Bab 42

34.4K 1.3K 50
                                    

Tan Sri Jaafar memasuki rumahnya. Perasaannya bercampur baur. Dirasakan hidupnya terasa kelam. Apa yang dibincangkan dengan Zura tadi benar-benar buat fikirannya jadi serabut.

Selama ini, dia tinggal dengan seorang isteri yang tak layak untuk dipanggil isteri. Dia tak sangka Puan Saripah sanggup buatkan keluarganya kucar kacir begini. Kalau diberi peluang dan isteri pertamanya masih hidup lagi, dia mahu sujud di kaki wanita itu dan memohon maaf. Namun sayangnya, semuanya sudahpun terjadi. Puan Irma, ibu Zyara sudahpun pergi bertemu Tuhan.

"Abang.. malam ni, kita keluar jom."

Puan Saripah terus mendekati Tan Sri Jaafar lalu memeluk lengan sasa lelaki itu. Baru sahaja dia mahu menyandarkan kepalanya ke bahu Tan Sri Jaafar, lelaki itu terus menepis tangannya membuatkan Puan Saripah terundur ke belakang.

"Ab.. abang! Kenapa abang buat Ipah macam ni?"terketar-ketar Puan Saripah bertanya.

Namun Tan Sri Jaafar langsung tak menyahut. Dia terus mengatur langkah menaiki tangga. Segera Puan Saripah membuntuti Tan Sri Jaafar dari belakang. Wajahnya sudah berkerut resah.

Belum pernah lagi Tan Sri Jaafar melayannya sekasar ini. Kalau ada masalah di tempat kerja pun, Tan Sri Jaafar takkan pernah marah kan perkara itu di rumah. Tapi.. hmm, Puan Saripah sudah risau.

"Abang, kenapa ni? Kenapa abang tak jawab soalan Ipah?"gesa Puan Saripah lalu mencapai tangan Tan Sri Jaafar.

Tan Sri Jaafar menepis tangan Puan Saripah daripada terus menggenggam tangannya. Akhirnya dia tiba di tingkat satu. Belum sempat dia bergerak ke biliknya, Puan Saripah menarik kasar lengan Tan Sri Jaafar.

"Kenapa abang ni? Kenapa abang buat saya macam ni?" bentak Puan Saripah dengan nada lantang. Kesabarannya sudahpun tercabar gara-gara perilaku Tan Sri Jaafar kepadanya.

Aina yang mendengar bunyi bising di luar biliknya terus membuka kecil pintu biliknya. Dia melihat Tan Sri Jaafar sudah pandang tajam pada mamanya itu. Dia diam saja menyaksikan pertelingkahan yang berlaku.

"Kau beritahu aku, siapa sebenarnya kau ni?" Tan Sri Jaafar sudah mulai bersoal kasar. Tiada lagi abang sayang, sekarang dia guna kau aku pula.

Tergamam Puan Saripah bila mendengar soalan Tan Sri Jaafar. "Apa abang cakap ni? Saya ni isteri abanglah."

Tan Sri Jaafar tersengih panjang. Sinis sekali gayanya.

"Sebelum kau kahwin dengan aku, kau ni isteri Arshad kan? Lelaki jahanam yang hampir rogol bekas isteri aku dulu? Betul tak apa aku cakap ni?" kenyataan Tan Sri Jaafar mengundang rasa terkejut pada Aina dan Puan Saripah.

"Apa ni bang? Kenapa abang cakap macam itu pada saya?" Puan Saripah cuba untuk mengelak. Seperti tak mahu menjawab soalan suaminya itu.

"Patutlah selama ni kau tak pernah buka cerita fasal bekas suami kau. Huh!!! Kau ni syaitan ke apa sebenarnya? Tergamak kau aniaya kawan baik kau sendiri?! Sanggup kau upah suami kau sendiri untuk rogol Irma?!" makin hangat suasana dalam rumah itu bila Tan Sri Jaafar mulai membuka topik konflik antara mereka.

Aina sudah mengatur langkah keluar dari bilik. Segera dia mendekati Puan Saripah lalu lengan mamanya dipeluk erat. Buat masa sekarang, dia perlu berpihak pada mamanya. Kerana mamanya itu, dia ada di sini sekarang.

"Kenapa papa cakap mama macam itu? Tak baik papa tuduh mama macam-macam.!" bela Aina sambil mengurut lembut bahu Puan Saripah.

Tan Sri Jaafar terus menjeling pada Aina. "Kau pun perangai dua kali lima aje dengan mak kau ni! Hati kotor, kejam!" lontar Tan Sri Jaafar sambil bercekak pinggang.

"Abang, jangan panggil Aina macam itu! Kalau abang nak marah, abang marah saya!" balas Puan Saripah.

Air matanya sudah mengalir deras. Tangan Aina yang memegang bahunya diurut perlahan. Semuanya hanyalah taktik, taktik untuk menarik belas kasihan Tan Sri Jaafar pada mereka berdua.

"Apa yang kau buat ni langsung aku tak boleh nak maafakan! Kau ingat apa yang kau buat ni, bagus sangat ke? Hancurkan hidup orang lain, keluarga orang lain?! Banyak sangat pahala kau tu sampai sanggup kau zalimkan anak bini aku?!" jerkah Tan Sri Jaaafar dengan perasaan geram dan marah.

Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia lempang pipi anak beranak tu sorang-sorang. Sekarang dia betul-betul meluat tengok muka Puan Saripah dan Aina. Mahu ludah saja rasanya, buat muka seposen konon! Dasar perempuan Kejam!

"Papa, kenapa papa cakap macam tu kat mama?" Aina sudah meninggikan suara. Dia sudah tidak tahan dengar maki hamun Tan Sri Jaafar pada mamanya.

Semasa Puan Saripah menjadi isteri encik Arshad, dia terpaksa menadah telinga mendengar maki hamun Encik Arshad pada ibunya. Dia tidak mahu lagi dengar semua itu. Dia benar-benar trauma!

Pang!!!

Pipinya yang sudah merah dipegangnya lalu matanya tajam menikam Tan Sri Jaafar. Puan Saripah di sebelah sudah mulai risau.

"Kau dengan mak kau boleh berambus keluar dari rumah ni, aku taknak tengok muka kau berdua dalam rumah ni!" bentak Tan Sri Jaafar.

"Abang!! Abang.. jangan buat kami macam ni bang! Ab-abang!"

Puan Saripah sudah merayu-rayu. Air matanya bercucuran deras.
Namun lelaki itu terus bergerak ke biliknya. Serentak itu, Aina terus menarik kemeja Tan Sri jaafar lalu ditariknya ke tangga. Tan Sri Jaafar yang tidak bernasib baik terus jatuh dan bergolek menuruni tangga marmar itu.

Puan Saripah tergamam manakala Aina pula sudah tersengih sinis. Matanya langsung tak memainkan reaksi apa-apa apabila melihat Tan Sri Jaafar sudah terbaring di atas lantai dengan kepala bercucuran darah.

Wanita itu terus bangun lalu memeluk Aina erat. Sempat Tan Sri Jaafar yang masih sedarkan diri itu dipandangnya.

"Aina.. ap-apa kamu buat ni?" terkebil-kebil Puan Saripah. Dia tak sangka Aina boleh berbuat begitu.

Aina tersenyum panjang. "Kalau dia macam itu, lama sikit kita duduk dalam rumah ni. Kan, ma?" ujarnya memandang sinis pada Tan Sri Jaafar yang ketika itu turut memandangnya. Lelaki tua itu terkumat kamit memanggil seseorang.

"Z-Zyara.. Zyara.. Zyara.."
...
"Auch!"

Jari telunjukku yang luka cepat-cepat aku hisap. Sakit sangat. Hmm.. entah kenapa, perasaan ku resah semacam. Cuci pinggan pun rasa tak senang. Ya Allah kenapa dengan aku ni?

"Kenapa tu?" Fikh terus menggenggam tanganku yang luka. Riak wajahnya sudah berkerut resah.

Cepat-cepat aku menarik tanganku kembalim Satu senyuman pendek aku hadiahkan kepada Fikh.

"Luka sikit aje bang, tak banyak pun."dalihku sudah mengibas-ngibas tanganku.

Fikh mengeluh kecil. Dengan lembut, dia menarik tanganku semula. Dia meniup-niup lukaku yang masih berdarah lalu dijelingnya aku dengan pandangan manja.

"Macam mana basuh pinggan pun boleh luka? Nak abang selalu ada kat sebelah Zya ke, baru Zya boleh buat kerja?" selorohnya cuba menceriakan suasana.

Aku tertawa kecil mendengar jenakanya yang tak seberapa itu. "Terhiris tadi. Tak sedar tengah basuh pisau."aduku.

Fikh sekadar menggelengkan kepala. Dia terus menyuruhku duduk lalu dia bawakan first kits aid pada aku. Selesai merawat luka tanganku, dia duduk berhadapan dengan aku.

"Zya tengah fikirkan apa sebenarnya?"soal Fikh memandang wajahku dengan pandangan redup.

Aku mengeluh perlahan. Wajahnya aku pandang dengan perasaan serba-serbi. "Zya terfikirkan seseorang." ujarku.

Fikh berkerut dahi. "Siapa?"

Aku mengetap bibir. Untuk soalan Fikh yang satu itu aku diamkan saja. Kepalaku terfikirkan papa. Aku risau pada papa. Mungkin ada sesuatu yang terjadi pada lelaki itu.

"Erm.. tak ada apa-apalah." aku mengelak. Terus aku kembali bangun lalu mahu buat kerja semula.

Namun Fikh pantas menarik tanganku membuatkan langkahku mati serta-merta. "Kalau ada masalah, jangan segan silu cerita pada abang. Kan.. tak lama lagi kita akan berkahwin?"

Aku tergamam namun perlahan-lahan bibirku menguntum senyum. Jari jemariku mengurut tangannya perlahan.

"Baiklah,bang."
...



Sleeping Prince Love (✔Completed)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum