Bab 35

35.8K 1.5K 88
                                    

Langkah kakiku aku aturkan merapati meja kerja Fikh. Hari ini adalah hari pertama aku bekerja di Syarikat yang dibangunkan oleh papa Fikh bersama temannya.

Fikh tersenyum melebar apabila melihat kehadiran ku ke dalam pejabatnya. Serentak itu dia berdiri menjemputku untuk duduk.

"Ya, kenapa encik Tengku Fikh panggil saya?"soalku dalam nada formal.

Tiba-tiba aku terdengar suara lelaki itu ketawa. Pantas, aku angkat kening. Ada yang kelakar ke pada apa yang aku cakapkan tadi?

Fikh terus memandnag ku dengan senyuman meleret. "Panjangnya nama yang Zya bagi? Encik Tengku Fikh?"

Aku mengetap bibir. Lahh.. itu ajepun. Habis, dia nak aku panggil dia apa? Encik Fikh? Encik Tengku? Encik? Encik Bos?

"Habis encik nak saya panggil apa?"soalku sedikit hairan.

Fikh tersenyum. " Memandang kan tak lama lagi kita akan berkahwin, biasakan lah panggil saya dengan sebutan encik abang."

Spontan, mataku terbeliak. Telan liur aku dibuatnya. Kelu lidah aku dibuatnya. Tiba-tiba kejadian malam semalam terimbau dalam kepalaku.

"Mama?"balas Fikh memandang Tengku Arifah yang sudah meburuni anak tangga.

Wanita itu mengatur langkah kemas merapati kami berdua. Serentak itu, aku mengesot punggungku supaya jauh daripada Fikh. Lelaki itu masih kekal di kedudukannya.

"Fikh ingat mama dah tidur."ujar lelaki itu sambil matanya melirik pada Tengku Arifah yang mengambil tempat di sofa bersebelahannya.

Tengku Arifah melirik senyum. "Mama belum mengantuk lagi. Entahlah, kepala mama ni asyik fikirkan sesuatu aje."

Aku dan Fikh berkerut dahi. Fikirkan sesuatu?

"Mama fikirkan apa?"soal Fikh. Aku pula turut sama anggukkan kepala. Fikirkan apa tu, Tengku?

"Memandangkan Zya dan Fikh duduk satu rumah.. hmm.. mama bukan apa. Tak manis dipandang orang. Walaupun kamu berdua tu dah bertunang tapi.. benda baik janganlah kita lambat-lambatkan kan?" aih, dalam betul makna ayat Tengku Arifah kali ini.

Aku sudah fokuskan sepenuh perhatianku pada Tengku Arifah. Fikh pula sudah tersenyum-senyum sendiri. Nampaknya, dia seorang sajalah yang faham buat masa sekarang ni.

"Maksud Tengku?"soalku masih ada sinar blur-blur kat situ.

"Apa kata kita kahwinkan terus kamu berdua ni."

Nasib baik, aku tak teguk air tadi.  kalau tak dah mati tercekik aku kat situ. Kahwin? Apa maksud Tengku ni? Aku ni pelakon upahan saja. Pelakon upahan untuk menjadi tunang Fikh buat sementara waktu.

Tapi.. sekarang, aku sudah terjebak dalam kancah perkahwinan pula. Telan liur aku dibuatnya. Cukup-cukuplah aku menipu Fikh, aku taknak dia kecewa setelah dia dapat tahu bahawa aku bukannya milik dia.

"Zyara.."

Fikh melambai-lambaikan tangannya depan mataku. Serentak itu, aku terkejut. Hampir saja aku melatah dan terjatuh.

Terkejut aku dibuatnya. Lama betul aku termenung sampai langsung tak sedar yang Fikh sudah berdiri dekat depan ku. Nasib baiklah aku tak melatah banyak tadi. Phuh?!

"Ya?"soalku.

Bila merasakan jarak antara aku dan Fikh terlalu dekat, terus aku menapak satu langkah ke belakang. Namun, Fikh buat kerja gila. Bila aku menapak satu langkah ke belakang, dia menapak satu langkah ke depan. Eh, eh?!

Aku melangkah ke belakang lagi, Fikh turut sama menghayun langkah ke depan. Aku telan liur. Mata aku dan mata Fikh bertaut.

"Encik Tengku Fikh memang taknak bagi Zya jauh ke?"soalku dengan beraninya.

Sebenarnya kecut juga aku nak mengatakan perkara itu. Tapi.. Huh, kena cakap juga.

Fikh tersenyum menggoda. "Apa yang saya suruh Zya panggil saya tadi?"soalan berbalas soalan.

Aku tergamam. Argh!! Kenapa tiba-tiba jantung aku berdebar kuat ni? Gulp?!

"Encik Ab.. abang?" tergagap-gagap aku memanggilnya begitu.

Barulah aku lihat senyuman puas tersemat di bibir merahnya. "Ulang lagi sekali?"pintanya.

"Encik abang?"aku ikut arahannya.

Tengku Fikh tak semena-mena melarikan matanya daripada ku. Akhirnya dia jauhkan dirinya daripada aku.

"Awak boleh keluar sekarang, cik Zya."arahnya dan terus berlalu ke meja kerjanya.

Aku tergamam. Apakah? Aku lihat dia sudah mulai menyiapkan tugasannya dan buat seperti tak ada apa-apa yang berlaku antara aku dan dia.

Terkebil-kebil aku melangkah keluar dari pejabatnya. Terus aku menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya perlahan. Haih, aku tak faham?!

Sekarang, aku rasakan Tengku Fikh seperti mahu kenakan aku? Dia seperti suka menyakat aku dan.. dia buat macam aku ni betul-betul tunang dia.

Betul ke dia memang tak ingat siapa diri dia yang sebenar? Betul ke dia dah lupakan Qurratun? Dan.. kenapa dalam banyak-banyak perempuan, dia ingat aku? Hati aku sudah mulai curigakan sesuatu.

Ada sesuatu yang tak kena yang jadi antara aku dan Tengku Fikh sekarang ni. Dia.. betul-betul sudah sepenuhnya pulih ke?
...
Dalam renyai hujan yang lebat menuruni bumi, Fikh sekadar mengeluh perlahan. Gambar dia dan Qurratun dipegangnya dengan perasaan sebak.

Kemalangan itu.. dia masih ingat jelas bagaimana kemalangan itu meragut nyawa Qurratun depan matanya. Bagaimana Qurratun merintih sakit dan akhirnya menutup mata dan pergi dari hidupnya.

Air mata jantannya menitis di pipi. Namun, tak lama lepas itu.. Fikh menyeka air matanya. Dia anak jantan. Mana mungkin dia biarkan maruahnya jatuh dengan air mata.

Fikh mendengus. Gambar tersebut kembali diletakkan ke dalam laci mejanya lalu Fikh duduk berteleku di atas katil. Tak semena-mena dia membaringkan tubuhnya di atas katil.

Yurp.. and yes..

Dia sedar dari koma dan dia masih ingat segalanya. Kemalangan dan Qurratun. Takkan mungkin gadis itu akan dilupakannya. Gadis yang sangat dicintainya. Gadis yang buatkan hidup dia penuh bahagia. Takkan mungkin wajah Qurratun akan luput dari ingatannya.

Kenapa Zyara terkait sekali? Fikh tersenyum nipis. Semasa dia koma, dia dapat mimpi yang pelik. Dia mimpikan dua orang gadis. Seorang gadis jatuh ke dalam tebing manakala seorang gadia lagi jatuh ke dalam laut. Gadis yang jatuh ke dalam tebing, wajahnya ada iras-iras Qurratun manakala gadis yang jatuh ke dalam laut pula langsung dia tak kenali.

Berkali-kali dia mimpikan perkara yang sama. Selama dua bulan koma itu, dia cuba untuk selamatkan salah seorang daripada mereka namun badannya kaku dan tak boleh bergerak.

Sampailah hari dimana dia sedar daripada koma. Dia akhirnya memilih untuk menyelamatkan gadis yang terjatuh ke dalam lautan. Sedar-sedar saja, dia sudah gapai tangan Zyara dan panggil gadis itu sayang. Yah.. thats the weird story.

Bagi Fikh, mimpi itu pasti ada hikmah disebaliknya. Kenapa dia tersedar bila selamatkan gadis yang jatuh ke dalam lautan itu? Mungkin, Zyaralah orangnya.

Berkali juga dia buat solat minta petunjuk daripada Allah. Setiap kali itulah Allah tenangkan hati dia bila bersama Zyara.

Sekarang ni, Zyara terpaksa masuk ke dalam kancah penipuannya. Terpaksa.
...



Sleeping Prince Love (✔Completed)Where stories live. Discover now