Bab 2

46.6K 1.8K 57
                                    

Dengan langkah penuh elegannya, Aina memasuki restoran Sushi King. Kaca mata hitamnya ditanggalkan lalu matanya membelek setiap wajah customer yang ada dalam restoran tersebut.

"Aina!"sorak seseorang. Aina tak semena-mena mengalihkan pandangannya pada gerangan suara tersebut.

Dia tersenyum tatkala melihat Qurratun yang duduk tidak jauh dari tempatnya berdiri. Tergedik-gedik Aina mendapatkan Qurratun.

"You..."sapa Aina. Dia memeluk erat tubuh Qurratun. Qurratun juga membalas dalam teruja.

Setelah itu mereka duduk berhadapan. Aina menanggalkan kaca mata hitamnya lalu diletakkan di atas meja. Qurratun pula kembali menikmati hidangan sushi nya.

"So, how's your holiday?"soal Aina. Dia mencapai penyepit lalu mengambil sashimi yang terhidang di depan matanya.

Qurratun tergedik-gedik teruja. " Nica and heaven sangat. You know what.. Fikh layan I baik sangat."ujar Qurratun dalam nada gembira.

Aina sekadar tarik sengih. Kelat pula rasanya sushi tersebut itu apabila melalui kerongkongnya. Namun, Aina masih terus menerus untuk kekalkan senyumannya.

"Fikh ikut you holiday sekali ke?" soal Aina dalam nada suara mendatar. Sengaja dia kalihkan pandangannya pada sushi untuk elakkan Qurratun tahu perasaan menyampahnya saat ini.

"Of course. Dia sanggup tangguhkan meeting dia semata-mata nak teman I bercuti. I rasa terharu, you know." tutur Qurratun.

Aina menjeling menyampah. Ketika Qurratun sedang menikmati sushinya, Aina menghadiahkan satu jelingan pada gadis di hadapannya itu.

Walaupun mereka kawan sejak zaman universiti namun Aina langsung tak pernah sukakan Qurratun. Baginya, Qurratun selalu lebih daripadanya dan dia tak suka kawan atau sesiapa untuknya lebih daripada apa yang dia ada.

Fikh, lelaki yang paling terkenal dalam kalangan pelajar perempuan di universiti dahulu memilih Qurratun sebagai kekasihnya. Sedangkan, dahulu Aina lah yang tergila-gilakan lelaki itu. Setiap kali hari jadi lelaki itu tiba, Aina tak pernah terlepas daripada memberikan hadiah untuk lelaki itu.

Bila Aina dapat tahu Qurratun bercinta dengan Fikh, makin membuak rasa menyampahnya. Sepatutnya Fikh pilih dia dan bukannya Qurratun. Qurratun cuma anak Dato' saja dan dia pula anak Tan Sri.. kenapa Fikh tak nampak itu?

"Erm.. bila majlis bertunang you guys?" Aina cuba alihkan topik. Tak selesa pula dia nak membahas topik percutian kononnya bahagia antara Qurratun dengan Fikh. Tak menarik.

"Two weeks lagi."jawab Qurratun dengan sengihan teruja.

"So, how much the preparation already done?"soal Aina kononnya ambil peduli. Padahal, saja buat topik bual-bual kosong saja.

"70%. Mama I and his mom yang turun tangan. Kitorang berdua busy dengan kerja masing-masing so sangatlah tak menyempatnya." ujar Qurratun disertai tawa kecilnya.

Aina sekadar tarik senyum saja. Dia kembali menikmati sushi. Arghhh!!! Meluatnya. Kalaulah aku orangnya. Kalaulah aku adalah pengantin kepada Tengku Fikh! Huh!! Mungkin aku adalah orang yang paling gembira sekali dalam hidup!

"But, my mom suruh I cari beberapa orang untuk jadi cleaner for my ceremony that day. You ada kenal beberapa orang tak yang boleh handle benda ni?"soal Qurratun memandang Aina yang sedang leka termenung kecil.

Aina memandang Qurratun lalu dia mengetap bibir. Fikirannya memikirkan orang yang sesuai memegang jawatan sebagai cleaner. Serentak itu, senyumannya meleret. Kena sangatlah budak itu jadi cleaner.

"I think I found one."ujarnya.

"Okay, good. So, please tell that person. I will give her money after the ceremony end."balas Qurratun.
...
"Zya! Zya!" sorak Aina.

Suara lantangnya melatari segenap ruang. Aku yang ketika itu sedang mencuci pinggan di dapur tak semena-mena berlari anak mendapatkan Aina.

Itulah kebiasaan Aina. Dia pulang lewat malam selepas itu terpekik melolong memanggil nama aku. Ada saja yang dia akan minta pada aku. Walaupun aku sudah tertidur pun, dia akan menghentam pintu aku dan paksa aku untuk masak makanannya atau buatkan air untuknya.

Walaupun, dia cuma nak air suam saja, dia masih akan suruh aku. Hmm.. mungkin sudah dididim manja begitu, maka naik kepalalah jawabnya.

Setibanya aku di hadapan Aina, tak semena-mena dia melontarkan sepucuk surat tepat ke wajahku. Pipiku yang sakit aku pegang. Kuat betul lontarannya itu.

Aku pandang surat tersebut dan wajah Aina silih berganti. Dia menyinis sambil berpeluk tubuh memandang aku. Tak semena-mena aku tundukkan badanku lalu aku capai surat tersebut.

"Itu surat untuk kau. Aku taknak kau tolak benda tu. Faham?" arahnya seperti memaksa aku untuk turuti kehendaknya itu.

Aku tidak mengangguk tidak menggeleng. Belum apa-apa lagi, dia dah suruh aku buat macam-macam. Surat tersebut aku buka lalu aku baca isi kandungannya. Cleaner?

"Kerja apa ni, Aina? Kenapa tiba-tiba Aina bagi surat ni pada Zya?" soalku masih terpinga-pinga.

"Itu majlis kahwin kawan aku. Dia tak cukup cleaner jadi aku cakap kat dia yang aku ada maid untuk ambil alih tugas itu." sengaja dia tekankan ayat maid itu.

Aku mengetap bibir. Sekali lagi, surat itu aku pandang. "Tapi.." belum sempat aku menghabiskan ayat aku.

Aina terus menarik lenganku kasar. "Kau ikut ajelah! Aku taknak dengar langsung alasan kau, perempuan!"ujarnya lalu menolak tubuhku kasar.

Serentak itu, aku terundur ke belakang. Lenganku yang sakit, aku urut perlahan sambil mataku melirik langkah Aina yang sudah memanjat tangga naik ke biliknya.

Surat yang tadinya jatuh ke lantai aku ambil semula. Sekali lagi, aku baca kandungannya.

"Majlis pertunangan antara Tengku Fikh Fakhrullah dan Qurratun Lara... Cleaner.." sebutku satu persatu.

Akhirnya, aku mengeluh perlahan. Surat tersebut akhirnya aku seluk ke dalam poket seluar jeans yang aku pakai.

Nampaknya, nak tak nak aku terpaksa juga ambil tawaran sebagai cleaner itu. Hanya satu malam saja. Gajinya juga cukup lumayan... RM200. Mana tak masyuknya kat situ?

Selesai itu, aku kembali menyambung tugasku mencuci pinggan. Peluh renek yang membasahi dahiku, aku kesat menggunakan lengan baju kemeja yang aku pakai.

Lepas ni, tidur...
...

Sleeping Prince Love (✔Completed)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora