Aku mengangguk setuju. Tambahan pula dia seorang yang peramah. "Betul tu."

Dia tiba-tiba menepuk bahuku perlahan. "Saya dengar awak dah kahwin, belum ada ke?"

Aku terganga kecil terkejut dengan pertanyaannya. Kepala aku gelengkan sambil tersengih nipis. "Belum."

Dia tergelak lagi. Mungkin lucu melihat reaksi kekok aku. "Jangan risau, kalau ada rezeki tu InsyaAllah ada."

Aku menggigit bibir. "Apa maksud I-InsyaAllah?"

"Maksudnya dengan izin Tuhan. Dalam Islam kami lebih digalakkan cakap macam tu untuk perkara yang kami tak pasti akan tunaikan. Sebab kami percaya setiap yang berlaku itu mesti dengan keizinan Tuhan."

Aku mengangguk faham. InsyaAllah? Aku tersengih kecil mendengar perkataan itu. Kedengaran halus dan lembut.

"Oh ya, saya nak jemput awak datang nanti." Sambil itu dia mengeluarkan sesuatu dari begnya. Kemudian dia menghulurkannya kepada aku.

Kad? Aku belek sebelum tersenyum lebar. Kad undangan. "Awak nak kahwin?"

Dia lantas meletak jari telunjuknya ke bibir tanpa senyap. Aku mengangguk faham. "Awak jemput saya?"

Dia mengangguk. "Saya harap awak dengan suami awak nanti sudi datang, ya? Saya harap sangat awak datang sebagai kawan saya."

Aku mengangguk. "Boleh je."

Dia mengenyit sebelah matanya sambil tergelak kecil. Terserlah keayuannya dengan lesung pipinya yang dalam di kedua belah pipinya. Dia sempurna.

Perbualan kami terhenti apabila mendengar panggilan Zikry. Bingkas aku berdiri meninggalkannya sambil mengenakan topi aku. Zikry memberi isyarat agar aku memulakan sesi memantapkan latihan formasi mereka.

Pertandingan tu tinggal dua hari lagi, jadi kami kena persiapkan mereka cepat. Sekali sekala aku tergelak melihat wajah keliru mereka yang masih pening dengan setiap langkah dan hentakan kaki.

Dan apabila kedengaran azan, mereka akan berlari ke tempat teduh lalu duduk. Aku juga menurut kerana Lina kata dalam Islam bila azan dilaungkan lebih elok duduk bagi menghormatinya kerana itu merupakan panggilan agung.

Bagi aku itu benar-benar berbudi dan salah satu cara yang sangat lembut. Dalam agama aku sendiri tidak ada ajaran seperti itu.

***

Aku menghampiri Bryan yang sedang bertiarap di atas katil sambil bermain game. Aku menepuk bahunya perlahan sambil menghela nafas. "Awak masih nak main?"

Dia hanya mengangguk dengan fokusnya kekal kepada telefon di tangannya. Ya Tuhan, dia macam budak-budak. Aku mengetap bibir geram dengan perangainya.

"Saya dah siap masak", ujarku lagi.

Dia mengangguk lagi.

"Jomlah makan."

"Kejap, sikit lagi nak menang ni", jawabnya sambil mendengus apabila gagal mengelak serangan musuh.

"Awak main sejak saya mula masak lagi. Awak kata awak akan berhenti main lepas saya siap masak, tapi tengoklah tu. Awak masih main sampai lebihkan mainan tu daripa..."

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now