"Macam mana khabar adik kau?" soal Fikh teringatkan Pyqa.

Kini, giliran aku pula yang mendiamkan diri. Terkejut juga bila Fikh buka topik fasal adik. Aku pun tak tahu yang Raziq ada adik.

"Alhamdullilah, sihat. Owh, alang-alang kau dah buka story fasal adik aku ni.. boleh tak aku nak minta tolong pada kau sesuatu." pinta Raziq dalam nada serius.

Fikh tersenyum lalu menganggukkan kepala. "Apa saja untuk kau, bro." balas Fikh. Dia menyandarkan tubuhnya pada kepala kerusi.

"Esok Pyqa nak balik tapi dia tak ada transport. Kau busy tak esok?" soal Raziq.

"Tak. Eh, Pyqa tengah cuti ke sekarang?" soalan berbalas soalan.

"Yurp. Bro, minta tolong eiyh. Esok aku nak kena keluar negeri." pinta Raziq mengharap

Serta-merta Fikh anggukkan kepala. "Boleh aje bro." ucap Fikh.

Aku tersenyum melihat gelagat sahabat baik itu. Ketika aku memandang pada Raziq lelaki itu juga turut sama memandang ke arahku dan senyuman penuh terpaksanya dia berikan pada aku.
....
Puan  Saripah memasuki bilik pembantu yang sudah lama tidak dipakai itu bersama seorang doktor lelaki. Matanya terus melirik tajam ke arah Tan Sri Jaafar yang sudah terbaring kaku di atas katil usang itu.

Semenjak kemalangan itu, Tan Sri Jaafar strok seluruh tubuh. Dia langsung tak boleh bergerak mahupun bercakap. Tidur seperti mayat hidup yang hanya mampu menggerakkan mata saja. Kesian.. tak dapat nak bicara dan membebel lagi dah.

Doktor lelaki yang berusia 30-an itu terus merapati Tan Sri Jaafar. Dia memeriksa degupan jantung dan juga lain-lain. Puan Saripah pula sudah berpeluk tubuh. Sempat juga dia mengipas-ngipas kerana panas. Maklumlah, bilik pembantu tu tak ada air-cond, membahang panasnya itu.

Setelah selesai membuat pemeriksaan, doktor tersebut mengeluh perlahan. Sempat matanya memandang wajah Tan Sri Jaafar yang ketika itu turut memandangnya. Wajah Tan Sri Jaafar seperti meminta belas padanya tapi siapalah dia ni.. seorang doktor yang pengecut dan hanya mengikut telunjuk Puan Saripah sahaja.

"Macam mana dengan dia? Okey tak?"soal Puan Saripah dalam nada acuh tak acuh.

Doktor Rahman mengalihkan pandangan pada Puan Saripah. "Tan Sri perlukan rawatan segera daripada hospital. Kalau dibiarkan macam ni, lambat dia akan sembuh."adu Doktor Rahman dalam nada risau.

Terus terukir senyuman di birai bibir Puan Saripah. Dia menjeling ke arah Tan Sri Jaafar. Suka benar dia melihat keadaan Tan Sri Jaafar yang sangat menyedihkan tu. Kena. Memang kena.

"Baguslah macam itu. Lagi bagus tak sembuh daripada sembuh." ujarnya dalam nada selamba. Tiada riak takut di wajahnya.

Tan Sri Jaafar mengerut dahi. Tak guna!!! Dia memang kejam! Isy, kalaulah aku boleh bergerak.. dah lama aku bunuh dia. Dah hancurkan hidup isteri aku, anak aku dan sekarang nak sakitkan aku pula?! Dasar, perempuan kejam!

"Tapi, puan.. keadaan Tan Sri dah makin memburuk."ujar Doktor Rahman cuba mendesak.

Puan Saripah berpeluk tubuh. Dia pandang Doktor Rahman dengan pandangan geram.

"Aku bawa kau datang sini untuk check kesihatan dia aje kan? Ada aku suruh kau sibuk hal lain?" bentaknya.

Terus Doktor Rahman menikus. Dia tak berani untuk melawan. Sempat dia menjeling pada Tan Sri Jaafar. Maaf Tan Sri, saya tak dapat nak bantu Tan Sri.

"Lepas ni, kau tak payah datang sini. Kau buat kerja kau balik tapi ingat..!! Jangan beritahu sesiapa tentang ni kalau taknak keluarga kau tu merana. Faham?!" ugut Puan Saripah.

"Tapi, Tan Sri.."

"Kau dengar apa aku cakapkan? Kalau sekali lagi kau sibuk hal Tan Sri, aku takkan teragak-agak untuk musnahkan hidup isteri kau tu. Huh, dasar isteri pelacur.." sempat dia mencerla isteri Doktor Rahman.

Walaupun berdesing telinganya mendengar isterinya dimaki namun Doktor Rahman hanya mampu sabar. Ya, isterinya adalah bekas pelacur tapi isterinya itu sudah bertaubat. Bukan kehendak isterinya mahu dilacur tapi ayah kandung iaterinya itu sendiri yang menjualkannya ke kelab malam.

Puan Saripah mengugutnya bahawa wanita itu akan lapor pada ayah isterinya itu jika Doktor Rahman tak menuruti kehendak Puan Saripah. Atas dasar kasih pada keluarganya, dia sanggup jadi pengkhianat kepada Tan Sri Jaafar.

"Dah, kau berambus sekarang! Menyemak."halau Puan Saripah.

Terus Doktor Rahman keluar meninggalkan mereka berdua di dalam bilik.

Puan Saripah tersenyum sinis memandang Tan Sri Jaafar. Kasihan pun ada, suka pun ada... padanlah. Dia terus melabuhkan punggungnya di birai katil lalu wajah Tan Sri Jaafar yang berkerut marah dipandangnya sinis.

"Seronok ke jadi mayat macam ni?"soalnya dalam nada perli. Pipi Tan Sri Jaafar dibelainya lembut.

Jelas dari mata Tan Sri Jaafar yang dia langsung tak sudi untuk disentuh oleh Puan Saripah. Tapi, perlu ke Puan Saripah kisah? Haha..

"Itulah. Lain kali jangan cari fasal dengan Ipah. Tak fasal-fasal abang mereput dalan bilik ni. Hmm.. kenalah dengan abang." bisiknya dalam bada perli diselangi tawa yang membingit.

"Cepatlah sembuh ya, Tan Sri.." ujarnya lalu menampar-nampar lembuy pipi kanan Tan Sri Jaafar.

Dia terus melangkah keluar dari bilik dengan hati yang senang. Akhirnya, semua dalam rumah ni adalah milik dia.!! Hahaha!!
....

Sleeping Prince Love (✔Completed)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang