"Zya ceritakan perkara yang sebenar, please? Saya tahu apa yang awak katakan tadi semuanya tak ada kaitan dengan diri awak."ujarnya apabila mendengar penjelasanku mengenai diriku.

Aku tergamam. Dahiku sudah berkerut. Ma.. macam mana Zura boleh tahu aku tipu nya?

"Kenapa cik Zura cakap macam itu? Saya beritahu benda yang betul."aku cuba untuk menegakkan pembohongan ku.

Zura akhirnya mengeluh. Kedegilan ku kemungkinan yang buat dia penat. Zura akhirnya mengeluarkan sebuah fail yang tercatat 'Kes Tan Sri Jaafar'.

Aku yang melihatnya jadi terpana sejenak. Fail itu Zura letakkan berul-betul di depan mataku. Serta-merta mataku beralih padanya.

Aku betul-betul tak faham apa yang cuba dibuat Zura ketika ini.
Dia seperti mahu buktikan sesuatu kepada aku tapi aku still blur tentangnya.

"Fail ini terisi semua dokumen mengenai Tan Sri Jaafar, majikan awak."ujarnya sambil menyentuh fail tersebut.

Wajahnya yang kelihatan serius aku pandang. Bibirku sudah aku gigit. Dadaku berkobar tak semena-mena. Mungkin ke.. Zura tahu aku ni siapa?

"Jadi, kenapa cik Zura berikan pada saya?"aku cuba untuk berlagak tak tahu apa-apa.

Buat masa ni, aku rak mahu menebak lebih dalam lagi. Mungkin perkiraan aku salah. Maybe, Zura mahu tahu fasal Aina sebagai anak Tan Sri Jaafar dan bukannya tentang aku sebagai anak kandung Tan Sri Jaafar.

"Tan Sri Jaafar itu ayah awakkan, Zya?"soalnya tanpa berselindung.

Terkebil-kebil aku dibuatnya. Serta-merta aku alihkan perhatianku daripada Zura. Aku mengeluh perlahan. Sah, Zura memang tahu segalanya tentang keluarga Tan Sri Jaafar.

"Ke.. kenapa cik Zura cakap macam itu? Sa-saya tak faham." aku masih berdalih walaupun buktinya sudah adq di depan mata.

Zura mengeluh perlahan. "Awak jangan tipu, Zya. Semuanya ada depan mata. Nama awak berbinti kan Tan Sri Jaafar. Awak perlu bukti apa lagi?"dia sudah mulai bertegas.

Aku terdiam sejenak. Mataku melirik memandangnya. Aku menarik nafas dalam-dalam.

"Kalau betul, kenapa? Apa yang cik Zura nak buat?"soalku dalam nada acuh tak acuh.

"Zya, saya takkan apa-apakan awak. Saya cuma nak pastikan. Saya tak mahu awak terus selindungkan identiti awak."ujar Zura dalam nada kesal

Aku menggerutu sendirian. "Kalau saya beritahu siapa saya, itu takkan memberikan manfaat apa-apa. Takkan ada apa yang berubah."balasku masih berkeras.

"Tapi, itu hak awak sebagai seorang anak. Awak sudah betul-betul tersisih dari keluarga awak sampaikan saya sendiri pun tak percaya yang awak bukan anak Tan Sri Jaafar." tuturnya.

Aku menarik nafas. Tak semena-mena aku bangun menghadap Zura. Aku betul-betul tak betah kalau ada orang masuk campur hal keluarga aku.

Bagi aku, orang luar seperti Zura tak berhak membincangkan hal peribadi keluargaku.

"Jadi, cik Zura teruskan saja anggap saya sebagai seorang pembantu di rumah Tan Sri Jaafar. Saya minta diri dulu." tegasku sebelum berlalu keluar meninggalkan Zura sendirian di bilik.

Ketika aku mahu meletakkab pinggan ke tempatnya, tak semena-mena tersebut jatuh ke lantai lalu pecah. Serpihannya berselerakan. Salah satunya mengguris kulitku. Luka kakiku dibuatnya.

Serentak itu, aku terdengar laungan marah Puan Saripah. Ah sudah! Kena lagi lah aku malam ni. Nasib baik tadi aku sempat makan nasi. Hehehe..

"Apa lagi yang pecah itu?"bentaknya menghampiri aku yang masih terkial-kial mengutip serpihan kaca itu.

Aku tidak menyahut soalannya. Terus aku mengutip serpihan tersebut lalu aku masukkan ke dalam tong sampah.

"Kenapa ni, ma?"soal Aina memeluk lengan mamanya itu. Rambutnya yang lurus diusiknya sedikit supaya kelihatan kemas.

"Budak ni ha. Kerja tak pernah nak betul. Selekeh betul."perlinya sambil menjeling ke arahku.

Aku hanya mampu menadah telinga mendengar caci makinya. Dah ibarat seperti makan sehari-hari aku rasanya. Dah kebal hati ni dicaci dimaki olehnya.

Puan Saripah membelek tubuh Aina. Dia sudah berkerut. Pelik tengok Aina pakai cantik-cantik malam ni. Siap package make up tebal dua inci lagi itu.

"Kamu cantik-cantik ni nak ke mana?"soal Puan Saripah.

Aku yang mendengar perbualan anak beranak itu tak semena-mena turut memandang ke arah Aina. Hmm.. merewang lagi lah tu. Buat-buat tak tahu pula. Mahu saja aku hamburkan ayat tu tapi simpan dululah. Mati aku kalau mulut aku terus jahil macam itu.

Aina tersenyum menggedik. "Aina nak jumpa Fikh hari ini."ujarnya sambil lenggok badannya yang buat aku rasa nak muntah.

Bila terdengar nama Fikh disebut. Aku berkerut dahi. Fikh? Si Tengku yang baik hati itu kan? Tak semena-mena aku terus pasang telinga. Tak mahu ketinggalan untuk mendengar.

"Fikh aje?"soal Puan Saripah sedikit pelik.

Tak semena-mena wajah Aina sudah berkerut. Dia sudah berpeluk tubuh. "Isy mama ni. Hmm.. yalah, jumpa Fikh dengan Qurratun sekali. Perempuan itu nak balik jumpa opah dia malam ni. Menggedik suruh Fikh ikut." jengkelnya siap buat muka menyampah.

"Habis itu, kenapa kamu pula yang menyibuk nak jumpa diorang?"

Aina sudah tersengih penuh makna. Matanya menjeling ke arahku lalu dia berbisik sakan dengan mamanya itu.

Tak semena-mena aku dengar mereka berdua ketawa. Haih, apa lagilah anak beranak ni nak buat? Dengki betul dengan kelebihan orang lain..
...

Sleeping Prince Love (✔Completed)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz