"Cepat sikit kalau tak aku masuk mandi balik dengan kau."

Aku tergelak kecil mendengar laungannya dari luar. Ek eleh, macamlah aku takut! Psh tapi aku memang takut. Tak dapat nak bayangkan.

I'm falling in love with you, deeply Daniel Bryan.

***

Aku melirik Bryan yang sedang bercakap di kaunter 10, yang mempunyai nama pada atasnya bertulis Island Hop Express. Katanya kalau ambil pakej lebih murah berbanding menyewa bot. Jeti Jesselton Point ini begitu sesak. Kelihatan banyak pelancong dari dalam dan luar negara. Mestilah, bukankah melancong dalam negara sendiri itu menyeronokkan? Ada banyak lagi yang kita belum terokai termasuk aku yang langsung tidak tahu menahu tentang Pulau Manukan. Berbanding dengan Bryan, mungkin kerana selalu dihantar bertugas di kebanyakkan kawasan, jadi dia lebih tahu. Wajah masing-masing kelihatan teruja menunggu giliran menaiki bot ke pulau pilihan masing-masing, mungkin Pulau Gaya, Mamutik, Sapi, Sulug dan Water Village. Cuaca yang cerah hari ini memang seronok.

Menurut Bryan, bot mula bergerak pada jam 8:30 pagi dan seterusnya setiap 30 minit. Aku sempat menyalahkan diri kerana bangun lambat tadi. Kalau tak mesti kami dah sampai ke Pulau Manukan tu. Sekarang dah jam 9:08. Terpaksalah menunggu.

Lengan aku dipegang oleh Bryan. Topi yang aku guna dia betulkan. "Kita kena beli makanan dulu. Sebab kat pulau tu nanti, kos makanan agak mahal. Jadi kita kena beli siap-siap."

Aku hanya menurut. Hampir aku ternganga melihat begitu banyak kedai yang berbaris di sini. Rasa teruja melihat barangan jualan mereka. Kedai makanan, kedai barangan, kedai cenderamata dan banyak lagi. Bryan hanya tergelak setiap kali aku berkelakuan tak ubah macam kanak-kanak.

Siap membeli makanan dan minuman, kami kembali ke jeti. Bot akan bergerak jam 9:30 jadi Bryan terus membawa aku masuk ke bot. Wah ini kali pertama aku menaiki bot. Rasa nak jatuh ke dalam laut pun ada sebab bot asyik bergoyang. Bryan membantu aku memakai jaket keselamatan sebelum duduk memeluk bahuku erat.

Apabila cukup penumpang, bot mula bergerak laju. Bagi aku laju itu seronok tapi masalahnya aku mabuk laut. Terpaksalah aku tahan hidung dan mulut daripada termuntah. Bryan di sebelah pula syok sangat merakam menggunakan kamera waterproofnya siap tergelak bagai lagi dengan penumpang lain. Aku saja ni yang hodoh sikit. Mesti berkerut gila muka aku dalam rakaman tu nanti.

"Qis jangan fikir pasal mabuk kau. Cuba bertenang dan nikmati keadaan sekeliling." Bryan bersuara pantas. Dia menunjuk ke luar. "Tengok air laut ni. Cantikkan? Ha ikan-ikan kecil dalam sana. Mereka seolah-olah riang mengiringi perjalanan kita."

Aku tergelak kecil mendengar biacaranya. Entah apa yang di merepek tapi aku akui. Rasa mabuk aku hilang. Malah aku sudah boleh bernafas dan menghidu bau masin air laut yang segar. Angin yang menerpa terasa membawa kebahagiaan kepada kami. Tiba-tiba percikan air laut terkena pipi memandangkan aku duduk di tepi sekali. Bryan tergelak kecil diikuti beberapa penumpang lain.

Malu, itu jujur. Kepala aku sandarkan pada dada Bryan bagi melindungi muka. Dia hanya tergelak lalu membantu mengeringkan pipi aku dengan tisu.

"Your wife must be never been on the water."

Aku kerling mat saleh di sebelah sana. Dia tergelak dengan isterinya mengusik aku. Bryan menggelengkan kepala. "Right, it's for our honeymoon. So I guess playing on the water is gonna be fun for her."

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now