Bab 12

37K 1.5K 4
                                    

Qurratun merapati Tengku Arifah lalu mencium tangan wanita itu. Tengku Arifah tersenyum gembira. Ubun rambut Qurratun dibelainya lembut lalu tubuh gadia itu dipeluknya erat. Aih, bakal menantu aku ni. Dia bangga dapat Qurratun jadi bakal menantunya.

Memanglah awalnya, dia tak berkenan dengan sikap mengada-ngada Qurratun tu tapi sebab Fikh dah jaruh cinta maka dia perlu terima. Dari situ, dia cuba untuk mengenali Qurratun. Alhamdullilah, sekarang dia dan Qurratun sudah kamceng.

Untuk rapatkan hubungan itu, Qurratun dan Tengku Arifah selalu keluar shopping sama-sama. Nasib baiklah, si Qureatun ni jenis happy go lucky.. terhibur saja Tengku Arifah sepanjang masa. Jadi, baginya pilihan Fikh adalah pilihan yang tepat.

"Hati-hati bila balik itu. Cakap dengan Fikh, bawa kereta itu jangan laju-laju sangat. Dah malam ni."sempat dua tiga patah nasihat dia berikan.

Dia risau akan keselamatan Fikh dan Qurratun. Sudah berulang kali, dia nasihatkan mereka berdua supaya pulang esok pagi tapi Fikh yang berkeras nak ke rumah Opah Qurratun malam ni. Jadi, dia tak tahu nak cakap apa lagi... terpaksalah turutkan sahaja kehendak Fikh itu.

Fikh merapati mereka berdua lalu tersenyum. Senang melihat hubungan rapat yang terjalin antara ibunya dan bakal isterinya itu. Hati siapalah yang tak rasa seronok bila tengok itu di depan mata.

"Aih, mama ni. Peluk macam si Qurratun tu akan pergi selamanya pula. Jangan risau, Fikh akan jaga dia."ujar Fikh dalam nada bergurau.

Tengku Arifah dan Qurratun sama-sama ketawa apabila mendengar gurauan Fikh. Apabila Qurratun memandang Fikh, Fikh kerdipkan mata padanya. Tak semena-mena Qurratun tersengih. Tak kesudah sawitnya itu.

"Ni, kamu betul ke taknak balik esok pagi? Dah malam ni."untuk kali terakhir, Tengku Arifah memberi nasihat.

Fikh mengeluh kecil. "Mama jangan risau. Fikh dah biasa memandu waktu malam ni. Kalau Qurratun ada kat sebelah, lagi fokus Fikh malam ni."senda Fikh sambil menjeling ke arah Qurratun.

"Betul tu, ma. Kalau Fikh pandu laju sikit, Qurratun cubit dia. Kat perut dia tu, Qurratun akan cubit kuat sikit."sakat Qurratun sambil buat gaya acah-acah mencubit orang.

Terhibur Tengku Arifah mendengarnya. Fikh lalu mencium tangan Tengku Arifah, tak semena-mena Tengku Arifah memeluk erat tubuh anak tunggalnya itu.

Entah kenapa, berat betul hatinya mahu melepaskan Fikh dan Qurratun pergi. Hatinya betul-betul risau. Namun, dia tak mahu ceritakan pada Fikh dan Qurratun. Baginya, itu cuma perasaan saja dan berdoa agar tiada apa yang berlaku pada anak dan bakal menantunya itu.

"Pandu betul-betul ye."ucap Tengkh Arifah melepaskan pelukan pada Fikh.

Fikh sekadar tersenyum. Aih, risau betul mamanya ni. Untuk tiga jam ni, sudah empat puluh kali rasanya Tengku Arifah ulang ayat yang sama.

"Mama, kami pergi dulu ya." ujar Qurratun menuruti langkah Fikh masuk ke dalam kereta.

Sempat Qurratun melambaikan tangan sebelum akhirnya dia masuk ke dalam kereta.

Jantung Qurratun entah kenapa berdegup kencang. Tak semena-mena Qurratun memegang dadanya. Kenapa dia rasa berdebar semacam ni? Dahinya sudah berkerut.

"Kenapa you?"soal Fikh melihat tingkah Qurratun itu.

Cepat-cepat Qurratun menggelengkan kepala. Segera dia memakai tali pinggang keselamatan.

Kereta milik Fakhrul perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah.
...
Tanganku leka membasuh pinggan namun fikiranku melayang memikirkan benda lain. Pertemuan antara aku dan Zura tadi benar-benar mengganggu fikiranku. Macam mana dia boleh tahu semuanya?

Sleeping Prince Love (✔Completed)Where stories live. Discover now