Hampir terpana aku bila mendengar cerita Puan Saripah. Tak semena-mena aku menggenggam penumbukku. Rasa amarahku kian membakar. Tak guna punya betina! Jadi dialah penyebab semua benda ni jadi?! Arrghhhh!!!!! Kenapa kejam sangat dia ni?!

Rentak nafasku mulai laju. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku bunuh anak beranak itu. Biar puas hati aku. Disebabkan perangai binatang diorang, ibu yang kena akibatnya. Hidup ibu yang terseksa kerana mereka! Aku tak boleh maafkan diorang.

Aku cuba untuk tahan diri. Buat sementara aku perlu bersabar! Jangan ikutkan hati. Walaupun sekarang ni, amarahku makin meluap-luap.

"Pandainya mama. Kenapalah Aina tak dapat otak bijak macam mama?"watdehek?!! Itu yang kau katakan bijak?

Orang yang berfikir tanpa akal itu kau sanjung dan puji? Aku menggerutu geram. Nampaknya Puan Saripah dan Aina memang tak waras. Yang kejam dikatakan bijak?! Zaman kegelapan kah asal mereka?

Puan Saripah ketawa berdekah. " Aina kenakan Fikh dan buatkan Qurratun percayakan semua itu. Dengan cara itu aje, Aina boleh dapatkan Fikh." Puan Saripah sudah mencanang idea.

Aina menganggukkan kepala. Walau apapun, dia kena gunakan idea bernas mamanya itu. Kalau Tan Sri Jaafar pun boleh percaya.. inikan lagi Qurratun yang lembab tu kan?
...
Huhhh!!!

Aku memang tak boleh nak terima! Apa yang Puan Saripah dan Aina katakan tadi emamng betul-betul tak boleh diterima akal. Aku tak sangka masih wujud lagi manusia berhati iblis macam itu.

Kenapa Tuhan perlu wujudkan manusia bertopengkan syaitan seperti mereka berdua itu? Langsung tak berhati perut. Kerana ulah mereka, keluarga aku porak perandam Memang tak boleh dimaafkan!

Air mataku tak semena-mena berlinangan. Kakiku aku langkah laju menuju ke pekan. Jauh. Memang jauh tapi aku nak tenangkan hati dengan berjalan.

Angkara anak beranak itu, ibu terpaksa diseksa pagi petang siang malam. Setiap hari ibu menangis dan merintih kesakitan. Aku langaung tak dapat bayangkan. Ibu merintih sakit sedangkan Puan Saripah bergembira sakan menikmati harta yang bukannya boleh bawa ke liang lahad itu.

Demi harta, sanggup dia menghalalkan dosanya? Kebal betul hatinya itu pada dosa. Aku menggerutu geram. Ikutkan hati aku tadi, memang aku nak belasah sorang-sorang. Kejam! Tak berperikemanusiaan!

Pon! pon!

Hampir tercopot jantungku apabila dihon begitu. Air mataku segera aku kesat lalu aku memusingkan kepala ke belakang. Aku lihat kereta BMW berwarna biru membuntuti langkahku dari belakang.

Aku sudah berkerut dahi. Siapakah gerangan yang tiba-tiba ikut aku ni?

"Cik Zya!"seru Raziq sambil melambai-lambaikan tangan dari jendela kereta.

Tak semena-mena senyumanku melirik. Raziq rupanya. Aku berdiri sementara Raziq keluar dari kereta lalu mendapatkan aku.

"Sorang-sorang ni nak pergi mana?"soalnya menanggalkan kaca mata hitamnya.

"Nak ke pekan."jawabku pendek. Sebingkis senyuman nipis aku berikan kepadanya.

Raziq berkerut dahi. Wajahku dipandangnya lama. Tak selesa aku dibuatnya. Tangannya berura-ura mahu menyentuh wajahku namun tak semena-mena aku mengelak.

"Sorry. Erm.. awak nangis ke?" soal Raziq.

Cepat-cepat aku menyeka air mata yang bersisa. Aku gelengkan kepala. "Tak adalah, abang Raziq. Mata masuk habuk tadi." dalihku.

Raziq tak semena-mena ketawa kecil. "Haha.. saya ni tahu beza orang menangis dengan orang masuk habuk. Awak nangis pasal apa ni? Siapa buat awak?" punya perhatian lelaki itu berikan pada aku.

Serba sedikit aku rasa tersentuh. Belum pernah ada lagi lelaki yang ambil berat fasal aku. Raziqlah yang pertama. Aku pun memang dah cukup selesa bersama dia. Hmm..

"Abang Raziq tak perlu tahu." balasku dalam nada sesopan yang mungkin.

Raziq sekadar anggukkan kepala. Dia fahamlah agaknya apa yang aku maksudkan. Terus dia memakai kaca matanya.

"Kalau macam itu, apa kata saya bawa Zya makan aiskrim. Bolehlah hilangkan kesedihan itu." ujar Raziq.

Aku tidak mengangguk tidak menggeleng. Seganlah. Lagipun, tak manis dipandang orang.

"Tak apalah, abang Raziq. Saya pun tak boleh lama-lama keluar." ujarku

Raziq sudah buat muka bebek itik. Boleh tahan comellah muka dia.

"Awak jangan risau. Saya takkan apa-apa kan awak." pinta Raziq sambil mengangkat sumpah.

Aku sudah mengetap bibir. Hmm.. memang sekarang ni aku perlukan aiskrim. Aiskrim supaya dapat meredakan amarahku buat sementara waktu..

Terus aku anggukkan kepala. "Baiklah kalau macam itu." putusku.
...

Sleeping Prince Love (✔Completed)Where stories live. Discover now