"Aku je yang tengok, jangan risau."

Aku mencebik mendengar jawapan selambanya. "Sebab awak yang tengoklah saya risau! Mata awak tu keji!"

Dia melipat tangan ke dada. Wajahnya berubah serius. "Kau nak aku ngap kau dekat sini ke?"

Aku memercikkan air ke arahnya dengan geram. "Kejis kejisss!"

Dia mengetap bibir sebelum berlari ke arahku. Aku terus membuka langkah cuba berlari meredah air kolam untuk menyelamatkan diri. Apabila melihat dia jatuh tersembam ke dalam air aku tergelak kuat. Riak wajahnya begitu lucu. Tapi setelah itu dia tidak timbul semula. Gelak aku terhenti. Bingkas aku berlari semula ke tempatnya tadi.

"Bryan?"

Serentak itu juga dia menyergah keluar dari air ke arahku. Mata aku membulat apabila dia menolak aku ke dalam air. Hanya sekejap kerana dia laju menarik aku kembali berdiri. Aku terbatuk kecil sambil menepuk dadaku yang terasa perit.

"Qis.. k-kau okey?"

Aku menganggukkan kepala tanda okey mendengar suara risaunya. "Saya cuma terkejut."

Dia tiba-tiba merapatkan wajah kami sehingga dahi kami bersentuhan. Kedengaran nafasnya yang kasar menyentuh bibir aku.

"Kau risaukan aku juga kan bila aku tak timbul tadi?"

Aku menampar dadanya cuba menyembunyikan perasaan malu. "Mana ada. Saya cu.. cuma.."

Daguku ditolaknya naik sehingga pandangan kami bertemu. "Aku risaukan kau."

Aku kehilangan kata-kata.

"Dan aku suka dengar gelak tawa kau. Aku lega kerana aku dah berjaya buat kau gelak."

Aku berdecit. "Dahlah, awak buat saya tak selesa."

Dada aku nak pecah.

Dia tergelak kecil. "Terima kasih sebab beri aku peluang untuk hidup bersama kau. Terima kasih sebab sayang aku."

Aku berdehem sambil merangkul lehernya. "Sama-sama."

Oh... Aku menahan gelak apabila melihat telinganya yang memerah. Dia malu ke dengan aku? Ish, nampak comel je bila dia macam ni.

"Qis."

"Hmm?"

"Bibir kau pucat. Kau sejuk ni. Jom." Dia cuba menarik tanganku namun aku berkeras.

"Saya masih nak main. Siapa suruh awak ajak saya." Aku mencebikkan bibir.

"Qis nanti badan kau masuk angin. Jom masuk."

Aku menggelengkan kepala. "Tak nak."

"Qis.."

"Tak nak."

"Fine!" Serentak itu dia merapatkan bibirnya ke bibirku.

***

Aku menarik comforter sehingga ke bawah dagu. Kenapa sejuk sangat ni? Aku mengalihkan badan sambil mengeluh perlahan. Mata aku celikkan lalu mengambil alat kawalan aircond. Suhu aku turunkan agar tak sejuk sangat.

"Kenapa ni?"

Aku menoleh melihatnya sambil menggeleng. "Tidurlah."

Dia merapatkan badannya sebelum memeluk badanku. "Kau sejuk eh?"

"Hmm." Aku bergumam perlahan.

Tiba-tiba dia mengangkat sedikit kepalanya. Tanganku dipegangnya seketika sebelum dahiku disentuh. Aku hanya diam memerhati pergerakan tangannya. Wajahnya berubah keruh.

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن