Bab 52

42.5K 1.3K 45
                                    

Fikh mengatur langkah memasuki kamar rawatan Tan Sri Jaafar. Tersenyum Fikh apabila melihat Tan Sri Jaafar sudah terjaga daripada tidurnya. Segera Fikh dekati lelaki itu. Buah tangan yang dibawanya diletakkan di atas laci hospital lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang disediakan bersebelahan katil Tan Sri Jaafar.

Berkat kesembuhan Tan Sri Jaafar, lelaki tua itu sudah boleh menggerakkan mulutnya sedikit. Buat masa ini, lelaki itu hanya bisa senyum dan masam saja. Tak boleh berbicara lagi. Perlahan-lahan mungkin.

"Tan Sri, keadaan macam mana?" soal Fikh sambil memandang wajah bersih Tan Sri Jaafar.

Lelaki itu sekadar mengerdipkan mata. Maksudnya 'Ya'. Fikh terus menganggukkan kepala. Baguslah kalau macam itu.

"Saya ada bawakan buah tangan untuk Tan Sri. Saya harap Tan Sri cepat sembuh. Zyara sangat-sangat berharap dapat kembali dengan Tan Sri semula." ujar Fikh. Sebuah keluhan kecil dilepaskan.

Dia menundukkan pandangannya ke bawah. "Saya tak sangka anak Tan Sri itu seorang yang kuat. Dia tabah dengan semua yang dia lalui selama ini. Saya fikirkan dia gadis yang biasa-biasa saja tapi.. dia lebih luar biasa daripada apa yang saya bayangkan." tambah Fikh.

Bibirnya mengukir senyum tatkala membayangkan detik-detik gembiranya bersama Zyara. Kalau boleh diputarkan masa semula, Fikh mahu kembali ke masa silam. Dia mahu mengenali Zyara dengan lebih dekat.

Tan Sri Jaafar yang mendengar luahan Fikh mengukir senyum. Sejuk hatinya bila mendengar semua yang Fikh katakan. Selama ini, dia dengar penipuan. Dia percayakan penipuan itu dan yang sadisnya, kerana penipuan itu dia sanggup singkirkan Zyara daripada keluarga.

Sedih juga dia bila membayang kan bagaimana buruknya dia melayan Zyara. Layakkah dia bergelar seorang ayah yang baik kalau anaknya yang seorang itu dilayan buruk? Tak cukup dengan itu, kenangan silam kembali menghentam fikiran Tan Sri Jaafar.

Puan Ieda, wanita yang amat dicintainya itu. Kerana fitnah yang digembar-gemburkan oleh Puan Saripah, dia langsung tak percayakan wanita itu. Bodohnya dia, memang.. memang dia adalah insan yang paling tak berguna.

Mungkin dia cemerlang dalam menguruskan business tetapi dalam urusan keluarga, dia kosong. Dia langsung tidak pandai menguruskan keluarganya langsung. Huh..

Fikh tak semena-mena menggenggam tangan Tan Sri Jaafar. Mati terus lamunan lelaki itu. Anak matanya melirik ke arah Fikh. Dia sudah menadah telinga mendengar luahan Fikh yang seterusnya.

"Tan Sri, saya sudah mula sayangkan Zyara. Mungkin dulu, saya masih tak sedarkan semua itu tapi hari ini keputusan saya betul-betul muktamad. Saya sedar yang Qurratun sudahpun menjadi kisah lalu saya dan mungkin Zyara sudah ditakdirkan sebagai masa depan saya."ujar Fikh sambil matanya redup memandang wajah Tan Sri Jaafar.

Tan Sri Jaafar menarik senyum pendek. Nampaknya, dia suka mendengar tajuk Fikh untuk kali ini.

"Saya rasa bersalah pada dia sebab saya sudah libatkan anak Tan Sri dalam hidup saya. Mungkin ini salah saya, ambil dia jadi tunang saya secara tiba-tiba. Maafkan saya, Tan Sri. Mungkin kesilapan saya ini takkan dimaafkan Tan Sri." rasa bersalah menyerbu jiwa Fikh.

Dia sudah lihat senyuman Tan Sri sudah pudar. Aduh. Nampaknya, si bapaknya sudah berang. Fikh sudah telan liur. Kena pujuk balik ini.

Bukan dia tak kenal akan ketegasan Tan Sri Jaafar. Kalau A katanya, A lah orang kena ikut. Tiada bantahan dan juga tiada kompromi.

"Tapi.. kali ini, saya betul-betul berniat nak memperisterikan Zyara sebagai isteri saya. Saya harap Tan Sri sudi terima saya sebagai menantu Tan Sri. Saya akan cuba jadi menantu yang baik kepada Tan Sri dan mungkin akan berhabis baik menjadi suami yang mithali buat anak Tan Sri." ujar Fikh dalam nada risau plus cuak.

Dia sudah tertunduk-tunduk. Matanya masih memandang wajah Tan Sri Jaafar. Tiada sebarang reaksi yang diberikan lelaki itu. Haih!!.. Fikh sudah mengeluh berat. Kalau dah tak dapat green signal daripada si ayahnya, mana mungkin dia boleh berkahwin dengan si Zyara.

"Saya betul-betul ikhlas nak memperisterikan Zyara sebagai isteri saya. Hati saya sudah sepernuhnya ada nama Zyara. Tanpa dia sekarang, dunia saya terasa kelam. Kalau tak memiliki dia itu, saya rasa hidup saya tak bernyawa." tambah Fikh dengan dramatis jiwang karatnya.

Dia lihat Tan Sri Jaafar masih tak senyum tak apa. Mata lelaki itu masih tajam memandangnya. Haih, susah betul nak pujuk Tan Sri Jaafar ni. Ayat apa lagi dia nak gunakan untuk pujuk si Tan Sri Jaafar ini. Fikh sudah benar-benar ketandusan idea.

Nampaknya memikat hati si bapaknya lebih susah daripada memikat hati si anak. Fikh sudah menggaru-garu kepala. Takkanlah dia nak guna ayat berlapikkan cimta islam pula. Haih..

Fikh mengeluh perlahan. "Tan Sri, untuk kali terakhir. Boleh berikan saya keizinan untuk jadikan Zyara sebagai isteri saya?" soal Fikh. Wajahnya sudah penuh berharap.

Tiada sebarang reaksi yang diberikan lelaki itu. Lama Fikh menunggu namun tak lama lepas itu senyuman Fikh melebar. Tan Sri Jaafar mengerdipkan matanya dengan bibir yang tersenyum pendek.

Bukan main teruja lagi Fikh mendapat signal green light itu. Mahu saja dia meloncat seperti penonton bola yang teruja pemain pasukannya menjaringkan gol kemenangan.

"Betul ke ni, Tan Sri?" Fikh masih mahu kepastian.

Tan Sri Jaafar tersenyum lalu mengerdipkan mata. Fikh sudah tersenyum lebar. So, sekarang.. nak sediakan rombongan meminang saja. Ahaha..
...
Langit pada petang itu sangat indah. Suasana yang sesuai untuk menikmati dan menenangkan fikiran yang sedang serabut.

Aku melabuhkan punggungku sambil mataku ralit merenung langit. Seronok bila sendiri begini. Dapatlah aku lupakan luka lama untuk sementara waktu.

"Zyara.."

Bila namaku diseru, tak semena-mena aku menoleh ke belakang dan aku lihat kelibat Tengku Arifah mendekati tempat dudukku. Terus aku menyeret punggungku sedikit memberi ruang untuk Tengku Arifah duduk.

Tangannya aku kucup lalu bibirku menguntum senyum. Hari ini, Tengku Arifah datang ke hospital untuk melawat papa. Al-maklumlah, papa kawan karib suaminya dahulu. Jadi, aku beri ruang untuk mereka bertemu.

"Zyara tengah fikirkan apa tu?"soal Tengku Arifah apabila melihat aku diam memandang langit.

Aku sekadar menyeret senyum pendek. "Zyara sedang fikirkan arwah ibu. Kenapalah dia pergi begitu cepat? Kalau dia masih hidup lagi, mungkin dia dapat menikmati semua ni. Mungkin dia akan bahagia bila papa ada dengan kami semula. Huh.." keluhku dalam nada sebak.

"Tak baik Zya cakap macam itu. Yang pergi tetap pergi dan kita yang hidup ni, perlu teruskan kehidupan kita seperti sediakala. Jangan menafikan perancangan yang telah Tuhan tetapkan." ujar Tengku Arifah.

Aku mengeluh kecil. Kata-kata Tengku Arifah ada benarnya juga. Aku tak patut mempersoalkan takdir hidup aku ni.

"Ada sebab semua ni berlaku. Mungkin semua yang berlaku ini buatkan Zya menjadi gadis yang bertambah kuat. Ingat tu."

Aku mengalihkan pandanganku pada dia. Bibirku menguntum senyum nipis.
"Terima kasih, Tengku."

"Zya, tak terfikir untuk pulang ke pangkuan kami semula. Maksud saya, pulang ke pangkuan Fikh semula?"

Aku mengetap bibir. "Setelah apa yang berlaku ni, masih layak ke saya untuk bersama dengan Fikh. Saya datang sebagai orang asing, saya bukan siapa-siapa pada keluarga Tengku. Saya cuma seorang penipu." luahku.

Tak semena-mena Tengku Arifah menggelengkan kepala. "Awak bukan seorang penipu, Zya. Saya yang mula-mula babitkan awak dalam semua ni. Bukan awak yang minta untuk jadi tunang Fikh, tapi saya. Jadi, kesalahan itu terletak atas bahu saya."

Aku mengeluh kecil. Pandangan ku aku tundukkan ke bawah. Kepalaku tak semena-mena terfikirkan sesuatu. Tentang Fikh..

Tengku Arifah terus menyentuh bahuku. "Awak tak ada rasa cinta pada Fikh ke?" soalnya.

Aku terus melirik pandangan pada Tengku Arifah. Tipulah kalau aku cakap tak ada. Setiap malam, hanya wajahnya yang bermain dalam fikiran. Aku masih tak dapat untuk lupakan lelaki itu. Sudah beberapa kali aku paksa diri untuk tidak mengingati Fikh namun tak mampu.

"Tengku beri saya masa. Saya akan fikirkan semua ni semula."ujarku.
...

Sleeping Prince Love (✔Completed)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum