08 | 🌸-Honeymoon

Começar do início
                                    

kau mengarut ni Syuhada? takkan sebab ayat sebegitu kau dah goyah? Atau pun kau sendiri dah berharap kat dia?

" Sudahlah, tidur awal. Pukul 9 kita nak gerak pergi... Goodnight wife... "
Tangan Haikal naik mengusap kepalanya bersama senyuman.

" Hm, how about good night kiss? "

Bulat aku merenung dia. Gatal. Terus dada Haikal ditampar. Sekaligus menutup malu.

" okey, abang tutup mata dulu.."

Tiba tiba muncul idea jahat dibenak fikirannya untuk mengenakan Haikal. Iya, selalunya Haikal yang mengusiknya. Kali ini biarkan Haikal pula yang terkena! Haikal sudah menutup matanya awal awal lagi.

Let do this Syuhada! Selepas itu lari dan biarkan dia mengamuk. Okay mission start!

Tanganku mula menyusuri bahagian bahu dia. Jemari aku menari nari dibahunya hingga membuat Haikal terkekeh sendiri.

" Wah.. Are you serious Syuhada?"

Pertanyaannya sepi tanpa jawapan. Kali ini pipinya aku belai lembut. Aku tersenyum sendiri memandang wajahnya dari jarak dekat. Tanpa sedar aku tenggelam dalam rasa sendiri. Sekarang plan tadi entah kemana dan aku akhirnya terbuai..

Dan secara tiba tiba tangan aku tadi dipegang oleh tangan Haikal. Dia mula membuka mata dan merenung aku. Berdebar. Cara renungan dia lain, sangat lain..

Tersentak , terus aku mahu menarik tanganku kembali tapi Haikal lebih pantas, Tanganku terus berada dipipinya sambil digenggam untuk terus melekap dipipi kanannya. Dan dia memejam mata setelah mengucup tanganku..

Hening. Keadaan ini sangat sepi. Kenapa aku rasa seperti... bahagia? Aku sepatutnya marah dan bersikap dingin. Aku sepatutnya tidak melayaninya tadi.. tapi entah mengapa aku biarkan dia pegang tangan aku? kenapa? Kenapa kau suka buat aku macamni Haikal?

" Biarkan sebegini untuk sementara...aku mohon"

Syuhada hanya diam mendengar permintaan dari Haikal. Akhirnya dia hanya statik disitu, memandang Haikal yang memejamkan mata sambil tersenyum.







" Cepatlah sikit puteri lilin intan payung berlian timah logam besi emas 24 karat! "

Berkerut dahi Syuhada mendengar bebelan mengarut Haikal. Ini semua gara gara dia! Kalau bukan sebab tingkah laku bodoh dia semalam untuk berdiri sehingga pukul 2 pagi, mungkin kami takkan terlambat bertolak ke Negeri Sembilan. Belum apa apa dah rosak plan!

" Sabarlah! Syu nak mekap nak betulkan tudung je lagi. Abang ni tak faham betulah hati isteri.." Memang tidak sempat untuk dia berhias. Sekadar meratakan bb cushion dan liptint dibibirnya sebelum Syuhada membelit shawl berwarna kelabu muda secara ringkas dan akhirnya siap!

Sebentar sajakan? tak perlu rasanya Haikal nak mengarut sampai ke emas semua. Nasib baik suami sendiri.

" Kau tetap buruk. Pakailah tebal mana pun mekap. Burung layang layang tak berubah jadi merak sayang.. "

Aku jelingnya tajam. Kenapa nak samakan dirinya dengan burung ni? Burung merak? burung layang layang? Apa aku sedang terlihat seperti burung atau apa? Mujurlah syurga dibawah tapak kakinya kini. Kalau tak, dah lama disemburnya Haikal. Sabar.

"Jadi Wife Aku. ( Revisi ) Onde histórias criam vida. Descubra agora