Part 5

38 5 2
                                    

Tittle : RINTIHAN HATI
By : Vivian Terra
Publish Date : 20.2.2018
Cover : Imelda Peter
Cover Resources : Goggle
Page : https://www.facebook.com/VvTerra/
Wattpad : https://my.w.tt/0fSS18HcBK?utm_medium=link&utm_campaign=invitefriends&utm_source=android
Part : 5

     “Ishh… geram betul saya dengan ayah si Billy ni. Sentiasa lambat. Tak pernah on time. Menunggu dia je kerja saya ni. Dah banyak kali saya warning tapi tetap juga dia buat macam ni.” pembantu Wylna, kakak Nabila merungut saja dari tadi.

     Rungutan si Nabila tidak diendahkannya. Debaran di hati semakin terasa.

     ‘Kenapa pula aku harus cemas?’ Getus hati kecilnya.

     Jelas ketara wajahnya cemas semacam. Kerja yang dibuat serba tak kena. Tangannya tampak gementar tapi Wylna cuba selindungi agar tidak dapat dihidu oleh si Nabila. Billy masih menonton tv sambil ditemani oleh Seroja. Hari ini tidak pula kelihatan kelibat si Joe datang menjemputnya. Barangkali Joe tengah banyak kerja yang dibuat. Mujur Seroja tidak bertanya tentang hal itu.

     “Aikk.. ko ni dah kenapa pula Cikgu Wylna? Semacam je saya perhatikan dari tadi. Kamu macam cemas je. Pasal apa? Cer cerita.. cer cerita.”

     Ternyata sangkaan Wylna meleset sama sekali. Dia ingatkan pembantunya itu tidak perasan tentang sikapnya. Wylna cuba berlagak biasa.

     “Saya ok je. Kenapa muka saya ada macam ayam berak kapur ke?” giliran Wylna pula bertanya.

     Itu adalah satu cara untuk kita mematikan pertanyaan orang, adalah dengan mengajukan pertanyaan balas tentang perkara yang sama. Ya benar, percaturan Wylna berjaya. Nabila gagal menjawab pertanyaannya, sebaliknya Nabila berlalu ke ruangan dapur menyiapkan kerjanya yang terbengkalai.

     Hampir sejam menunggu, ayah Billy pun tercongok di muka pintu.

     “Billy jom kita balik.”

     Seperti semalam, ayahnya itu tidak banyak cakap. Hanya memerhatikan tingkah anaknya yang sedang memakaikan kasut sekolah. Wylna masih belum punya kekuatan untuk menyapa ayah Billy. Walaupun hatinya meronta – ronta ingin berbuat demikian, tapi kata – kata itu bagaikan tersekat di peti suaranya. Matanya terpaku melihat wajah itu. Wajah yang dirinduinya selama bertahun – tahun.

     “Hmm…hmmmm….” Joe mengejutkan semua orang.

     Ayah Billy memberi ruang buatnya masuk ke dalam kelas, tapi Joe tidak berbuat demikian. Dia menghulurkan tangannya, memberi salam perkenalan.

     “Hi saya Joe. Kamu siapa?”

     “Hi. Saya Johnny. Ayah kepada Billy.”

     “O… saya tak pernah lihat kamu sebelum ini? Anak kamu baru sekolah sini ke?” tanya Joe lagi.

     Johnny ayah Billy hanya mengukirkan senyuman, terkeluar lesung pipinya. Ah… manisnya..

     “Tak, cuma saya tak pernah datang awal ke kelas. Sebab saya ada hal yang perlu diselesaikan.” Terang si Johnny sambil mengusap rambut Billy.

     “O.. maaf ya kerana bertanya hal – hal seperti ini.”

     “Oh tak mengapa. Kamu ke sini kenapa? Menjemput anak juga ke?” tanya Johnny sambil kepalanya menjenguk ke dalam kelas, tidak pula kelihatan seorang budak lagi selain dari Seroja.

     “Ya. Saya jemput anak saya.” belum habis Joe menjawab kedengaran Wylna menderam..

     “Hhmmm….” Seolah –olah menidakkan jawapan yang Joe berikan.

     Joe yang mengerti, pantas memperbetulkan jawapannya. “Jemput anak sepupu saya. ni ah…” terus Joe menunjuk ke arah Seroja.

     “Oklah.. kami gerak dulu.” Johnny meminta izin untuk pergi.

     Joe hanya menganggukkan kepalanya. Setelah kelibat dua beranak itu tidak kelihatan lagi, Joe perasan yang pandangan Wylna masih ke arah mereka. Joe memetik tangannya di telinga Wylna, membuatkan wanita itu tersedar.

     “Apa ni… isshhh…” geram Wylna kena usik begitu.

     Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, mereka sempat singgah untuk mengisi perut dahulu. Kemudian barulah mereka beredar pulang. Seroja telahpun terlena di tempat duduk belakang. kekenyangan agaknya. Masa itulah Joe memulakan misinya.

     “Kamu perasan ke wajah Johnny seperti wajah mendiang John? Mirip sangat. Sekali pandang tadi memang saya terkejut juga. Ingatkan mendiang telah bangun hidup semula.”

     “Ishh… apa pula cakap begitu.” Tegur Wylna.

     “Ya sorry… tapi betulkan wajah mereka mirip. Seperti pelanduk dua serupa. Nama seakan sama. Cuma bezanya Johnny ini ada lesung pipi, tapi mendiang tiada.” Joe masih meneruskan kata – katanya.

     Wylna tidak menjawab sepatah pun. Dia cuba membuat pengamatan sendiri. Memang benar kata – kata Joe. Wajah, nama hampir sama. Cuma beza sedikit di lesung pipi dan fesyen rambut mereka juga. Kerana persamaan wajah itu, membuatkan tidur Wylna tidak lena. Kerinduannya pada John datang lagi. Kerana itu juga dia tidak punya kekuatan untuk memulakan sebarang perbualan dengan Johnny.

     Joe juga perasan perubahan di riak wajah Wylna. Bukan dia tidak nampak Wylna yang terpaku melihat wajah Johnny, pasti dia menyangka itu adalah bayangan mendiang suaminya John. Kerana itulah Joe menyapa Johnny tadi. Timbul pula rasa cemburu di hati Joe. Dia merasakan bagai ada persaingan telah berlaku.

     “Janganlah itu berlaku. tolong… di saat bahagia itu memihak kepadaku.” Getus hati kecilnya sambil ekor matanya mencuri pandang arah Wylna yang duduk di sebelahnya.

     Wanita itu begitu keras hatinya. Sehingga saat ini masih belum berjaya Joe mengetuk pintu itu. Walau pun begitu, Joe bersyukur kerana Wylna tidak lagi menghalangnya dari datang ke rumah dan masih boleh melayannya biarpun hanya seperti seorang saudara saja. Itu sudah memadai buatnya. Biar masa yang menentukan tuju arah mereka.

     Namun kini pendirian Joe sedikit tergugat. Apatah lagi dengan kehadiran seorang lelaki yang mirip wajah insan kesayangan Wylna suatu masa dahulu. Walau belum pasti lagi hati Wylna, tapi Joe dapat merasakan seakan – akan ruang hati itu semakin menjauhinya.

     Sebab itu juga Joe menyapa Johnny tadi, kerana dia ingin menentukan kebenarannya. Tapi memang tidak dinafikan Joe sedikit terkejut, mendengar suara, melihat dengan dekat wajah Johnny dan mendengar pula nama mereka yang hampir sama. Kebetulan kah atau ….

     ‘Semoga saja Johnny itu punya isteri. Pasti Wylna tidak akan meletakkan sebarang harapan padanya.’ Ujar Joe dalam hati lagi.

     “Ahhh… “
    

tamat Part 5
To be continue…
#RINTIHANHATI
#ViviBorneoWriter

RINTIHAN HATI (By Vivian Terra)Where stories live. Discover now