Bab 28

36.8K 1.4K 91
                                    

Dia membetulkan penampilan barunya. Tudung satin yang terletak kemas di atas kepalanya dibelek semula. Bukan calang-calanh dia mahu menyinggahkan tudung di kepala.

Mulanya dia rimas tapi demi dapatkan perhatian Fikh, dia sanggup pakai tudung. Asalkan Fikh nampak kebaikannya kali ini. Kononnya dia sudah mati dari terus mengangungkan perangai gediknya itu.

Padahal, gedik itu masih sebati dalam hidupnya. Dia masih yang dulu , tapi bertopengkan tudung untuk menambat hati Fikh.

Setelah merasakan gayanya yang cukup menawan, tertawan dan ditawan.. akhirnya Aina melangkah keluar dari perut keretanya lalu dengan langkah penuh divanya, dia menghampiri rumah Tengku Arifah.

Untuk tacapan kali terakhir, dia tempekkan bedak jenama Bobby brown pada hidungnya. Hmm.. cantik and elegan. Pasti Fikh akan terpikat padanya, fikir Aina.

Loceng pintu ditekannya beberapa kali sambil ucapan salm dihulurkannya. Beberapa minit kemudian, Tengku Arifah keluar menyambut kehadirannya.

"Eh, Aina?"seru Tengku Arifah dengan senyuman meleret di pipinya.

Terkejut dia melihat penampilan Aina yang nampak luar biasa daripada biasa. Dengan jubah labuhnya berwarna pearl dan selendang satin yang melilit kepalanya.. Aina nampak sangat berbeza dari penampilan dulunya.

Dia kenal gadis itu. Aina merupakan anak kepada Tan Sri Jaafar sekaligus.. kawan baik kepada arwah Qurratun. Dahulu, penampilan Aina memang agak mencolok mata. Ketat, sendat dan jarang saja pakaian yang selalu dikenakannya. Naik bulu Tengku Arifah dibuatnya.

Nak ditegur tapi bukan anak sendiri. Jadi, dia diamkan. Apalah haknya untuk menegur orang lain.

Aina terus mencium tangan Tengku Arifah dengan santunnya. Senyum manisnya masih tersemat di wajahnya sambil matanya sempat meliar ke dalam rumah. Dia mahu mencari kelibat Fikh namun hampa.. dia tak nampak langsung.

"Dah lama auntie tak dengar khabar berita kamu. Apa khabar kamu sekarang?"soal Tengku Arifah.

Aina mengukir senyum. "Alhamdullillah Tengku. Ana sihat walafiat saja. Tengku apa khabar, an'am saja ke?" sempat lagi dia campur-campur bahasa arab dan bahasa melayu.

Tak sia-sia dia belajar basic bahasa arab di youtube. Function juga akhirnya.

Terlopong Tengku Arifah mendengar bicara Aina. Nak ketawa pun ada juga. Ya Allah, terlebih alimlah pula dia ni.

"An'am, an'am.. ke mana je kamu pergi, Aina? Langsung tak melawat auntie ye.."ujar Tengku Arifah menjemput Aina untuk masuk.

Mereka berdua bergandingan masuk ke dalam rumah.

Aina memulakan lakonannya. Dia mengeluh perlahan dan wajah sedihnya dipamerkan.

"Sejak kematian Qurratun, saya menangis setiap hari. Saya tak dapat terima kehilangan dia. Qurratun tu ibarat kakak saya.. saya betul-betul terasa kehilangan ahli keluarga bila Qurratun tak ada kat sebelah saya." tutur Aina dalam nada serak-serak basah.

Tengku Arifah menekur. Tak ada siapa tak rasa kehilangan bila Qurratun tiada di sisi mereka. Kehilangan Qurratun beri impak yang sangat besar buatnya.

Setelah kematian Qurratun, keluarga gadis itu terus menyalahkan Fikh menjadi punca kemalangan tu terjadi dan mereka memutuskan hubungan syarikat dan hubungan keluarga dengan dia dan Fikh.

"Auntie faham perasaan Aina. Auntie pun sedih bila Qurratun dah tak ada."ujar Tengku Arifah dalam nada sebak.

Aina mencebik. Hishhh!! Apa specialnya perempuan gedik itu?! Kenapa semua orang perlu bersedih bila dia mati? Tak faham betul aku! Hati Aina membentak namun dia kekalkan saja senyumannya.

"An'am Auntie. Lepas itu, saya cuba cari ketenangan jiwa dan saya buat keputusan untuk belajar agama di sekolah pondok untuk dua bulan ni. Saya nak belajar terima hakikat bahawa Qurratun sudah tak bersama kita lagi." ayat penuh dramatik dihamburkannya.

Tengku Arifah sekadar menganggukkan kepala. Sekurang-kurangnya pemergian Qurratun membuatkan Aina menjadi insan yang lebik baik, fikirnya. Walaupun kenyataan sebenarnya tidak.

Setibanya mereka di hadapan bilik Fikh, Tengku Arifah mematikan langkah. Pintu bilik Fikh dibukanya kecil. Dilihatnya, Fikh sedang tidur di atas katil. Mungkin kelelahan kerana tiga hari berturut-turut membuat ujian fisioterapi.

Alhamdullilah, Fikh sudah boleh berjalan beberapa langkah. Ini pun hasil usaha Zyara yang membantu Fikh untuk berjalan bila di rumah.

Gadis itu sudi berlakon menjadi tunang Fikh sehingga Fikh sembuh. Dia bersyukur dan rupanya Zyara benar-benar membantu Fikh untuk kembali sembuh.

"Auntie nak bagi peringatan.. tolong jangan buka cerita fasal Qurratun di depan Fikh. Dia masih belum sembuh sepenuhnya."Tengku Arifah menegaskan kata-katanya.

Serentak itu, Aina tersengih sinis lalu menagnggukkan kepala. Memang taklah dia nak bercerita fasal perempuan yang dah mampus tu. Hah! Dengan senang hatinya, aku akan biarkan dia lupus selamanya daripada ingatan Fikh.

Belum sempat mereka memasuki bilik, mata Tengku Arifah terpandangkan kelibat Zyara yang sedang menatang dulang dari jauh.

"Zyara.."sapa Tengku Arifah apabila melihatkan kelibatku makin mendekati.

Sebingkis senyuman aku hadiahkan pada Tengku Arifah. Tatkala mataku terpandangkan Aina. Aku tergamam. Mahu saja dulang itu jatuh tapi aku gagahkan untuk pegang. Aina juga turut sama terkejut melihat aku. Bukan main tersembul lagi biji matanya bila melihat aku di situ.

"Z..zyara?"

Tengku Arifah berkerut dahi. " Kamu kenal ke Zyara ni Aina?" soalnya sedikit hairan

Cepat-cepat aku sembunyikan riak wajahku yang terkejut. Aku cuba buat muka tenang.

Wajah Aina cuak semacam. Terus dia memandang Tengku Arifah lalu menggelengkan kepala. "T.. Tak, Tengku.."masih tergagap di hujung ayat.

"Saya minta diri dulu, Tengku." ujarku lalu melintasi mereka berdua masuk ke dalam bilik Fikh.

Bukan main buntang mata Aina dibuatnya. Budak tu.. masuk dalam bilik Fikh.. macam tu aje?
...
Aina terus menarik tanganku lalu menghempas tubuhku ke dinding simen itu. Belakangku terasa sakit. Wajahnya yang sudah berkerut geram langsung tak kupandang dengan rasa takut.

Yup, aku pun benci dia sepertimana dia bencikan aku sekarang ni.

"Lepaslah!"bentakku dalam nada berbisik.

Takut-takut Tengku Arifah terdengar 'perbualan' kami ini. Aku tak mahu sesiapa tahu yang aku dan Aina adalah adik beradik tiri. Lagipun, aku jijik nak menganggap dia sebagai adikku.

"Kau buat apa kat sini, bodoh?!" celanya dengan perasaan marah.

Aku mengetap bibir. "Kau perlu tahu ke apa aku buat kat sini?" soalku. Tanpa was-was aku menolak tubuhnya.

Aku bukan lagi seorang Zyara yang pengecut. Aku tak takut lagi berhadapan dengan Aina bila dia dah mula buat tahi pada aku!

Jelas, wajah Aina tergamam saat aku menolak tubuhnya kasar. Dia mengacip gigi.

"Aku nak kau keluar dari rumah ni! Aku taknak tengok muka kau dalam rumah ni! Berambus cepat!!!!!" bentaknya dalam nada perlahan. Matanya tajam mencerlung pada aku.

Aku mengetap bibir. "Untuk kali ni, aku takkan ikut cakap kau. Kau suka ataupun tak, aku akan stay dalam rumah ni.." tegasku membuat keputusan muktamad.

Aina sudah mengacip gigi. " Kalau kau still berdegil. Aku takkan teragak-agak untuk beritahu pada Tengku arifah siapa kau.."ugutnya.

Bibirku menguntum senyum sinis. "Aku pun takkan teragak-agak untuk beritahu pembohongan kau ni. Dengan bertudung bagai, jangan sembunyikan tanduk di kepala kau tu!" perliku dan terus melangkah meninggalkan Aina terkebil-kebil.

Dia mengacip gigi. Tak guna punya Zyara! Sekarang kau dah pandai nak ugut aku, eyh?! Bibirnya melirik senyum geram dan menyapah.

Kau tengoklah akibatnya!
...

Sleeping Prince Love (✔Completed)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum