Aku kerutkan dahi. "Kawan-kawan papa?"soalku.

"Bukan setakat kawan papa tapi papa juga nak kenalkan kamu dengan anak arwah kawan papa. Boleh kan?"soalan berbalas soalan.

Aku menarik nafas. Sungguh terharu dengan kesungguhan papa yang mahu kenalkan aku pada rakan-rakannya. Tapi, pasti Puan Saripah dan Aina akan cuba untuk halang. Mereka tak mahu orang ramai tahu aku adalah anak kandung Tan Sri Jaafar.

Aku mengeluh. Entah cara apa lagilah mereka mahu buat untuk halang aku berjumpa dengan kawan-kawan papa?

"InsyaAllah tapi Zya tak janji."ucapku.

Sedari tadi, Aina memasang telinga. Berguna juga dia di waktu-waktu genting begini. Huh!! Patutlah hatinya rasa tak sedap tiba-tiba.

Isy, Zyara ni!! Kenapalah papa tu call dia dulu daripada kitorang? Aku pun anak dia juga! Janganlah pilih kasih! Aina mendengus geram.

Dengan penuh berhati-hati dia memanjat tangga menuju ke bilik mamanya. Langsung dia menerobos memasuki bilik Puan Saripah lalu meloncat ke atas katil.

Puan Saripah yang sedang tidur dikejutnya berkali-kali. Puan Saripah menguap lalu memandang anaknya itu dalam separuh mamai.

"Mama, mama!!"kejut Aina sambil menarik-narik lengan Puan Saripah.

"Apa dia,sayang?"soal Puan Saripah sambil menggosok-gosok matanya yang hampir terkatup.

"Papa call Aira tadi!"
Serentak itu, celik terus mata Puan Saripah. Terus dia alihkan matanya pada Aina. Biar betul apa yang didengarnya ni? Tan Sri Jaafar call Aina dulu?

"Kamu biar betul, Aina? Jangan nak bohong mama."ujarnya masih tak percaya.

Aina mengeluh. "Mama, buat apa Aina nak tipu mama? Tak ada manfaatnya pun kan?" hamburnya membela diri.

Ada betulnya juga apa yang dikatakan Aina itu. Mereka anak beranak. Takkan mungkinlah si Aina nak membohonginya. Tak ada function.

"Habis itu, apa yang dioramg bualkan?"Puan Saripah terus mahu mencongkel. Rasa mengantuknya terus hilang bila berbicara fasal Tan Sri Jaafar.

Mana taknya, selalu Tan Sri Jaafar akan call dia dulu baru Zyara tapi hari ni, suaminya itu menghubungi Zyara dahulu. Isy! Ini tak boleh jadi. Nampaknya, anak beranak itu masih ada bonding.

"Papa kata dia balik Jumaat ni dan Papa minta Zyara ikut sekali menjemputnya."ujar Aina berkongsi maklumat.

Makin berkerut dahi Puan Saripah dibuatnya. "Lagi?"soal Puan Saripah.

"Selepas papa balik, papa nak bawa Aira jumpa anak arwah kawan papa."jelas Aina. Nasib baiklah, telinganya ni fungsi juga.

Zyara pun bengap juga. Pergi pasang speaker itu buat apa? Haha!! Nampaknya ada saja cara Tuhan tolong mereka. Kononnya lah?!

"Isy, ini tak boleh jadi ni. Kawan papa tak boleh tahu siapa anak kandung papa itu. Mati kita kalau ramai yang tahu."suara Puan Saripah dalam nada resah.

Aina menganggukkan kepala. Kata-kata mamanya itu ada betulnya juga. Kalau ramai yang tahu siapa Zyara sebenarnya. Habislah mereka.

"Kita perlu halang benda itu jadi." ujar Puan Saripah tekad.

"Of course, mama."balas Aina.

Kepalanya sudah mencanang idea bernas. Susah kalau Tan Sri Jaafar dah mula buat bonding dengan Zyara. Anak-beranak itu perlu dipisahkan supaya kehidupan mereka berdua akan terus makmur dalam kekayaan Tan Sri Jaafar.
...
Ketukan di pintu biliknya yang bertalu buatkan fokus Zura terus lari. Cepat-cepat dia menutup laptopnya. Segala fail yang berselerak di atas meja dibersihkannya lalu disorokkan di bawah meja kopi.

"Masuk!"seru Zura setelah merasakan keadaan sudah selamat.

Puan Fateeh memasuki bilik sambil membawakan segelas susu hangat.

Zura bangun lalu mempersilakan ibu kandungnya itu untuk duduk. Setelah itu dia duduk. Puan Fateeh meletakkan susu tersebut ke atas meja Zura.

Pelik juga dia. Selalunya, bersepah meja kopi anaknya itu dengan fail tapi hari ni bersih pula. Maklumlah, Zura kan peguam. 24 hour ada saja kes nak dibicarakan.

"Rajin mama buatkan air untuk Zura. Ini mesti ada apa-apa kan?"soal Zura sambil meneguk susu tersebut. Lega tekak dibuatnya.

Puan Fateeh menarik senyum. Entah dari manalah dia patut mulakan bicara. "Mama nak tanya kamu.. lama lagi ke kamu nak menerima lamaran Rayyan itu?"

Aih, hampir tersembur susu dalam mulutnya itu. Dia teruskan kalihkan pandangannya pada Puan Fateeh. Aih, ingat mama dah taknak bincang dah fasal hal ni. Dah dua minggu tak dengar cerita fasal lamaran itu.

"Belum lagi."ujar Zura sambil meneguk air tersebut perlahan. Lebih baik dia telan kalau taknak tersembur ke wajah kesayangan mamanya itu.

"Kenapa lama sangat nak difikirkan itu?"soal Puan Fateeh dalam nada risau.

Mana tak risaunya, anaknya itu sudah berumur 24 tahun tetapi masih tak berkahwin lagi. Pantang keturunan mereka berkahwin lambat. Dia pun berkahwin ketika usianya menjejak 22 tahun. Muda? Ya, muda. Tapi, itu adat keturunan dan perlu dipatuhi.

Zura mengeluh perlahan. "Zura masih muda lagi, ma. Biar Zura buat kerja Zura dulu dan lepas itu Zura akan fikirkan fasal kahwin itu."ujar Zura.

Puan Fateeh mengeluh perlahan. "Hmm.. kalau itu yang Zura cakap, mama takkan paksa Zura tapi mama nak Zura fikirkan fasal lamaran Rayyan itu."ujar Puan Fateeh dan terus berlalu meninggalkan Zura sendirian.

Zura menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskannya perlahan. Dia kasihan lihat mamanya tapi dia tak mampu untuk tunaikan harapan mamanya itu.

Dia masih perlu lakukan banyak benda sebelum dia buat keputusan serius untuk berkahwin. Zura mencapai fail di bawah meja lalu dibukanya.

'Kes Tan Sri Jaafar'

Dia perlu selesaikan ini dahulu sebelum fikirkan fasal perkahwinannya itu.
...

Sleeping Prince Love (✔Completed)Where stories live. Discover now