Bab 49

36.3K 1.2K 24
                                    

Setibanya di hadapan cafe Starbuck, Zura mencari-cari kelibat orang mahu dia jumpa. Matanya tertancap pada seseorang yang amat dikenalinya. Segera dia berjalan menuju ke arah gerangan itu.

"Tengku.."seru Zura yang sudah tiba di hadapan Fikh.

Fikh mengukir senyum nipis. Dia terus mempersilakan Zura untuk duduk di hadapannya. Zura terus melabuhkan punggungnya di hadapan Fikh.

"Kenapa Tengku nak jumpa saya?" soal Zura.

Sedangkan dia sudah tahu apa tujuan sebenar Fikh mahu berjumpa dengannya. Tak lain dan tak bukan.. pasti mahu membincangkan fasal Zyara.

Semalam, Zyara menginap di rumahnya. Kasihan dia melihat Zyara. Kelelahan dan kepenatan. Semasa tidur pun, Zyara asyik mengalirkan air mata. Menangis dan mengigau memanggil nama Fikh dan Tan Sri Jaafar silih berganti.

"Zya tahu awak nak datang jumpa saya?"soal Fikh sedikit risau.

Zura sekadar menggelengkan kepala. "Saya keluar ketika Zya masih lagi tidur."

Fikh sekadar menganggukkan kepala. Dia mengeluh perlahan. Air starbuck yang dipesannya di hirup perlahan. Kepalanya ligat menyusun kata.

"Awak tahukan kenapa saya nak jumpa awak?"soal Fikh mengalihkan pandangannya pada Zura.

Perlahan-lahan Zura anggukkan kepala. " Tengku nak bincangkan fasal Zyara?" tebaknya.

Fikh anggukkan kepala perlahan. "Saya nak tahu apa yang jadi pada Zyara sebenarnya semalam? Kenapa dia boleh cakap macam itu?"

Zura tergamam. Dia alihkan anak matanya ke tempat lain. Seperti cuba mencari alasan yang terbaik untuk membantu Zyara.

"Dia terbeban dengan penipuannya selama ni. Dia tak mahu jadi orang lain, dia mahu jadi diri sendiri."dalih Zura kembali mengulang jawapan Zyara yang semalam..

Fikh tersengih nipis. "Awak mungkin seorang peguam yang hebat tapi awak tak mahir dalam membohongi saya. Zyara takkan mungkin berkelakuan pelik macam itu kalau tak ada sebab yang mendesak dia buat macam itu." ujar Fikh.

Gadis itu mendiamkan diri lama. Wajah Fikh dipandangnya dengan perasaan serba salah. Entah kenapa, dia mahu beritahu Fikh tentang perkara yang sebenar. Yurp, mungkin Fikh dapat membantu Zyara untuk kembali bersama ayahnya semula.

Akhirnya, Zura mengeluh perlahan. "Mungkin apa yang saya buat ni, akan buatkan Zya tak percayakan pada saya tapi.. mungkin dengan cara ini, Zya akan dapat dibantu."ujar Zura sedikit serius.

Dahi Fikh berkerut. Dia sudah melebarkan telinga mahu mendengar penjelasan Zura.

"Tengku tahu tak Zyara itu siapa sebenarnya? Siapa keluarganya?" Kata-kata Zura memancing minat Fikh.

"Mak ayah dia dah meninggal kan? Itu yang mama saya beritahu."ujar Fikh.

Sekilas itu, Zura menggelengkan kepala. Dia mengeluarkan fail kuning lalu diserahkannya kepada Fikh. Fail yang mengandungi identiti tentang Zyara.

Fikh mencapai fail tersebut lalu dibawanya keluar segala dokumen yang terkandung dalam fail tersebut. Tergamam Fikh dibuatnya. Dahinya sudah berkerut.

"Zyara, nama sebenarnya Nurul Zyara Qairah binti Tan Sri Jaafar. Dia anak tunggal Tan Sri Jaafar. Aina tu pula adik tiri Zyara, lain ayah lain ibu. Yang lain, Tengku boleh baca sendiri." jelas Zura dalam nada mendatar.

Saru persatu dokumen mengenai Zyara dibeleknya. Akhirnya Fikh menarik nafas dalam.

Rasanya suatu ketika dahulu, Tan Sri Jaafar pernah bercerita tentang anaknya yang lagi seorang. Ya, nama anak Tan Sri yang lagi seorang adalah Zyara! Fikh mengetap bibirnya.

"Jadi, apa kaitan semua ni dengan Zyara semalam?"soal Fikh tidak mahu membuang masa.

Zura mengeluh perlahan. "Tan Sri sedang tenat sekarang, dan yang paling sedihnya, dia dikurung oleh Aina dan ibunya di bilik stor tanpa sebarang rawatan. Sebab itu, Zyara susah hati." cerita Zura dengan ringkas.

Kali ini Fikh turut sama terkejut. Bukan dia tak tahu Aina memang jahat dari dulu tapi mengurung dan menyeksa bapa sendiri? Itu memang kejam yang amat! Haiwan pun tahu sayangkan keluarga, kenapa manusia tidak boleh bersikap begitu?

"Zyara?"

"Semalam, Aina cuba ugut Zyara. Dia minta supaya Zyara jauh daripada Tengku kalau nak Tan Sri selamat. Jadi, Zyara ambil keputusan untuk jauh dari Tengku. Saya tahu di sudut hati dia yang paling dalam, Zyara sudahpun menyayangi Tengku." luah Zura dengan nada mendatar.

"Saya pun dah mula sayangkan dia. Bila dia tak ada kat rumah, saya rasa sunyi. Hmm.. semalaman saya fikirkan apa salah saya pada dia sampai dia buat saya macam ni.." ujar Fikh dalam nada sebak.

Dia memandang Zura lalu bibirnya menguntum senyum nipis. "Nasib baik, awak terangkan semuanya pada saya kalau tidak.. mungkin saya akan terus salah faham pada Zya." tambah Fikh lagi dengan ikhlas.

Zura sekadar menganggukkan kepala. "Sama-sama Tengku."
...
Aku memeluk lututku di atas katil. Air mataku masih mengalir deras sambil menatap gambar-gambar kenangan aku bersama Fikh. Huh.. pasti sekarang ini Fikh sangat bencikan aku.

Mungkin dia dah taknak jumpa aku bila dia dapat tahu yang selama ini, aku hanya berpura-pura menjadi tunangnya. Aku mengesat air mataku perlahan. Ada hikmah semua ini terjadi. Mungkin inilah pengakhiran pada cerita cinta aku.

Fikh adalah lelaki pertama yang hadir dalam hati aku. Bila bersama lelaki itu, kenangan silam aku yang kelam hilang. Fikh buat aku rasa gembira bila berada di sampingnya. Lelaki itu berjaya memujuk aku bahawa semua orang ada penghujung cerita yang bahagia.

"Fikh, maafkan saya.." ucapku lirih.

Apa yang berlaku semalam kembali bermain dalam fikiranku. Bagaimana tatapan Fikh pada aku, bagaimana reaksinya dan juga wajah kecewa yang dia tunjukkan. Semuanya tak henti-henti bermain di fikiranku.

Telefon pintarku yang berdering membuatkan lamunanku mati serta merta. Segera aku angkat panggilan daripada nombor tak dikenali itu.

"Kau dah berpisah dengan Fikh?" itulah soalan peryama yang di hamburkan oleh gerangan si pemanggil.

Zyara tergamam. Aina? "Dah. Aku dah tak ada apa-apa lagi dengan Fikh. Puas?"

Di hujung panggilan, terdengar tawa gadis itu bergema. Nyaring saja bunyinya. Memekakkan telinga saja.

"Of course lah puas. Orang macam kau tak layak nak dekat dengan lelaki macam Fikh itu. Dia itu orang hebat, kau tu pula.. tak setaraf level." perli Aina sinis.

Aku hanya mampu untuk menadah telinga mendengar cacian Aina.Yurp. Kalau aku hilang sabar, sudah lama aku menengking si Aina tu. Mulut cabul!

"Aku dah buat apa yang kau cakap. Sekarang, kau serahkan semula papa pada aku!" balasku dalam nada tegas.

"Okey, aku akan lepaskan tapi sebelum tu.. aku nak malam ni kau datang jumpa aku kat rumah. Boleh?"

Aku mengeluh kecil. "Okey, aku akan jumpa kau."

"Seorang."tambah Aina lagi.

Aku diam untuk seketika. "Baiklah. Aku akan datang seorang." balasku.

Aina sudah meleret senyum nipis. Habislah kau lepas ni, Zyara...
...

Sleeping Prince Love (✔Completed)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें