenti bila mendengar Encik Michael menyebut nama itu.

     “Johnny. Nama saya Johnny.” Balas Johnny sambil memimpin Encik Michael ke sofa.

     Waktu itu, Puan Catherine mahu bangun mengambil ubat luka, barulah dia berkesempatan melihat wajah Johnny. Sungguh dia terkejut.

     “A..nakk…” hampir tidak kedengaran suaranya.

     Barulah dia mengerti kenapa Shima dan suaminya boleh pengsan dan berada dalam keadaan terkejut. Benarkah anaknya kembali hidup semula?

     “Wylna.. ini John kah?”

     Wylna hanya mengelengkan kepalanya.

     “Habis ini? Kenapa mukanya sama?” Puan Catherine terduduk di sofa.

     Kepalanya tiba – tiba pening. Penglihatannya agak kabur.

     “Wylna…!!!” jeritnya sebelum tidak sedarkan diri.

    

      “Cik jangan risau. Keadaan Puan stabil sekarang. Cuma jangan berikan sebarang kejutan buatnya. Bimbang mengganggu kesihatannya.”

     “Terima kasih doc.” Ucap Wylna kemudian menghampiri ibu mertuanya.

     “Maafkan saya ibu. Semua salah saya. Kalau lah saya tidak berjumpa dengan Johnny, pasti ibu, adik ayah tidak terkejut. Tidak sakit.”

     “Akak, semua bukan salah akak. Ini hanya kebetulan. Shima okay sekarang. Shima dah boleh terima semuanya. Semalam Shima cuma terkejut.”

     “Okay apanya Shima, tengok kaki tu berjahit. Luka. Memang salah akak.”

     “Akak, luka ni boleh sembuh kak. Siapa juga kita nak menolak kerja Tuhan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.”

     “Akak, habis selama ni bagaimana dengan penerimaan akak tentang hal ni?”

     “Seperti Shima juga. Akak terkejut tapi bila dah selalu melihat, akak dah boleh terima, dan bleh rasa yang ini bukan abang John. Mereka berbeza sekali walau terlihat seiras.”

      Shima memandang saja muka Wylna. jelas terpancar satu sinar cahaya di raut wajah Wylna tatkala bercakap tentang hal Johnny.

     “Habis abang Joe tahu pasal ni?”

     “Tahu. Dia juga terkejut pada mulanya. Sebab itu akak tak tahu kenapa dia boleh menjemput Johnny masuk. Sedangkan akak dah awal – awal kasi warning dia, yang Akak tak nak ibu, ayah adik tahu tentang hal ini. Sebab akak plan nak bagitahu pelahan – lahan. Bukannya mengejut macam ni.”

     “Dia masih bujang kak?”

     “Tak. Duda anak 1. Anak dia satu kelas dengan Seroja.”

     “O.. kalau macam tu, bolehlah tu kak.”

     “Boleh apanya?”

     “Eh.. akak ni. Kura – kura dalam perahu, buat – buat tak tahu pula.”

     “Betul Shima. Akak tak faham.”

     “Alang – alang mereka dah sama, apakata akak couple saja dengan dia. Handsome tu.”

     “Merepek saja Shima ni.”

     “Apa yang merepek?” Joe mencelah dari belakang.

     Terkejut Wylna dan Shima dibuatnya. Entah masa bila dia datang.

     “Hi dear. Maaf kerana jamuan semalam tak berjalan lancar.”

     “Kau memang sengajakan. Saya dah bagitahu jangan buat hal macam ni, kenapa kau buat juga?”

     “Kenapa? Apa yang abang dah buat?” Salahkah abang sekadar inin berkongsi berita baik dengan Johnny. Dia pun teringin nak tahu.”

     “Berita baik apa?” tanya Shima pula.

     Joe tersenyum mendengarnya kemudian menggenggam erat tangan Wylna. Wylna tidak senang dengan perbuatan Joe yang suka – suka memegangnya.

     “Abang nak kasi tahu yang abang akan melamar Wylna. hujung bulan ini abang berniat dengan melangsungkan perkahwinan. Kita buat yang asal saja dulu. Majlis grand kita fikirkan kemudian.”
 

tamat Part 14
To be continue…
#RINTIHANHATI
#ViviBorneoWriter

RINTIHAN HATI (By Vivian Terra)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu