[1] HEP 💞

1.6K 43 0
                                    


"I may not be with you at all times, but I want you to know that you are never out of my heart."

  💞  💞💞

'Aileen , panggil abang, kakak dan adik turun ada sesuatu yang ayah nak bincang'

'Ok'

'Ada apa yah panggil kami semua ?' tanya Aidan abang Aileen

'Ayah kena transfer ke Melaka minggu depan ayah kena lapor diri'

'Jadi , kita kena pindah ke Melaka la ye ?'

'Nampaknya macam tu lah tapi kalau Aidan tak ikut pun tak apa. Ayah faham Aidan bekerja disini , jadi ayah nak minta la Aidan duduk di rumah ni jaga rumah ni'

'Ala yah Aileen pun tak mahu ikut juga. Leen sayanglah nak tinggal sekolah Leen , kawan-kawan Leen. Lagipun tahun depan Leen tahun akhir dah'

'Untuk Leen tinggal sini of course la tak boleh. Leen kena ikut kami pindah ok. Semua urusan pindah sekolah nanti ayah suruh ibu selesaikan ok'

'Yelah , yelah Leen kalau pujuk macam mana pun bukannya dapat. Membazir tenaga Leen je.'

'Tahu pun. Aimeen , Aifar ok?'

'Kami ikut ayah je' jawab kakak dan adik.


  🌸  🌸  🌸  🌸

'Leen esok dah masuk sekolah baru jangan buat perangai pulak'

'Ibu cakap macam Leen ni budak kecik je' aku mencebik

'Ibu pesan je macamlah ibu tak tahu perangai kau tu macam mana Leen oi' Aimeen menyampuk

'Kau diamlah kak ! Sibuk je , pergilah cari kerja ke apa ni tak duduk menternak lemak je kerjanya'

'Nanti-nanti la aku cari kerja. Aku nak enjoy dulu kat Melaka ni , cari boyfriend ke apa ke'

'Kau ayah tahu mampus kau japgi'

Aileen POV

Aduh esok dah nak start sekolah. Malas gila nak pergi dah la sekolah baru pulak tu. Confirm kena kenalkan diri la apa la. Baju tak iron lagi , beg tak kemas lagi sumpah malas gila ni. Aku merebahkan diri di atas katil. Baru sahaja aku memejamkan mata tiba-tiba ada orang menyeru namaku.

'Kak Leen !'

'Kau nak apa Aifar ? Aduh kacau je kau ni dik'

'Esok pergi sekolah naik apa ? Kak Leen dah siap barang sekolah ke belum?'

'Ibu hantar la , nak naik motor aku bukan tahu jalan dekat sini pun. Belum , sibuk je kau'

'Oh ok. Ibu pesan siap barang awal-awal jangan esok baru terhegeh-hegeh cari barang tu la ni la' Kata Aifar dan berlalu pergi.

'Aifar !!!!! Tak reti tutup pintu ke ?!' jeritku 

Aku paling pantang la kalau orang dah masuk bilik aku tak reti nak tutup pintu balik ni.

'Opss ! Sorry !' jawab Aifar dan menutup pintu bilik.

Aku dengan malasnya bangun dan menyediakan barang sekolah untuk esok . . .


    🌸 🌸 🌸 🌸   

'Sekolah elok-elok , jangan buat perangai ok kat sekolah baru.'

'Ok bu , bye.' kataku sambil menyalami tangannya dan pipinya aku kucup.

Aileen POV

Uish boleh tahan gak besar sekolah ni. Eh aku kena pergi pejabat dulu tapi aku tak tahu la pulak pejabat kat mana. Dah la sekolah ni besar. Aku terlihat seorang pelajar perempuan yang baru sahaja sampai dan aku menegurnya.

'Hi ? Saya budak baru kat sini , boleh tolong tunjukkan pejabat tak ?'

'Eh ?! Hi , boleh je. Jom la saya tunjukkan'

'Nama saya Nur Aileen Aldariya boleh panggil saya Leen.' kataku dengan ramah.

'Nama saya Zarien Faheeqah boleh panggil saya Rien atau Eqah. By the way , boleh tak kalau bahasakan diri aku , kau je ? Aku tak biasa la saya , awak ni rasa cam awkward gila.'

'Oh panggil Eqa la boleh ? Eh boleh je. Honestly , aku pun tak biasa ber-saya, awak bagai ni. Tapi sebab baru kenalkan so tak beranilah nak ber-aku, kau takut kata biadap lak en.'

'Eh tak , aku lagi selesa macam tu. Haa dah sampai pun. Bye , aku nak pergi kelas dulu. Nice to meet you Leen.'

'Thank you Eqa , nice to meet you too'

Setelah selesai urusan aku dipejabat aku menunggu guru kelasku tiba dan bawaku ke kelas.

'Nur Aileen Aldariya ?'

'Ye saya'

'Saya Puan Syaheera guru kelas kamu.Jom saya bawa kamu ke kelas.'

Aku membontoti langkah Puan Syaheera ke kelas.

'Ok Aileen ni kelas kamu, 5 Seroja. So perkenalkan diri kamu dekat classmates baru kamu.'

'Hi , nama aku Nur Aileen Aldariya Binti Saharul Adi. Asal Perak , pindah sebab ayah aku kena transfer kerja dekat sini. Ok tu je.'

'Ok Aileen , kamu boleh duduk di sebelah Furqan. Ok semua jangan bising sehingga guru mata pelajaran kamu datang ye.'

Aku memandang ke arah tempat kosong dibelakang. Oh , depan aku Eqa lah. Sebaik sahaja aku duduk di tempat yang di katakan oleh Puan Syaheera tadi , Eqa menegurku.

'Hai Leen ! Tak sangkalah kau 1 kelas dengan aku !'

'Hai Eqa. Aku pun tak sangka.'

'Eh , kau ambik aliran apa eh dekat sekolah lama ?'

'Aku ambik sastera dengan perniagaan.'

'Oh patutla dapat kelas ni.'

Sedang aku rancak sembang dengan Eqa tiba-tiba cikgu sastera iaitu Puan Fatimah masuk ke kelas. Macam mana aku tahu nama dia Fatimah ? Aku tengok nametag dia lah hehehe. Alamak dia suruh bawak keluar buku sastera pulak. Aku mana dapat buku lagi.

'Em , hai nama aku Aileen. Boleh share buku tak ? Aku tak dapat buku lagilah'

'Hai Aileen , boleh je' balasnya tanpa memandang ke arahku dan suaranya yang perlahan.


Hai Encik Pemalu !Where stories live. Discover now