Bab 6

41K 1.7K 65
                                    

"Ibu, ibu masak apa itu?" soalku sambil menjengketkan kaki mahu melihat apa yang sedang ibu masak.

Ibu tersenyum melihat kelakuan comelku. Tak semena-mena dia tunduk lalu mencubit pipi mungil ku. Ibu memang selalu suka cubit pipi aku yang tembam ni.

"Apa yang Zya suka makanlah." teruja ibu beritahu aku. Senyuman ibu buatkan keresahan aku jadi hilang.

Betullah orang kata, kesulitan itu dapat hilang bila kita melihat sebingkis senyuman daripada seorang ibu. Lembut hati bila marah, reda kesedihan bila kita rasa kesunyian.

"Kek lobak merah ke ibu?"soalku dalam nada separuh teruja.

Ibu mengangguk perlahan. Dia mengusap rambutku penih dengan kasih sayang.

"Pandai anak ibu ni meneka! Anak ibu memang pandai."pujinya.

Hidung aku sudah kembang kempis. Seronok bila dipuji ibu. Hmm..

Air mataku tak semena-mena bercucuran. Gambar ibu aku pegang lalu aku peluk erat. Terus menerus aku menangis.

Kalaulah aku diberi peluang sekali lagi bersama ibu. Kalaulah aku diberi peluang untuk menikmati kek lobak yang ibu masak. Huh! Tapi, itu cuma mimpi saja. Mana mungkin ibu akan datang jumpa aku dan buatkan semua itu untuk aku.

Zya, kau kena terima. Ibu sudah pergi untuk selamanya. Dia bukan lagi di sisi kau tapi dia sekarang berada di sisi Tuhan. Biarkan yang pergi tetap pergi dan kau yang masih hidup teruskan untuk hidup.

Telefon bimbitku yang berdering buatkan aku cepat-cepat menyeka air mataku. Aku capai telefon pintarku lalu aku tilik skrin telefonku. Panggilan daripada papa!

Cepat-cepat aku angkat. Bibirku menjungkit senyum.

"Assalamualaikum, papa."ucapku menghulur salam. Teruja punya fasal, sampai aku pula yang terberi salam.

Tan Sri Jaafar di hujung talian ketawa berdekah. Isy, papa suka ketawakan aku.

"Macam mana Zya kat rumah? Okey tak? Makan minum semua lengkap tak?"soal papa ambil berat.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Jika diikutkan hati mahu saja aku beritahu perkara yang sebenar. Bagaimana layanan teruk yang Puan Saripah berikan, bagaiman seksaan yang mereka anak beranak lakukan. Hurmm... tapi, aku taknak sesuatu terjadi nanti. Bagi aku, Puan Saripah dan Aina adalah orang yang sangat kejam dan sanggup lakukan apa saja demi dapatkan sesuatu.

Itu masalah besar. Kalau papa halau diorang dan selepas itu mereka apa-apakan papa? Huh, aku taknak benda itu jadi. Walau apapun papa mesti perlu ada di sisi aku.

"Okey saja, pa. Puan.. er, maksud Zya mama.. layan Aina baik sangat."bohongku. Hampir saja aku terlepas mahu menyebut Puan Saripah tadi.

Tan Sri Jaafar tersenyum mendengarnya. "Baguslah kalau macam itu. Papa suka hati mendengarnya."ujar papa sambil menghela nafas lega.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Tercalit kehambaran dalam senyuman yang aku ukir. Bak kata pepatah diluah mati emak, ditelan mati bapak.

"Kenapa papa call Zya ni? Ada sesuatu yang papa nak beritahu pada Zya ke?"soalku cuba mengalih topik.

Tak mahulah aku terus menerus menjadikan anak beranak itu sebagai topik perbualan. Hilang terus mood aku nanti nak berborak panjang dengan papa. Sudahlah aku jarang buat panggilan dengan papa. Papa busy dengan kerjanya, jadi aku tak mahu mengganggunya.

"Papa nak beritahu kamu yang papa akan balik Jumaat ni. Papa nak kamu ikut sekali jemput papa. Papa nak kenalkan kamu dengan kawan-kawan papa."ujar papa dalam nada bersungguh.

Sleeping Prince Love (✔Completed)Where stories live. Discover now