Bab 25

37.7K 1.5K 14
                                    

Setelah memeriksa keadaan Fikh, doktor perempuan bertudung itu terus mengukir senyum memandang Tengku Arifah. Sekilas itu, dia melirik pada Fikh yang sudah tidur di atas katil. Stetoskopnya di lipat lalu dimasukkan ke dalam beg kerjanya.

"Jadi, doktor Ayu? Macam mana?" soal Tengku Arifah dalam nada risau.

Sesekali dia menjeling ke arah Fikh yang sudah nyenyak diulit mimpi. Dia memang betul-betul bersyukur kerana Fikh sudah sesar dari komanya. Berbulan-bulan juga namun akhirnya Allah kembalikan Fikh padanya semula. Syukur, Alhamdullilah.

Cuma..

"Kalau kita bercakap kat luar boleh ke, Tengku? Saya takut perbualan kita akan mengganggu Tengku Fikh."ujarnya dalam nada hormat dan sopan.

Tengku Arifah menganggukkan kepala. Dia membetulkan selimut yang membaluti tubuh anak tunggalnya itu. Setelah itu, dia menuruti langkah Doktor Ayu keluar dari bilik. Dengan penuh berhati-hati dia mengunci pintu bilik lalu dia bersemuka dengan doktor muda itu.

"So far, keadaan Tengku Fikh semakin membaik cuma.. saya risau kan sesuatu. Setelah saya memeriksa keadaannya, saya dapati separuh daripada ingatan jangka pendeknya telah hilang. Apa yang berlaku beberapa tahun ni dia lupa." terang doktor Ayu dengan raut wajah berkerut risau.

Tengku Arifah mengeluh perlahan. Ya, dia pun sedar semua itu. Yang paling buatkan dia terkejut.. bangun bangun saja Fikh terus panggil Zyara sayang. Sedangkan mereka berdua tak pernah bersemuka sebelum ni. Hairan juga Tengku Arifah dibuatnya.

"Saya ada tanya beberapa soalan pada dia. Hampir kesemuanya termasuklah fasal Qurratun tapi dia langsung tak kenal siapa Qurratun.

Tapi, dia tahu yang dia sudah ada tunang. Saya rasa.. semua pemikirannya fasal Qurratun dan beberapa yang lain telahpun hilang dari ingatannya." ujar Doktor tersebut dalam nada sedikit hampa.

Tergamam Tengku Arifah dibuat nya. Kasihan betul Qurratun. Dalam banyak-banyak orang yang ada di sekeliling Fikh, kenapa Fikh perlu lupakan Qurratun? Sedangkan gadis itu lah yang tak sepatutnya luput dari ingatan Fikh.

"Tadi, Tengku ada kata fasal Zyara kan?"soal Doktor Ayu.

Tengku Arifah menganggukkan kepala. "Dia.. anak kawan saya. Dialah yang nampak Fikh sedar dulu." dalih Tengku Arifah. Dia tak mahu Doktor Ayu tahu latar belakang Zyara.

Walaupun sebenarnya tadi, dia sedikit kesal dengan perbuatan Zyara. Dia maafkan memandang kan Fikh pun sudah sedar. Mungkin, lepas ni dia perlu bertegas lagi pada Zyara tentang peraturan dalam rumah ni.

"Boleh saya tahu apa yang jadi?" ungkit Doktor itu mahu tahu serba sedikit.

"Saya tak tahu apa yang jadi antara mereka tapi yang saya dengar, Fikh panggil dia sayang. Sedangkan saya pasti sebelum ni.. mereka berdua tak pernah bersua muka. Jumpa pun tak, saya rasa." ujar Tengku Arifah.

Doktor Ayu sekadar mengangguk kan kepala.  Dahinya sudah berkerut seribu. Matanya meliar mencari punca.

"Mungkin, memang sebelum ni mereka pernah berjumpa cuma Tengku saja yang tak tahu.." tebak Doktor tersebut seperti yakin pada jawapannya.

Pada masa yang sama, aku menuruni anak tangga dengan perasaan serba salah. Ya Allah, apalah yang patut aku cakap pada Tengku Arifah.

Maaf Tengku, saya berjalan waktu tidur tadi. Sedar-sedar aje saya dah ada dalam bilik itu.. hmm.. logik ke?

Turun saja tangga, aku lihat Tengku Arifah bersama doktor yang selalu datang ke rumah. Rasanya, dia doktor peribadi kepada lelaki kurang siuman itu.

Ada ke patut dia panggil aku sayang? Gila ke? Entah bila pula aku terserempak dengan dia.. aku pun tak tahulah.. tapi, maybe aku pernah jumpa dia tapi aku lupa kat mana.

Sleeping Prince Love (✔Completed)Where stories live. Discover now