"Jadi ketua nak pilih siapa untuk temankan ketua nanti?", soal Mary sambil melirik setiap wajah mereka.

"Emm saya tak boleh sebab lusa saya akan mula bercuti."

Aku mengangguk. Shasha akan bercuti sebab nenek dia sakit tenat.

"Saya okey je." Zikry mengangkat tangan.

Aku bertepuk tangan perlahan diikuti yang lain. Bagus, aku suka sikap dia. Jadi aku akan pilih dia sebagai kawan aku nanti.

"Saya akan pilih Zikry." Ayatku membuatkan mereka semua bersorak riang. Tak apa, aku akan bagi diorang buat benda yang lagi menyeronokkan.

"Oleh itu, saya sebagai ketua yang baik akan memberikan korang kerja yang menyeronokkan."

Seperti tahu maksudku, wajah mereka berubah kelat. Lina yang memang sedia tahu hanya tergelak.

"Alah, kalau macam tu saya ikutlah."

"Biar saya temankan ketua."

"Ketua ni tak sporting ah."

"Ayya, ketua banyak taktik maa."

Aku berpandangan dengan Zikry sambil menjongketkan sebelah keningku. Aku berdehem sambil memandang mereka.

"Saya nak setiap seorang daripada korang sediakan satu laporan bagaimana cara untuk meningkatkan sumbangan kita sebagai pasukan EMRS. Saya tak nak korang copy paste dari internet. Laporan tak boleh sama dengan orang lain." Sambil itu aku bangun.

"Kalau saya dapat kesan satu pun ayat tu sama..."

Mereka dah buat muka cuak. Aku menahan gelak sebelum meneruskan ayatku.

"Korang kena lari 100 pusingan keliling balai ni." Dan aku terus keluar.

Aku tidak mahu mendengar keluhan mereka. Nanti aku akan jatuh simpati pula dekat mereka. Yalah aku bukannya kejam sangat sampai nak dera diorang untuk lari 100 pusingan.

Jam di tangan aku lirik. Ah, aku dah lambat untuk makan tengahari. Mesti Bryan tengah menunggu aku. Kedai mamak di seberang jalan aku tuju. Memang di situ tempat dia selalu lepak dengan geng dia.

Bila selesai menyeberang, langkah aku terhenti. Amboi, siapa perempuan tu? Seksi gila. Dahlah skirt cuma paras paha, baju pula tanpa lengan. Aku menyepetkan mataku bagi menajamkan pandangan. Hmm, perempuan tu tengah bercakap sesuatu dengan Bryan.

Tapi..

What the heck?! Aku menahan mulut daripada mencarut melebih-lebih. Kenapa.. aku menghela nafas perlahan. Kenapa perempuan tu boleh duduk begitu rapat dengan Bryan? Siap gelak sambil tepuk amai-amai lagi. Dah tu yang Bryan pergi layan sangat tu kenapa? Boleh pula dia layan gelak perempuan tu. Muka banyak suka nampak?

Ish, sia-sia je aku habiskan mesyuarat awal! Konon nak datang temankan dia sebab takut dia sendiri tapi.. Ah, tengoklah tu! Aku mencebik sebelum berpatah balik. Benci!

But di kaki aku hentak-hentak kasar bagi menunjukkan yang aku tengah geram tahap nak gulung orang dengan hos pemadam kebakaran tu. Pakaian yang selama ini jarang membuatkan aku rasa panas, kini begitu membakar badan aku.

Tuhan, seksanya perasaan ni.

Tiba di ruang rehat, aku merebahkan badan ke atas sofa. Rambut yang berpayah aku urus selama 30 minit pagi tadi demi kelihatan cantik depan Bryan aku kusutkan. Bryan takkan pandang aku juga. Dia akan tetap pandang perempuan lain. Argh, rasa nak menjerit dan meraung pun ada!

Telefon yang berdering aku lihat seketika sebelum menyisipnya kembali ke poket bila melihat nama Bryan yang tertera di skrin. Bencinya dengan lelaki tu. Ugh!

"Ketua Evelyn?"

Segera aku membetulkan cara duduk dan rambutku bila menyedari kehadiran Sam. Nafas aku hela perlahan. Ni makhluk depan aku ni pun sama. Mesti dia pun ada bersepakat dengan kapten dia tu supaya rahsiakan hubungan mereka.

"Kenapa?", soalku sedikit kasar.

Sam duduk di sofa hadapanku. "Mana kapten? Tadi dia larang saya ikut sebab nak berduaan makan tengah hari dengan awak."

Oh, berduaan. Patutlah Sam pun tak tahu dekat mana Bryan. Rupanya dia larang Sam ikut sebab nak berduaan kononnya dengan aku, sedangkan dia nak berduaan dengan perempuan gila tu.

"Lelaki gila!"

Sam terkejut mendengar jeritan tiba-tiba.

"Kenapa ni?" Wajahnya bertukar hairan.

Aku mendengus geram sebelum berlalu keluar. Argh, dahlah aku tengah marah! Boleh pula aku pergi jerit depan dia. Malunya.

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now