Part 6

35 6 1
                                    

Title :  RINTIHAN HATI
Writer : Vivian Terra
Publish Date : 21.2.2018
Cover : Imelda Peter
Cover Resources : Goggle
Page : https://www.facebook.com/VvTerra/
Wattpad : https://my.w.tt/0fSS18HcBK?utm_medium=link&utm_campaign=invitefriends&utm_source=android
Part : 6

https://www.facebook.com/groups/1877678862478627/permalink/2084543438458834/

     “Semua ibu bapa dah serahkan borang penyertaan mereka cikgu. Saya dah simpan atas meja cikgu tadi.” Laung Nabila dari dapur sebaik saja dia melihat kelibat Wylna melangkah masuk ke dalam kelas.

     “Ok… “ ringkas saja jawapan yang Wylna balas.

     Dia tidak sabar melihat borang penyertaan itu, atau lebih tepat dia mengharapkan ada juga penyertaan dari pihak Johnny.

     “Ah… lupa nak cakap yang hanya ayah Billy saja belum menghantar penyertaan.” Sekali lagi Nabila melaung dari dapur.

     Kata – kata Nabila itu terus memberi satu rasa kecewa buat Wylna. Dengan malas Wylna menghempaskan pundaknya di kerusi empuk.

     ‘Kenapa pula dia tak hantar penyertaan? Nak telefon ke tak ni? Telefon ke tak ni?’ Wylna bermonolog sendiri sambil jemarinya beberapa kali memicit punat telefon bimbitnya.

     “Hmmm… telefon je. Dah senang habis cerita.”

     “Oii…!!!” terkejut Wylna disergah Nabila dari belakang.

     Hampir terlepas telefonnya.

     “La.. terkejut pula. Telefon je ayah Billy tu. Tanya dia nak join ke tak.” Ujar Nabila lagi sambil merampas telefon Wylna dan menekan sesuatu.

     Kemudian telefon diserahkan semula kepada Wylna. Wylna hanya tergamam apabila mendengar talian mendapat sambutan dari orang di sana.

     “Hello…”

Dia tak tahu apa yang hendak ditanya. Nabila membulatkan matanya sambil menunjuk ke arah borang. Barulah Wylna tersedar. Selepas menarik nafas sedalam – dalamnya, Wylna berusaha mengatur ayat.

     “Helllo… helloo…” kedengaran yang di sana masih menunggu dengan sabarnya.

     Setelah mengumpul seribu kekuatan, Wylna menjawab.

    “ Ehhmm… hello…”

     “Ya. Boleh saya tahu siapa yang bercakap ni?” Johnny bertanya.

     “Saya cikgu Wylna. Saya nak tanya tentang borang penyertaan yang diedarkan tempoh hari. Kenapa Encik Johnny belum hantar lagi? Adakah Encik Johnny tidak berminat untuk ikut serta?” Wylna menghembuskan nafas lega selepas mengajukan beberapa soalan kepada Johnny.

     Lama talian dibiarkan senyap tidak dijawab. Sehingga memaksa Wylna menerangkan lebih lanjut motif – motif program mereka.

     “Hmmm… cikgu. Rasanya saya tak dapat izinkan Billy pergi kerana saya sangat sibuk. Saya tak dapat temankan dia nanti.”

     “Kalau macam tu, tak mengapalah. Maaf ya mengganggu Encik Johnny yang tengah sibuk. Ok bye.” Sengaja Wylna menekan perkataan sibuk itu.

     ‘Orang lain pun sibuk juga, tapi ada saja masa terluang untuk anak – anak. Kalau pun dia tak dapat, bagi je Billy ikut. Saya boleh apa jaga. Eehhhhh…. Geramnya.!’ Wylna merungut sendiri, tanpa dia sedar prilakunya sedang diperhatikan oleh Nabila.

     “Hmm… tu lah. Kasihan tengok Billy. Bukan main lagi dia happy haritu bila diberitahu tentang program kita ni. Cuma dia seorang je yang tak ikut nanti.” Ujar Nabila sambil matanya memerhati gelagat Billy yang sedang bermain – main dengan kekawan.

RINTIHAN HATI (By Vivian Terra)Where stories live. Discover now